Friday, January 17, 2020

Anwar janji bina Pengkalan Tentera Amerika di Sabah..!!


[ 'ibrah & perjuangan ]

Kebencian natijahkan PEMBOHONGAN

INDOKTRINASI ertinya "pembohongan yg diulang-ulang" dgn sengaja, sehinggalah pendengar menerimanya sbg fakta yg dipegang oleh mereka. Dan natijah yg dimahukan oleh penyampai itu adalah, pendengar itu mengulanginya pula, disampaikan pada pihak ketiga, dan seterusnya, menjadi pegangan kumpulan yg besar.

Ciri utama "indoctrination" selain kandungannya mesti bersifat bohong / fitnah, kedua, sasaran itu akan dipaksa-paksa untuk menerimanya, sampai tak lagi bertanya atau bersoal jawab.

Caranya adalah sama ada menjadikan penyampaian berbentuk paksaan (brainwashing - contoh dlm tentera), atau disampaikan penuh halus tanpa sedar (contohnya - BTN) dari mulut seseorang yg mencapai tahap penghormatan cukup tinggi. Hingga natijah yg dimahukan adalah pendengarnya pula berasa tak perlu langsung bersoal-jawab, atau mencari kepastian lagi dari apa yg disampaikan itu, dan mereka pula memanjangkan apa yg diyakini itu.

Terima & telan sahajalah apa yg disampaikan itu, itulah matlamat akhirnya.



Fenomena ini berada di keliling kita "apalah sangat ilmu kita berbanding guru itu" untuk kita persoalkan apa yg disampaikan itu. Kita ini hanyalah org bawahan, dia itu guru, pemimpin atasan kita itu lebih tahu apa yg kita tak tahu. Atau extreme lagi ajaran lama menyebut "...dan janganlah sesekali kamu banyak soal" kerana ia menghilangkan keberkatan ilmu...

Itulah doktrinnya...!

Sebab itulah perkataan "indoctrinare" itu asalnya merujuk istilah latin yg bermaksud "pengajaran agama (Kristian) yg tak berkesan". Lantaran satu masa dahulu golongan paderi cuba menolak pembangunan disebabkan bagi mereka pembangunan & pemodenan itu menjadikan routine hadir ke gereja itu diabaikan oleh pekerja yg sibuk bekerja tersebut.

Maka akhirnya paderi itu terpaksa menciptakan pelbagai (pembohongan) ancaman atas nama agama mereka demi menakutkan pengikut yg dilihat semakan bebas dari pegangan gereja pada masa itu. Hinggalah para paderi yg mewakili gereja itu terpaksa mencipta pelbagai pembohongan demi menakutkan pengikut yg semakin jauh dari agama itu.

[ Indoctrination vs Teaching - William Heard Kilpatrick ]

https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10157726883349876

1. Tok Guru, berkali-kali Tok Guru kata Amanah ini haram. Tok Guru minta saya dan kawan-kawan yg bersama Amanah ini masuk balik Pas. Bahkan Tok Guru pula sokong sikap buruk ahli Pas yg tak mahu bersalam tangan dengan kami, hingga putuskan ukhuwwah dan sillaturrahim.

2. Sedangkan kami buat ijtihad keluar party lama dan tubuhkan Amanah ini dgn penuh keinsafan, kesedaran, kefahaman, dan penilaian hukum yg kami kaji, selepas Tok Guru sendiri memulakan pengkhianatan pada tahaaluf siyasi (kesepakatan politik) Pakatan Rakyat sejak 2013 hinggalah 2015 dahulu... (tak habis ayat saya...)

Tak, itu bukan ijtihad...!

Enta itu alat sebenarnya..., herdik Tok Guru.

3. Enta semua ni dah jadi alat sebenarnya pada Anwar dan alat pada DAP melawan Islam. Apa enta buat tu bukan langsung satu ijtihad, bukan.

Suasana hening... (terdiam lepas ditengking)

4. Tapi kenapa alasan haramnya Amanah ini Tok Guru hanya sandarkan pada Anwar, DAP sahaja? Tak ada pula Tok Guru terangkan dimana sandaran hukum haramnya?Bahkan pendirian Qaradhawi sendiri pun bersetuju tubuhkan party Islam lain di Malaysia, yg jelas hukumnya harus. Bukan haram.

Ana tahu, enta tak tahu.

5. Enta tak tahu. Amanah ditubuhkan untuk jadi alat Anwar & DAP sebenarnya. Matlamat Amanah nak naikkan Anwar jadi Perdana Menteri saja. Bukan nak buat Islam. Pas nak buat Islam, bukan nak kuasa.

6. Enta tak tahu, Anwar tu sebenarnya alat Amerika. Anwar itu berkawan dgn Amerika ikut telunjuk Amerika, ikut telunjuk IMF sejak 1998 lagi. Ana tahu itu, sebab itu Mahathir buang dia dulu.

Enta tahu tak apa janji Anwar pada Amerika kalau jadi PM?

7. Anwar tu dah janji kalau dia jadi PM, dia akan buat (benarkan dibina) satu pengkalan tentera Amerika (USA Navy Base) di Sabah. Enta tahu tak?.

8. Ana tabu semua itu, sebab ana berkawan dgn intelligent, berkawan dgn agen-agen dalam & luar negara, ana ada SB yg saudara ana, yg ana percayakan mereka...

Allahu...

9. Kalau dulu saya dengar benda-benda ini sejak 2014 sampailah PRU14 melalui pihak-pihak ketiga, merujuk pelbagai ucapan Tok Guru dlm pelbagai acara. Tapi hari ini saya dengar sendiri setiap butiran itu terpacul dari mulut Tok Guru sendiri rupanya, dengan penuh yakin, senyum dan suara yg cuba meyakinkan.

Wah beraninya Tok Guru...

10. Dahulu Tok Guru sendirilah yg kerap kata, Allah melaknat barangsiapa yg membangkitkan FITNAH, sebab fitnah itu sekali terbangkit, maka natijah dosanya akan berulang-ulang dan kekal selamanya.

Allah laknat perlakuan yg Tok Guru ciptakan itu.

11. Tapi Tok Guru hari ini, atas kebencian yg bersungguhan pada Anwar, Tok Guru dah lontar dan sampaikan apa sahaja yg Tok Guru dengar itu tanpa langsung melakukan tabayyun atau kajian. Atas dasar kebencian yg bersangatan, Tok Guru bebas menebarkan dosa & fitnah sesuka hati Tok Guru.

12. Saya ingat jelas, bila ditanya berkali² Tok Guru mana punca segala fitnah yg Tok Guru minta disampaikan pada mereka yg keluar party lama itu, jawab Tok Guru penuh yakin sumbernya mudah sahaja;

(a) Intelligent

(b) Agen-agen dalam & luar negara

(c) Bukit Aman

(d) Polis-polis saudara Tok Guru

(e) Bahkan Tok Guru akui ianya adalah bersumberkan kawan-kawan yg baru Tok Guru bersama mereka dalam Umno/BN itu sendiri.

13. Wah, inilah wajah sebenar Tok Guru hari ini. Berita-berita fasiq itulah yg Tok Guru pegang & kongsikan sejak kempen PRU14 lalu.

14. Sebab itulah Tok Guru sanggup panjangkan lagi fitnah itu pada pengikut Tok Guru, hingga Tok Guru sebarkan Anwar sendirilah yg arahkan Duta Amerika, Menteri Luar Singapore, Erdogan dan Qaradhawi datang jumpa Tok Guru untuk pujuk Tok Guru sokong balik Pakatan dan sokong Anwar jadi PM.

Suasana hening, terdiam...

Dari jauh diterjah angin laut.

15. Saya ingat jelas kata akhir Tok Guru sebelum balik itu, Tok Guru & party Tok Guru dah mengambil pendirian, sejahat-jahat Umno itu, Umno itu bagi Tok Guru tak pernah pun gadai Negara, Umno tak khianati Melayu, bahkan Umno tak pernah khianati Islam...

16. Gelang kepala saya petang itu. Turun tangga rumah Tok Guru itu, dan melintas jalan menuju pantai diseberang sana, saya merehatkan minda lebih sejam, terkejut dgn siri fitnah yg keluar dari mulut Tok Guru itu.

17. Saya dan kami saksikan petang itu, Tok Guru dah muntahkan apa yg dalam hati beliau untuk bekalan bawa pulang saya. Bahkan berkali-kali dipesan untuk saya sampaikan kenyataan Tok Guru itu untuk sahabat-sahabat lain untuk masuk semula party lama itu.

18. Mengertilah saya, haramnya Amanah bagi Tok Guru hanyalah disebabkan kami ini bekerjasama dgn PKR (Anwar) atau DAP sahaja. Ya, haram sebab kerjasama sahaja rupanya bagi Tok Guru.

Tak ada pula pun hujjah dari Tok Guru apakah sandaran haram itu!

(Tajuk Amanah ini saya ulas kemudian insya Allah...)

19. Mahu sahaja saya cakap (walau tahan lidah sebenarnya), kalaulah Amanah itu haram sebab Anwar dan DAP (dan juga Bersatu mungkin), tapi hakikatnya kami sudah dan sedang lakukan pelbagai islah untuk membuang kemudharatan yg cukup besar dari Negara ini.

20. Tapi Tok Guru pula "memaksa" penganut tegar Tok Guru untuk bersama menyelamatkan semula Umno yg mengamuk sebab hilang kuasa itu, untuk mereka bangkit semula mencari kuasa atas dokongan Tok Guru dan pengikutnya.

Tok Guru,

Bagi saya itulah pengkhianat sebenar seorang Tok Guru yg berjaya mengindoktrinasikan pengikut untuk ikut sama menyokong maksiat, pembohongan yg Tok Guru mulakan itu...

Sungguh saya cuba berlepas diri dari apa yg dilakukan Tok Guru ini hari ini...

Ahnad Sayuti Bashiron

1 comment:

  1. Ahmad sayuti bashiron
    Anda memang terbaik
    Sabar tenang jauh sekali dari ego dan takbur

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...