Monday, January 6, 2020

Apa kaitan program Jawi dengan program kaligrafi cina.. Macam pening aja puak pembangkang lanie..!


Pemimpin dan penyokong PAS dok main isu Kaligrafi Cina, Depa ambil screenshot MP PKR atas tajuk berita " memupuk perpaduan"..Lepas tu pi kait dengan isu Jawi, Dong Zong... Memang tak kena langsung..tulis Kaligrafi sempena tahun baru cina ni dulu TG Nik Aziz puan buat.. Haji Hadi pun buat.. apa kaitan dengan isu Jawi..


Boleh kata semua pimpinan PKR ok jer isu Jawi.. hatta Pemimpin DAP pun ok.. Lim Kit Siang siap kata seni khat jawi takkan menjejaskan masyarakat Cina.. Yg dok main isu ni Dong Zong, Yang mula main sentimen kaum di Belakang Dong Zong ni MCA.. kita semua pun tau..Kempen Tanjong Piai terang2 MCA kempen tolak Jawi.. Bukan DAP..bukan PKR..



Sebenarnya Dong Zong hat main isu Jawi ni, Bukan mewakili masyarakat Cina pun..Ramai Bukan Islam Ok jer.. Tapi memang ramai juga terpengaruh...Bukan sebab depa tak suka Jawi..anti Islam.. Sebab sentimen Ashabiyah Dong Zong dan MCA cuba menakutkan masyarakat Cina.... Mcm kelompok Ashabiyah ISMA,Perkasa dan PAS di Alam Melayu lah..

Kalau nak ikut Kebodohan dan ketakutan Dong Zong Pada Jawi.. hat tahap Mufti pun ada dalam kalangan bani Melayu... Kalau Bani Ashabiyah Melayu ada yg takut dgn Salib.. Takut dgn Bible Melayu.. Takut dgn Syiah..takut dgn Wahhabi.. takut Komunis..mcm mcm jenis Takut bani Melayu ni....

Mcm mana kelompok Ashabiyah Cina mainkan isu Jawi.. mcm tu lah dulu bani Melayu lakukan masa bantah PPSMI.. dah macam dah tergadai dah Islam dan Melayu sebab PPSMI..sampai Demo kat KL.. Apakah sebab Melayu takut ? tak sebab mainan Politik Pembangkang masa tu.. tapi ada Melayu tak kisah pasal PPSMI..

Mcm tu jugak isu ICERD.. Berpuluh ribu Bani melayu turun ke KL..Sebab depa percaya kat NGO Politik.. Kat bekas Ketua Hakim, Ulama yg ashabiyah yg kata, Kalau ICERD dilaksanakan.. Raja Melayu..hak Melayu boleh tergadai..Dan semua orang Islam bebas untuk Murtad...

ada ramai bani melayu Percaya Pembohongan kelompok Ashabiyah Melayu ni.. walaupun kita kata kat depa,hampir semua negara Islam tandatangan ICERD.. Depa tetap ada Raja.. Islam tetap terpelihara.. tapi Bani melayu nak percaya kat Haji Hadi..kebodohan NGO Melayu.. walaupun ramai Melayu Ok jer.., Habis Nak buat mcm mana ?

Tu belum cerita hat NGO, parti Islam pakat Demo bila nampak lampu Salib kat Bagunan..Baru nampak lampu.. dah kecoh satu Negara..dulu masa hangat isu Bible Melayu..sampai JAIS rampas Bible bahasa Melayu , Melayu sampai kepong Gereja.. tak ker bodoh..Demo sana sini takut Melayu Murtad, walhal Bani melayu ni.. jgn kan nak baca Bible.. baca Quran pun tak pernah.. Solat pun tak.. Sebab apa ? Sebab bani Melayu pun ada NGO Ashabiyah Bodoh mcm Dong Zong, belakang Depa ada jugak orang Politik..

Begitu jugak bab Wahhabi lah..Syiah lah.. LTTE lah.. Semua ni mainan kelompok Ashabiyah jer.. entah berapa kali dengar Doa , Khutbah pasal Syiah,pasal Liberal,Pasal Wahhabi.. pasal Arqam.. punya takut..Sebab nya satu jer.. Sebab Politik.. Kerja depa nak bangkitkan sentimen ketakutan Agama... nampak lah Mufti hat 14 negeri ni buat kerja..

Tu sebab aku kata, Nak bina Malaysia baru.. kena tinggalkan semua ketakutan..adu domba,Kebencian dari Kelompok Asahbiyah dan Khawarij ini..Semua tu Politik jer.. takda kaitan dengan masyarakat Cina keseluruhan... Sebenarnya ramai jer cina Ok dengan Jawi ni..Kat tempat aku dah lama Kedai depa tulis Jawi, walaupun dok kat Ipoh..

Toksah dok sibuk lah paksa cina belajar Jawi.. Retorik semua tu..zaman hari ni jawi dah paktikal..dia cuma simbol Seni melayu jer.. baik belajar jer Arab terus..Bani Melayu pun ramai hat tak reti Jawi.. ramai Cikgu nak install tulisan jawi kat komputer pun kena pergi kedai Cina, Cina tu pulak kena ajar cara nak guna..sampaikan Bani melayu dah matipun..Tukang tulis batu Nisan , Tulis Jawi pun panggil cina tolong tuliskan... :)

Ipohmali

1 comment:

  1. Yg aku baca Kat face book, Salah Satu cina Yg kuat sgt lawan Jawi ni pun letak tulisan Jawi Kat papan tanda kedai ubat Dia. Betul atau tak aku tak tau. Nasib baik Dia tak letak Kat kedai mabok. Kalau tak Aku yg pegi bakar kedai Dia. Mcm ceramah pas Yg Aku Dengar masa Aku budak2 dulu. Zaman Tun Jadi pm 1st time. Arwah Pakcik Aku Memang kuat pas, kalau Dia taK sempat pegi, Dia beli keset. Dulu mane ade CD. Salah Satu petikan Ayat Dia yg Aku gelak mcm nak terkencing. Kubur islam nak, Tapi parti islam tak nak. Kalau tak nak parti islam, pegi la tanam Kat kubur cina sana. Bebudak lagi, mane la Tau bab politik ni, Siapa ustaz Dia pun Aku tak Tau. Tapi zaman tu bagi Aku Memang lawak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...