Saturday, May 23, 2020

NASIHAT DAN PERKONGSIAN YANG SANGAT BERGUNA DARI AHLI KELUARGA PESAKIT COVID-19

#COVID-19 : INI NASIHAT DAN PERKONGSIAN YG SANGAT BERGUNA DARI AHLI KELUARGA PESAKIT COVID-19 SUPAYA SETIAP ORG BERUSAHA MENGELAK DARI JANGKITAN DAN PATUH DGN ARAHAN PIHAK BERKUASA.


 Sekadar nasihat.
Oleh : Farhana Rakow
20 May 2020·

Covid 19...dulu aku pernah menulis ttg pengalaman aku...bagaimana stigma masyarakat pada keluarga aku bila suami aku disahkan positif covid 19. Pengalaman buruk demi pengalaman buruk natijah dari jangkitan ini. Hari ini aku terpanggil untuk menulis sekali lagi. Kerana aku ingin anda semua diluar sana untuk sedar...untuk tahu bahawa jangkitan ini bukan sekadar dijangkiti tetapi berakibat yang sangat buruk. Aku ingin anda tahu walaupun kadar jangkitan kini menampakkan penurunan tp ianya bukan jadi alasan untuk kalian tidak berwaspada bersuka ria tenang dan mengambil mudah semua perkara.

Kebelakangan ini,aku melihat betapa ramai yg merungut bila kerajaan x bagi balik kampung tak bagi jumpa mak ayah, tak bagi sambut aidilfitri bersama keluarga.....malah ada yg sanggup menipu polis, mencari bermacam alasan hanya utk dilepaskan balik berhari raya. Wahai sahabat, pegang kata2 saya ini. Ada diantaranya yang upload status, dengan berkata menyindir SOP2 yang kerajaan tetapkan, dengan mengatakan kalau takut tak payahlah balik, kalau takut tak payahlah keluar dan sebagainya...Soalan saya adakah anda sedar, sikap selfish anda tu bukan sahaja berakibat fatal pada diri anda malah orang lain juga? lihatlah berapa banyak kejadian yang menimpa menjangkiti orang yang tak bersalah hanya kerana sikap selfish seorang individu? contohnya, cluster italy, kes wanita bersalin yang menyebabkan satu ward bersalin terpaksa di tutup, dan yang terbaru kes di kedah dan kelantan....(saya tak ingin sebutkan). Sahabat, bila sahaja keluargamu terpalit virus ini...percayalah bahawa kesannya sangat sangat buruk..bukan sahaja pada kesihatan kamu dan keluargamu, tetapi juga emosi, sosial malah pekerjaanmu.



Wahai sahabat di luar sana bersyukurlah... belajarlah bersyukur pada sedikit sekatan pada kebebasanmu... bersyukurlah bahawa kerajaan menyekat kebebasanmu sekarang... bukan untuk membuat mu merana, jadi gila dan sebagainya...tetapi untuk melihat kamu semua ni sihat sejahtera, dapat menjalani rutin harian mu dengan lebih cepat tanpa kehilangan satu pun anggota keluarga.... kerajaan buat semua ni untuk memastikan kita semua dalam keadaan sejahtera...Bersyukurlah bahawa.sekurang2nya walaupun kebebasan mu terbatas tp kalian masih boleh bergerak keluar membeli barang keperluan melihat dunia luar. Menghirup udara segar, boleh lagi pergi kerja atau berborak borak dengan orang - orang di sekeliling. Masih mampu pergi berbaris di ATM mesin ketika kamu memerlukan wang.

Amat berlainan bila salah seorang ahli keluargamu atau dirimu yg dijangkiti. Kebebasanmu bukan lagi ditangan mu....kamu akan menghadapi kuarantin demi kuarantin....swab test demi swab test...ibarat tikus makmal....diuji dgn pelbagai jenis ubat...hari ni ubat malaria, esok vitamin c lusa entah apa lagi.... malah suami ku sendiri,...2 bulan di ward isolasi...tiada sebarang ubat diberi.... maka menunggulah di ward untuk diuji lagi dan lagi......bila result tidak memberangsangkan maka kamu akan kemurungan lagi dan lagi dan lagi....dlm ward isolasi..... kau memandang seorang demi seorang patient datang dan pergi tapi kamu masih di sana..sebab antibodi mu lemah....maka kamu tidak pasti bila akan kembali ke pangkuan keluarga......keluarga x dpt melawat...anak - anak merindui... bertanya tanya bila si ayah boleh keluar berkumpul lagi bersama keluarga.... perhubungan hanya melalui video call ...nikmat melihat bumi tuhan yg maha luas hanya melalui tingkap dan beranda.. ...

keluargamu pula akan berdepan stigma masyarakat yg akan membuatkan mereka trauma untuk bersosial... Keluargamu dipulaukan....pasanganmu x dpt keluar membeli keperluan kerana perintah home survilliance yg dikeluarkan oleh KKM.....jika ada sahabat dan saudara yg prihatin maka kamu masih boleh bersyukur...kerana mereka membantu keluargamu membeli itu ini. Tapi sampai bila? Sampai bila nak hidup menyusahkan org?

Hari demi hari, org lain telah memulakan rutin kehidupan, boleh keluar membeli belah, berjogging di taman, turun bekerja tetapi kamu masih di ward...memandang sepi jalan- jalan, melihat frontliner yang berkeliaran.... nak berborak dengan siapa? duduklah engkau menghadap dinding...terpenjara ibarat penjenayah tanpa perbicaraan tanpa keputusan mahkamah....kamu terpaksa memohon cuti lagi....pasanganmu, anak-anakmu ahli keluargamu juga begitu dipanggil utk swab test lagi dan lagi.....sambung lagi kuarantin

Percayalah....sepanjang suami saya positif saya dah lalui 3 fasa kuarantin... Dan esok sekali lagi,anak sana kena hadir swab test.... Dan sekali lagi akan lalui kuarantin 14 hari.....saya sendiri tidak tahu bila episode kuarantin ini akan berakhir. Saya sendiri dah naik segan pada boss di pejabat sebab asyik2 submit masalah covid jer.......kpd rakan2 sekerja sebab aku mereka kena cover kerja aku....even kpd rakan2 suami yg x putus2 membantu...sebab merekalah yg bantu hantar keperluan dapur, bantu hantarkan keperluan suami di waed isolasi ....bantu itu dan ini..... tahukah kalian... masa itu....sebanyak mana pun duit cash ditanganmu tidak akan mempunyai nilai.... hakikat kamu positif dan keluarga mu direct contact pada Covid 19...orang takkan terima apa yang kamu berikan kepada mereka.... percayalah....

Natijahnya bukan pada kamu sahaja...tp keluargamu. Episod duka beberapa bulan yg lalu bukti betapa wabak ini mendatangkan kesan yg sangat besar.......bila kita disahkan positif....bukan penyakitnya yg membarah tetapi natijah pada keseluruhan kehidupan kamu. Aku hingga kini, trauma utk mendekati org. Aku takut aku pembawa lalu menjangkiti org lain...maka aku lebih rela mengurung diri di rumah, membeli dgn khidmat runner atau membuat tempahan makanan secara online....dunia aku hy dgn online....sehingga kini aku masih diserang Panic Attack bila berada di khalayak...

Akibat Covid 19, aku membayar harga yang sangat mahal kepada keluargaku....Adikku terpaksa keluar dr rumah sewa semasa PKP berkuatkuasa gara2 housemate takut covid....sama2 kerja sebagai frontliner tp x memahami.... Keluarga aku..mak ayahku difitnah...dipulaukan....fitnah bertebaran tanpa belas kasihan...mereka dijauhi viral merata-rata hanya kerana sikap aku yang melawat mereka sebelum mengetahui bahawa suamiku positif... walaupun keputusan ternyata negatif tetapi mereka terpaksa menerima akibat..mereka dipulaukan,..di umpat dikeji dihina hanya kerana aku contact rapat pesakit covid.....mereka tertekan tanpa aku mampu mempertahankan mereka.....semuanya gara2 covid yg menjangkiti hanya seorang ahli keluarga.

Gara-gara positif covid juga, viral dari johor sampai ke sarawak family aku terbabit covit... sehingga aku terpaksa melaporkan seorang penjawat kerana salah laku dan pembocoran maklumat sulit jabatan. Suami aku dimaki, diviralkan gambarnya, aku dimarahi oleh isteri isteri jemaah kerana nama suami mereka didedahkan kepada KKM... walaupun bukan suami aku yang memviralkan senarai nama itu...rakan2 yang pernah berhubung rapat, demam batuk pun beranggapan mereka dijangkiti dari kita... hadir ke klinik petik nama kita sebab kita direct contact covid 19.....makian dan cacian sebati, penghinaan dan pandangan sinis orang semua menjadi sebatian dalam kehidupan bila virus ini menjadi sebahagian kehidupan.

Sakit dijangkit kalau bawak mati seorang diri x mengapa..sekurang2nya natijahnya hanya pada satu jiwa iaitu diri kamu sendiri....teruskan ...tp fikirlah akibat pada ahli keluarga...percayalah...bila kamu dapat sakit ini....kamu x akan mampu menanggung akibat dan rasa bersalah..dan penyesalan...Once terkena jangkitan...kamu dan keluargamu akan hilang kebebasan bukan untuk sehari dua hari malah berbulan,....malah kamu tidak akan tahu bila berakhirnya... walaupun kamu dah discharge.... kamu takkan dapat menghampiri pasangan mu anak-anak mu sebab kamu risau, virus itu masih bersarang dalam dirimu dan akan menjangkiti mereka... kamu akan merasa terseksa, anak-anak di depan mata tapi kamu tak mampu menyentuh atau mendekati mereka... setiap kali kamu ingin menyentuh mereka kamu perlu mencuci tangan mu dengan sanitizer....bilik mu di sanitize setiap masa...seolah olah kamu manusia jijik...makanan diasingkan, makan sorang2 dalam bilik... anak2 memandang dari jauh...bertanya kenapa tak boleh peluk ayah, kenapa tak boleh sentuh ayah...kenapa tak boleh cium ayah..

sebagai isteri, kamu akan rasa serba salah... melayani suami seperti itu... derhaka jadinya. tapi apa yang mampu kamu lakukan.... rasa bersalah dalam diri..kerana virus ini kamu menjauhkan diri demi keselamatan anak2.... suami yang kamu sayang, kamu kuarantinkan kurung dalam bilik tiba waktu makan kamu hulur biar dia makan sorang-sorang, pakaian dia kamu asingkan, bekas makanan kamu terpaksa guna yang pakai buang, kalau yang terpaksa dikongsi kamu terpaksa mencuci dengan menyiram dgn air panas... apa perasaan suami melihat semua itu...dan apa perasaan kamu memperlakukan suami sebegitu... hanya kerana covid...aku ...aku lalui semua ini.

Maka sahabat berfikirlah. Tiada guna menyesal bila telah terkena. Tiada ubat bagi sesalan di jiwa bila sudah menjadi sebahagian dr nya. Saban hari yg kamu mampu lakukan hy berdoa semoga virus ini segera pergi. ..kerana hingga hari ini virus ini tiada penawarnya lagi. Maka beringat sebelum kena.... bila kau dapat virus ini...kau hilang segalanya....kebebasan, kebahagian dan kasih sayang.

Saya ikhlas menasihati.
- Farhana Rakow

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...