Monday, May 11, 2020

Benarkah sokongan kepada Umno, Pas kian merosot?

Kredit: Blog Tulahan
Sokongan kepada Umno, Pas kian merosot
Penulis akan membuat sedikit analisa sokongan pengundi Melayu kepada PH , Umno dan Pas selepas kejatuhan kerajaan PH. Sebelum PRU 14, banyak analisa yang penulis buat menetapi jangkaan yang dibuat berdasarkan suasana yang berlaku pada masa berkenaan .
Semasa pemerintahan PH, serangan terhadap PH menggunakan sentimen kaum dan agama sangat berjaya digunakan pembangkang pada masa itu. Mengapa berjaya? Kerana sememangnya , pembangkang terutama Umno dan Pas mewakili majoriti pengundi Melayu. Manakala PH memenangi PRU 14 berbekal undi Melayu sekitar 30 peratus sahaja
Justeru itu, adakah benar PH tidak mendapat sokongan orang Melayu semasa memerintah? Bukan hanya semasa memerintah , sebelum memerintah pun sokongan Melayu kepada PH adalah sekitar 30 peratus.
Pada PRU 14, PH mendapat hanya 15 ke 25 peratus undi Melayu di kawasan luar bandar. Manakala undi Melayu PH di kawasan bandar adalah 25 hingga 35 peratus sahaja. Kemenangan PH pada PRU 14 adalah disebabkan sokongan pengundi Cina adalah 85 peratus dan sokongan pengundi India sebanyak 70 peratus.
Kerusi campuran
Oleh kerana itu, PH memenangi banyak kerusi majoriti Cina dan kerusi campuran. PH telah memenangi sebanyak 113 kerusi berbanding BN sebanyak 79 kerusi selebihnya dimenangi PAS, Warisan dan Bebas. PH membentuk kerajaan dengan sokongan Warisan.
Sokongan pengundi Cina kepada PH sebenarnya kekal selepas PRU 14 , walaupun pada PRK Cameron Highlands dan Tanjung Piai mereka mengundi BN. Pengundi Cina boleh bertukar semasa PRK tetapi pada PRU undi ini kembali kepada PH.
Sebab itulah, selepas PH ditumbangkan berikutan krisis dalaman dalam PPBM dan PKR kemudian Tun M meletak jawatan . Pengundi Cina kembali menyokong PH sama seperti PRU 14 malah semakin besar kerana mereka tidak berpuas hati dengan cara kerajaan PH dijatuhkan.
Begitu juga, pengundi Melayu asal PH yang agak termakan dengan serangan isu kaum dan agama yang dimainkan oleh Umno dan Pas. Namun, apabila jatuhnya PH, mereka kembali menyokong PH kerana kecewa mandat yang diberikan oleh mereka dicuri.
Sebenarnya, kekuatan Umno dan Pas nampak terjalin rapi melalui Maufakat Nasional. Kedua-dua parti ini sudah berkira akan menang besar pada PRU 15. Umno dan Pas sudah berangan-angan menang banyak kerusi kerana apabila dicampur undi BN dan Pas berjaya mengatasi undi PH di banyak kerusi yang dimenangi PH.
Keseronokan sementara
Sebanyak 29 kerusi PH di Semenanjung yang akan jatuh ke tangan Maufakat Nasional jika berlaku PRU 15. Namun, keseronokan Umno dan Pas tersentak setelah Pas dan Umno memberi sokongan kepada pembetukan kerajaan Perikatan Nasional.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Pengundi Cina dan India yang sudah ada riak menyokong BN dan Pas sudah menarik kembali sokongan. Manakala , pengundi Melayu terutama di kawasan bandar juga sudah mula mengalih sokongan kepada PH kerana tidak bersetuju kerajaan PH dijatuhkan
Betulkah begitu, bukankah kita lihat di komen-komen facebook ramai orang Melayu yang menyokong kerajaan PN. Seperti yang dinyatakan tadi, sokongan kepada Umno dan Pas memang besar sebelum PRU 14 lagi. Jadi , tidak hairanlah sokongan kelihatan di komen-komen facebook.
Namun sebenarnya, sokongan Umno dan Pas telah mula berkurangan kepada 60 peratus sahaja. Kenapa berkurang ? Sokongan pengundi Melayu kepada PH bertambah sekitar 5 peratus berikutan parti-parti dalam PH menambah ahli dan cawangan parti semasa memerintah.
Semasa pemerintahan kerajaan PH, ramai yang sebelum ini tidak menyertai parti-parti dalam PH telah menyertainya dan terlibat sebagai dalam jentera kerajaan seperti MPKK dan sebagainya. Kebanyakan mereka sebelum ini adalah ahli dan penyokong Umno dan Pas.
Semasa PRU 14, PH masuk pilihanraya dengan bantuan petugas pilihanraya dari sukarelawan , Invoke dan NGO. Namun percayalah pada PRU 15 , parti-parti dalam PH terutama Amanah dan PKR akan menggunakan petugas pilihanraya parti sendiri berikutan penubuhan cawangan parti semasa memerintah.
5% akan alih sokongan
Perlu diketahui bahawa tidak semua ahli dan penyokong Pas yang bersetuju dengan kerjasama dengan Umno. Terdapat 5 peratus yang menentang kerjasama dengan Umno tapi tetap mengundi Pas semasa PRU 14 kerana Pas bertanding bersendirian . Pada PRU 15, 5 peratus ahli dan penyokong Pas ini akan mengalih sokongan kepada parti yang menentang Umno kerana Pas sudah bekerjasama dengan Umno.
Adakah sokongan kepada Umno dan Pas akan mengurang lagi ? Ya, selagi Umno dan Pas berada dalam kerajaan Perikatan Nasional. Pas terutamanya akan menghadapi kehilangan sokongan ketara kerana tidak mampu mempertahankan pringsip perjuangan apabila berada dalam kerajaan.
Pengundi Melayu yang memberi sokongan kepada Pas kerana Pas sebelum ini konsisten memperjuangkan dasar Islam . Namun, baru beberapa bulan menjadi kerajaan semasa PKP Covid 19 , Pas diserang kerana gagal membawa dasar Islam yang diperjuangkan. Menteri dan Timbalan Menteri Pas setakat ini tidak berani bersuara menentang suara Menteri MCA dan MIC dalam kerajaan.
Ketara sekali apabila, Menteri MCA berani meminta kerajaan Perikatan Nasional tidak dipanggil kerajaan Melayu Islam, Pas tidak membantah. Wanita MCA berani membantah perkahwinan bawah umur yang disokong oleh Pas, Pas tidak membantah. Ada beberapa isu lagi, yang pengundi Melayu boleh lihat Pas tidak mampu bersuara seperti sebelum menjadi kerajaan. Malah, Netizen yang menyerang Menteri dan Timbalan Menteri Pas adalah dahulunya pengundi Pas.
Itu baru beberapa bulan, sanggupkah Pas berhadapan dengan pelbagai isu selepas PKP yang pastinya memerlukan Pas bertindak mempertahankan dasar Islam. Jika gagal, sokongan kepada Pas semakin hari semakin mengurang. Perlu diingat, terdapat hanya 30 peratus pengundi yang mengundi Pas adalah pengundi tegar. Selebihnya, adalah pengundi yang mengundi Pas kerana pringsip Islam yang diperjuangkan.
Pas bergerak solo
Sudah ada pemerhati politik yang meminta Pas kembali bergerak secara bersendirian supaya sokongan pengundi Melayu kepada Pas akan kekal. Penglibatan Pas dalam kerajaan Perikatan Nasional tidak membawa manfaat yang besar kepada Pas.
Apa guna menjadi Menteri , Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC jika Pas gagal membawa dasar Islam yang diperjuangkan. Lebih lama berada dalam kerajaan, Pas akan berhadapan dengan krisis kepercayaan pengundi Melayu kepada Pas.
Peratus kehilangan sokongan pengundi Melayu kepada Pas akan dapat dilihat secara jelas selepas setahun Pas bersama kerajaan Perikatan Nasional. Walaupun begitu, riak-riaknya sudah mula dapat dilihat walaupun baru beberapa bulan Pas berada dalam kerajaan Perikatan Nasional.
Semasa PRU 14, undi Melayu kepada Umno adalah rendah berbanding Pas. Sokongan undi Melayu kepada Umno ini pula sekarang ini sedang direbut oleh PPBM . PPBM yang mengetuai kerajaan Perikatan Nasional telah mendominasi jawatan utama Menteri dan GLC . PPBM juga pastinya , meletakkan semua pemimpin PPBM menjadi Penyelaras Parlimen di kerusi Melayu dan campuran yang dimenangi PH dalam masa yang sama kerusi PPBM sudah bertambah kerana Ahli Parlimen Umno yang melompat ke PPBM.
Umno juga tidak boleh bergantung kepada undi Melayu yang ada pada Pas kerana Pas juga berhadapan dengan potensi kehilangan sokongan pengundi Melayu. Sudah kedengaran penyesalan pemimpin Umno kerana berada dalam kerajaan Perikatan Nasional. Umno yang sebelum ini boleh bergantung kepada Pas kini terpaksa bergelut sendiri menghadapi ancaman PPBM.
Pada waktu ini, pemimpin Perikatan Nasional sendiri kurang yakin dengan pembentukan Kerajaan Melayu Islam Perikatan Nasional . Ini kerana, parti-parti dalam Perikatan Nasional kehilangan sokongan orang bukan Islam yang sangat besar lebih teruk daripada semasa PRU 14.Berdasarkan analisa ini, jangkaan Umno dan Pas akan menang mudah melalui gabungan undi tidaklah semudah itu. Sokongan pengundi banyak bergantung kepada suasana politik yang berlaku dalam negara. Selepas menyertai Perikatan Nasional , jangkaan menang mudah kini akan bertukar sebaliknya sekiranya, Umno dan Pas tidak membuat keputusan yang betul demi kepentingan parti masing-masing.
Malaysia adalah negara majmuk yang memerlukan gabungan pemerintahan yang memerlukan sokongan semua kaum. Sudah ada kedengaran, pemimpin Perikatan Nasional dari kumpulan Azmin akan menubuhkan sebuah parti baru yang sama macam PKR.
Tujuannya adalah untuk menarik kembali sokongan pengundi bukan Melayu kepada kerajaan Perikatan Nasional. Mereka juga tidak boleh mengharapkan MCA dan MIC juga untuk menarik sokongan pengundi bukan Melayu.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks yang berkata 'BermanaMY [TERKINI] Azmin mendakwa desakan Anwar dan pimpinan PH untuk mengadakan persidangan khas parlimen mungkin untuk mengusulkan undi tidak percaya pada PN. "Jika ini berlaku, ini pengkhianatan mandat rakyat yang terbesar dalam sejarah. la sukar untuk dimaafkan" - Azmin BERMANA'
PPBM, BN, Pas dan Kumpulan Azmin yang memerintah bersama dalam kerajaan Perikatan Nasional sedang menghadapi suasana yang saling tidak mempercayai antara satu sama lain. Masing-masing mempunyai agenda sendiri untuk dibawa dalam pemerintahan. Keadaan ini sebenarnya bukan sahaja tidak baik untuk sebuah pemerintahan malah, tidak baik untuk masa depan sesebuah parti.

3 comments:

  1. Anak melayu dah muak dgn politik kotor orangsorang lama...jenarasi melayu beriman akan bangkit pertahankan hak orang Islam sebenar...

    ReplyDelete
  2. Hari ini aku umum aku bukan lagi bngsa melayu. Nama aku pun syed,dulu aku x mengaku aku keturunan arab,aku bangga dgn melayu aku. Tp hari ini aku tak sanggup lg mengaku melayu,tak sanggup aku hin diri aku dgn mengku sbgai bangsa yg hina dan khianat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko bodo ke ape?Tuhan tanye ke ko melayu?! Klu ko tak mengaku melayu islam..bagus ko tukar agama terus..bangsa yg khianat adalah yg bersekongkol dgn kafir..perang akhir zaman pun nanti ko akan tau..ko belah pihak dajjal atau ko belah islam..the choice is yours

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...