Tuesday, December 10, 2019

Macamana undi di no 7 boleh diangkat jadi Presiden Amanah?

Ada juga orang tanya aku, macam mana undi no 7 boleh jadi Presiden? Aku cakap apa nak heran, perwakilan pilih AJK dan AJK pilih Presiden. Sama macam rakyat undi MP, dan MP pilih PM. Tak semestinya PM dipilih dari MP yang dapat majoriti paling tinggi.

Yang pelik ialah orang yang sedang dibicarakan dengan 43 kes rasuah, tapi tetap dipilih jadi Presiden parti. Guna duit orang miskin untuk bayar hutang kad kredit pun boleh jadi Presiden.

Macam tu punya parti, tukar perlembagaan letak Islam sebagai dasar pun tak guna. Buat malu umat Islam je.

Jamzuri Ardani

Nota kaki :

SISTEM PEMILIHAN AMANAH YANG PERLU DIFAHAMI

FASAL 16.1 PERLEMBAGAAN AMANAH

➡️Perwakilan memilih 27 orang calon mengisi Jawatankuasa Nasional.

➡️Selepas 27 orang AJK dipilih, Speaker memanggil mesyuarat khas 27 AJK dipilih bersama 14 Pengerusi Negeri, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Wanita Muda

➡️ Mesyuarat Khas memilih seorang Presiden, seorang Timbalan Presiden dan 3 orang Naib Presiden.

➡️AJK mendapat undi tertinggi belum terjamin dipilih sebagai Presiden, melainkan beliau dipilih dalam mesyuarat khas berkenaan.

➡️Terdapat sindiran Khalid Abd Samad sepatutnya dipilih sebagai Presiden kerana mendapat undi tertinggi, sindiran ini dilontarkan mereka yang tidak memahami perlembagaan AMANAH.

➡️Konsep pemilihan AMANAH menggabungkan proses demokrasi berasaskan satu undi satu calon dan diakhiri konsep syura sebelum diputuskan secara muktamad.

Semoga jelas dan faham.
#AmanahProgresifPeduli

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...