Friday, October 4, 2019

Isu peneroka Felcra Bukit Tandak - mana janji arwah Tg NIK AZIZ?

Isu Peneroka Felcra Bukit Tandak vs Kerajaan Negeri Kelantan Siri 1

Salinan surat bertandatangan arwah TGNA berkaitan isu Tanah Peneroka FELCRA Bukit Tandak bertarikh 13/3/2013 iaitu sebelum PRU12 pada 5/5/2019, sehari lepas tu arwah TGNA bukan lagi Menteri Besar Kelantan.

Masa itu kes ini arwah sudah minta selesaikan. Tapi apabila naik Kabinet Baru, kes ini jadi lain. Permintaannya tidak lagi dipatuhi.

Salinan surat penuh ada dgn saya. Dalam kes ini saya betul2 kesian dekat 348 orang peneroka asal, sejak 1979 lagi mereka masuk teroka kawasan itu.

Tapi lepas arwah Mb tak lagi jadi MB, datang Pengerusi Jk Tanah yang baru, ada senarai tambahan, katanya senarai tercicir seramai 295 orang. Cuba fikirkan benda “ajaib” tu. Paling ajaib yang lahir 1983 pun ada jadi Peneroka tanah 1979, boleh bayang tak apa yang berlaku ni?


Semuanya bab nak tanah bagi saya. Keluasan tanah asal 2082 ekar, dapatlah dekat 6 ekar seorang peneroka asal.

Apabila datang senarai baru, tanah peneroka asal cuma dapat 3 ekar sahaja, 3 ekar lagi kena bagi senarai baru. Kes ini dah jadi keputusan Mahkamah, katanya merujuk kepada keputusan MMK (Exco) yang terkini untuk beri 3 ekar seorang sahaja untuk tanah baru. Kerajaan Negeri menang dalam bab tanah ni, terutamanya kes undang-undang tanah di Kelantan mmg ketat.

Peneroka lama masih berlembut dan sudi menerima, walaupun terpaksa berkongsi 3 ekar pada orang lain. Tapi apabila berlaku kes minggu lepas, kesabaran mereka meletup apabila pokok-pokok getah yang mereka tanam dulu dah nak kena tebang dan cabut.

Sedangkan sejak 2014 pagi senarai nama 348 orang mereka berikan kepada pejabat Tanah Pasir Mas untuk masukkan nama, sehingga kini masih belum keluar geran, walaupun cuma 3 ekar selepas mereka kompromi.

Senarai penerima asal dan baru saya telah semak, senarai baru ada juga di kalangan peneroka asal, yang itu saya setuju bagi, tapi yang pelik juga daripada semakkan kami banyak geng2 parti PXX. Fikirkan lah sendiri ya.

Saya tulis dalam laras bahasa orang kampung, supaya semua mudah faham. Harini saya ke tapak kejadian dan lihat sendiri apa yang berlaku. Inilah yang sempat saya tulis harini.

Syam Ghaz

#FelcraBukitTandak #TanahPeneroka #RantauPanjang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...