Wednesday, January 1, 2020

Mana dia diskaun Tol 18% duhai kerajaan PH?


Rakyat Malaysia yang bercadang untuk menikmati faedah kadar tol di lebuhraya-lebuhraya bawah pengurusan PLUS mungkin terpaksa menunggu lebih lama lagi.

Menurut sumber yang rapat dengan syarikat konsesi itu, PLUS tidak mendapat lagi sebarang surat arahan dari Kementerian Kewangan berkaitan penurunan kadar tol.

"Walaupun diumumkan kepada rakyat, pihak kerajaan masih perlu membuat surat arahan berkaitan keputusan itu. Dan PLUS juga berhak tahu mengenai masa hadapan kewangan mereka kerana sebarang perubahan harga tol akan membabitkan syarat konsesi mereka.


Penurunan harga sebanyak 18 peratus membabitkan jumlah yang tinggi - RM1.13 billion. Pastinya ia akan memberi impak kepada PLUS dan pekerja-pekerja mereka serta kualiti penjagaan lebuhraya," ujar sumber Careta.

"Lagipun, semasa belanjawan tersebut, kerajaan tidak memutuskan tarikh bila penurunan tol itu bakal berlaku," sambungnya.

Ketika pembentangan Belanjawan 2020, Kerajaan Pakatan Harapan mengumumkan semua tol untuk lebihraya di bawah seliaan syarikat PLUS Berhad bakal diturunkan harga sebanyak 18 peratus.

Yang akan berlaku pada 1 Januari ialah penyelarasan harga tol untuk kedua-dua jambatan Pulau Pinang dan menurut sumber Careta, kerajaan sudah pun mengeluarkan arahan tersebut secara bertulis.

Siang tadi, kerajaan mengumumkan Program Subsidi Petrol (PSP) terpaksa ditangguhkan atas dua alasan; kerajaan perlukan lebih masa untuk menerangkan program PSP kepada rakyat dan proses pendaftaran B40 oleh Kementerian Kewangan yang mungkin belum siap.

Careta akan mengikuti lebih lanjut berkaitan isu ini dan juga menunggu alasan-alasan yang lebih kreatif.

5 comments:

  1. Penghalang terbesar menifesto PH ialah Tun M sendiri. Jiwa beliau sebenarnya tidak serasi dgn agenda reformasi. Sebab itulah DSAI patut segera mengambil alih teraju negara kerana beliau sendiri pelopor reformasi dan pencetus perubahan utk Msia yg lebih baik.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...