Sunday, January 12, 2020

Yang langgar manifesto bukan sahaja Mahathir tetapi menteri kabinet juga

Yang langgar manifesto bukan sahaja Mahathir tetapi menteri kabinet juga
ULASAN MALAM

TINDAKAN Dr Mahathir Mohamad memangku jawatan menteri pendidikan walaupun tindakan itu bertentangan dengan manifesto dan prinsip kerajaan PH, ia juga memberi petunjuk lain yang sungguh memualkan.

Dr Mahathir kata kabinet bersetuju dengan tindakannya itu ertinya tidak ada anggota kabinet yang membantah beliau memangku jawatan itu.

Maka, kesalahan Dr Mahathir kerana memangku jawatan itu sedang manifesto PH melarangnya tidak boleh diletakkan atas bahu PM itu secara bersendirian tetapi seluruh anggota kabinet yang akur dan bersikap pandir dengan Dr Mahathir yang memangku jawatan itu perlu dipersalahkan sama.

Apa dilakukan para menteri kabinet itu sesuatu yang memalukan dan mereka secara tidak langsung tidak menunaikan amanah dan janji atau pengakuan kerajaan seperti dicatat dalam manifesto.


Apakah mereka yang juga setengahnya menjadi anggota majlis presiden, melupai kedudukan mereka yang mempunyai kuasa sama dengan Dr Mahathir dalam konteks komponen PH dan diharapkan rakyat nenjadi penegur?

Kalau begitu apa lagi yang boleh diharapkan kepada anggota kabinet untuk menjamin amanah kepada rakyat. Sebelum ini ada menteri yang mengakui Dr Mahathir bukan seorang diktator tetapi seorang pemimpin yang telus, demokratik dan menerima pandangan semua anggota kabinet. Kononnya dalam mesyuarat Mahathir memberi peluang kepada semua menteri untuk bercakap.

Kalau itu benar, apakah semua anggota kabinet akur dan bersetuju dengan Mahathir tanpa memberi pandangan apa dilakukan Mahathir itu sesuatu yang songsang?

Dengan apa yang berlaku jelas anggota kabinet tidak boleh diharap untuk menegur atau memberi pandangan kepada Dr Mahathir sesuai dengan kehendak PH. Apakah mereka sudah berjaya dikembiri oleh Mahathir setelah melantiknya menjadi menteri. Anggota kabinet hari ini tidak mewakili dan membawa suara rakyat tetapi membawa diri sendiri.

Apabila kabinet tidak dapat untuk menjadi pemantau dan penegur kepada Dr Mahathir, kedudukan Dr Mahathir kini tidak lagi tertakluk kepada mana-mana badan atau entiti menyebabkan beliau bebas melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya. [wm.kl.8:08 pm 10/01/2020]
Posted by mohd sayuti omar

2 comments:

  1. Tun cuma memangku. Perkataan memangku bermakna utk sementara. Tidak spt kerajaan lama yg PM memegang portfolio Menteri Kewangan. Ini akibat utama salah kuasa dgn menyeleweng wang. Memangku jawatan Menteri Pendidikan utk meredakan serta menambahbaikan sistem pendidikan Negara.

    Ermm.. Can I advice you SOMETHING???!!! KAHKAHKAH

    ReplyDelete
  2. Mmg betul dan tepat pandangan MSO. Tapi tindakan Tun juga tidak salah jika melihat isu besar yg melanda KPM. Desakan utk mengiktiraf UEC dan menghalang tulisan Jawi bkn benda remeh. Jika UEC menggunakan bahasa Melayu sbg bahasa pengantar, membuang matapelajaran sejarah negara China dan memasukkan matapelajaran Sejarah seperti Sek keb. barulah ianya blh di pertimbangkan utk pengiktirafan kerajaan Malaysia. Ini bkn soal kualiti pendidikan semata mata. Ianya lebih utama utk melihat ke arah manakah kecenderungan lepasan UEC jika mereka tidak fasih berbahasa Melayu dan tidak memahami sejarah negara Persekutuan Malaysia serta asas asasnya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...