Saturday, January 11, 2020

DONG ZONG, MCA, GERAKAN YANG MEMBANTAH ISU JAWI, PH PULAK DISALAHKAN


Soalan : Bila bermula isu pengenalan tulisan Jawi ini?

Jawapan : Edisi terbaru KSSR, Kementerian Pendidikan mencadangkan di peringkat SJK, bagi Darjah 4 untuk matapelajaran Bahasa Melayu, murid perlu belajar menulis simpulan bahasa dalam bentuk khat, dan juga mengenal dan menyebut abjad Jawi yang ditulis mereka.

Soalan : Apa tujuan KSSR memperkenalkan tulisan seni khat (Jawi) ini?

Jawapan : Melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Bahasa Melayu di SJK bagi Darjah 4, Kementerian Pendidikan bertujuan mengembangkan kamahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis murid, serta mempelajari aspek seni bahasa dan tatabahasa.

Pengenalan "seni khat" salah satu cara untuk belajar seni bahasa. Selain itu, ada juga pelajaran peribahasa, sajak, lirik dan cerita.



Soalan : Apakah keseluruhan kurikulum tersebut perlu belajar Jawi yang disebut seni khat tersebut?

Jawapan : Tidak, seni khat hanyalah satu bahagian kecil dalam kelas matapelajaran Bahasa Malaysia.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata, buku teks BM diperkatakan merangkumi 24 bab dengan 162 muka surat.

Ada bahagian kecil berkenaan seni bahasa pada setiap bab. Ada empat jenis kegiatan seni bahasa, iaitu bercerita, deklamasi sajak, nyanyian lagu dan khat. Setiap jenis seni bahasa dimasukkan dalam enam bab.

Hanya ENAM daripada 162 muka surat buku teks diperuntukkan untuk seni khat.

Soalan : Siapa membantah cadangan dibuat Kerajaan ini?

Jawapan : Pada Ogos 2019 sebuah organisasi Dong Zong membantah cadangan Kerajaan untuk laksana pengenalan seni khat (Jawi) kepada sekolah vernakular.

Soalan : Siapa di belakang Dong Zong?

Jawapan : Pihak menjadi dalang di belakang bantahan Dong Zong ialah MCA.

Pada November 2019, Pemuda MCA keluar kenyataan membantah keras pengenalan tulisan Jawi kepada sekolah vernakular di Malaysia seperti dicadangkan Kerajaan.

Soalan : Apa tindakan Dong Zong?

Jawapan : Dong Zong lancar bantahan tulisan Jawi di sekolah vernakular melibatkan sekolah SJKC.

Soalan : Selain MCA di belakang Dong Zong, siapa lagi dibelakangnya?

Jawapan : Selain MCA, parti Gerakan juga aktif menggerakkan bantahan kepada cadangan pengenalan seni khat (Jawi) di sekolah vernakular.

Soalan : Apa tindakan Gerakan?

Jawapan : Parti Gerakan fail kes di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk menghalang pelaksanaan pengenalan seni khat (Jawi) di sekolah vernakular.

Soalan : Apa berlaku kepada kes ini?

Jawapan : Pada 29 November 2019, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menolak permohonan Gerakan agar pengenalan penulisan Jawi di sekolah Vernakular disekat dan tidak dilaksanakan.

Soalan : Apa lagi tindakan Dong Zong?

Jawapan : Pada 15 Disember 2019, Dong Zong menganjurkan Persidangan Membantah Tulisan Jawi kepada sekolah vernakular.

Soalan : Apa tindakan Kerajaan?

Jawapan : Kerajaan PH melalui permohonan PDRM memohon kepada Mahkamah perintah larangan kepada Dong Zong meneruskan Persidangan Bantah Tulisan Jawi tersebut.

Soalan : Apakah usaha Menteri PH untuk kempen pengenalan seni khat (Jawi) ini?

Jawapan : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Mujahid Yusuf melancarkan kempen memakai tag nama Jawi kepada warga Jakim, kempen memakai tag nama Jawi kepada Menteri dan Timbalan Menteri PH di Parlimen, arahan kepada agensi di bawahnya memakai tag nama Jawi dan kempen ini terus berjalan dan mendapat sambutan ramai.

Soalan : Bagaimana dengan pemimpin PH bukan Melayu?

Jawapan : YB Tuan Lim Kit Siang, Penasihat parti DAP dan Tian Chua, Naib Presiden PKR bersetuju bahawa pengenalan seni khat (Jawi) sama sekali tidak menghilangkan jati diri bangsa Cina.

Soalan : Kenapa ada pihak mendakwa Kerajaan tak pertahan tulisan Jawi?

Jawapan : Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia yang cadangkan, perkara ini disebut oleh Timbalan Menteri bukan Melayu, apa logiknya Menteri PH tak setuju dengan apa dicadangkan Kerajaan, jika ada pun ialah kajian bagaimana mekanisme melaksanakannya, bukan membantah pelaksanaannya.

Soalan : Jadi tak betullah, dakwaan Kerajaan dan Menteri PH tak pertahan Jawi?

Jawapan : Tidak. Cadangan pelaksanaan oleh Kerajaan, yang membantah Dong Zong, dibelakangnya MCA dan Gerakan, tapi Kerajaan PH disalahkan.





https://www.dedahfakta.com/2020/01/dong-zong-mca-gerakan-yang-membantah.html

1 comment:

  1. Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini dilihat semakin renggang. "Kalau kerajaan ambil langkah (untuk wujudkan) perpaduan nasional iaitu perpaduan agama dan kaum, ia memang perlu disokong termasuk parti-parti pembangkang sendiri," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam (Berita Sabtu 11 Januari 2020). Isu tulisan jawi kenapa pembangkang salahkan PH.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...