Thursday, March 19, 2020

Benarkah PELANCONG CHINA zaman PH menyebabkan kes COVID-19 meningkat ketika ini??

11 Fakta Perkembangan COVID-19 Di Malaysia Yang Perlu Anda Tahu


Memandangkan terdapat usaha menuduh kerajaan PH bertanggung jawab menyebabkan letusan wabak COVID-19 ini, maka berikut 11 fakta yang anda perlu tahu.

1. 1ST WAVE BERJAYA DIKAWAL

1st Wave yang diuruskan kerajaan PH (yang ditumbangkan pada 24Feb) yang terdiri dari pelancong China telah sihat sepenuhnya dan telah tinggalkan negara pada 27 Feb. Pada masa ini China telah melakukan LOCKDOWN yang bermaksud kawasan yang terjejas tidak boleh tinggalkan tempat mereka. Tiada lagi dibenarkan melancong.

2. 11 HARI GAP TIADA KES BARU

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiWjzAN1hSKswOtSP10uvMqoDZDD2JiV9eh2fjtv8JTT8zRWNcDd-inb_b1swPWf1IPOWPuuQ-IMVtJFWgSCYYENVwhdrR60hDtL6WpZzJcbuYCdrUD2cPjUK5ENAKIqLk2ymnM3a-FnsMC/s1600/IMG_20200316_101744.jpg

15Feb – Wave 1 tamat.
24Feb – Kerajaan PH tumbang.
27Feb – Bermula Wave 2.

3. 2ND WAVE BERMULA 27Feb

Gelombang kedua terdiri dari rakyat Malaysia yang membawa virus ini dari luar ke dalam Malaysia. Mereka BUKAN pelancong.

4. NEGARA TIADA KABINET SELAMA 16 HARI

Akibat langkah Sheraton, Malaysia kehilangan Kerajaan yang effektif untuk tangani Convid-19 selama 16 hari dari tarikh PH tumbang (24 Feb) sehingga perlantikan 70 Kabinet baru (10 Mac 2020).

Individu yang terlibat mengkhianat usaha Kerajaan tangani Wabak COVID-19


5. NEGARA TERLEPAS 16 HARI WAKTU KRITIKAL

Semasa berdepan dengan Gelombang Ke-2, Malaysia tiada Menteri Dalam Negeri untuk membuat polisi kawalan pintu sempadan, Tiada Menteri Agama untuk menghalang aktiviti berkumpul di masjid, Tiada Menteri Kesihatan yang memandu pasukan menentang wabak dan paling teruk NADMA telah hilang arah tuju apabila TPM sudah kehilangan jawatan.

6. WHO MEMUJI KERAJAAN PH TANGANI WABAK

Wakil WHO ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura, Dr Lo Ying-Ru, berkata kerajaan negara ini cemerlang dalam melakukan siasatan kesnya selain telus berkongsi perkembangan terkini bukan hanya kepada WHO tetapi juga kepada orang ramai.

7. IJTIMA TABLIGH 27HB JADI PUNCA UTAMA WABAK

Semasa tumpuan negara kepada drama politik Langkah Sheraton, tiada lagi kerajaan yang efektif memantau aktiviti yang menjadi punca ledakan kes CONVID-19. Disamping tumpuan juga kepada kesan ekonomi dan pasaran saham yang sebabkan 43bil hilang dari Bursa.

8. 24hb TWEET TERAKHIR DR DZULKEFLY

“Alhamdulillah! 2 lg kes COVID-19 pulih sepenuhnya & discaj hari ini. Tiada kes +ve baru. Kes-14 & Kes-19 sblm ini dirawat di HKL. Jumlah yang tlh pulih sepenuhnya & discaj hingga hari ini 20 orang. 2 masih dirawat di wad dan stabil. Tweet saya terakhir sbg YBMK. TK!”

9. KES 26 RAKYAT TEMPATAN PUNCA MEREBAK

Pesakit ini disahkan positif pada 29 Feb 2020 semasa TIADA KERAJAAN yang sebabkan kes merebak. Pada 4 Mac, 215 Kontak rapat, 16 Positif, 19 Negatif, 180 menunggu keputusan dari Kes 26 ini.

10. GRAF TREND MENURUN SEMASA PH

MOH Mendedahkan graf kes yang dilihat menurun semasa PH masih memimpin kerajaan dan mencanak naik setelah kerajaan ditumbangkan.

Sumber: https://kpkesihatan.com/.../kenyataan-akhbar-kpk-4-mac.../

11. MALAYSIA MENJADI NEGARA TERATAS

12. MALAYSIA PECAH REKOD 190 KES SEHARI PADA 15 MAC 2020.

Sebanyak 190 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 428 kes. Berdasarkan siasatan awal, kebanyakan kes baharu itu berkait dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, baru-baru ini.

TUDUHAN FITNAH PENYOKONG KERAJAAN PINTU BELAKANG

Berikut usaha penyokong kerajaan Pintu Belakang Pakatan Nasional yang cuba membuat tuduhan dan menyebarkan poster berikut.

Kerajaan Pintu Belakang sebaiknya menumpukan perhatian kepada memerangi wabak ini daripada bermain politik dan membuktikan mereka mampu menanganinya walaupun telah diperingatkan berkali-kali bahawa kerajaan PH sepatutnya tidak digangu dalam tempoh negara menghadapi wabak COVID-19 yang membunuh ini.

4 comments:

  1. jnangan Menipulah.. Ijtimak tabligh dibuat time tu PM interim... Salah PH sebab berebut Kuasa.. sedngkan Time tu Negara Lain dah Blok Kemasukan Pelancong China.. Malaysia sahaja degil xnak sekat pelanchong China.. Jangan menegakan benang yg basa mahcai

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH jatuh pada 24hb Februari 2020 manakala Ijtimak berlangsung pada 27hb Februari 2020. Masa Ijtimak berlangsung tiada kerajaan cuma ada PM interim yang tidak bantu oleh mana-mana menteri. Untuk makluman juga semasa PH memerintah yang jadi PM sekaranglah menteri dalam negeri yang jaga keluar masuk rakyat Malaysia dan asing dari sempadan Malaysia. Pada 24hb Februari 2020 kes Convid 19 hanya tinggal 2 orang masih dikuarantin.

      Delete
    2. Inilah kesan dari perjuang seminggu oleh puak-puak 'Langkah Shereton'.

      Delete
  2. sembang lebih la, nk ngencing tu agak2 la.. time masih lagi PH haprak yg jaga.. negara lain dh sekat pelancong china..negara kita je yg belum nk sekat lagi padahal rakyat semua dh bersuara suruh sekat.. padan la muka jatuh dlm masa 22 bulan... manifesto yg di janji kan pada rakyat pun hanyalah "KHALAYAN" semata mata.. udah2 la nk tipu kami rakyat lagi.. aku x undi dah PH aku xkan kempen dah utk PH... Penipu Haprak puihhhhhh......

    #AkuRakyatYangMarah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...