Sunday, July 26, 2020

RUU 355 Pas perlu usahakan elak ditanam di Jirat Cina

Oleh Mohd Sayuti Omar


DALAM satu forum di Dewan Perniagaan Cina di Petaling Jaya dua tiga tahun lepas, dimana saya sebagai salah seorang ahli panel diajukan pertanyaan oleh seorang peserta berkenaan Hukum Hudud Pas. Penaya itu bertanya sejauh manakah ilitizam Pas untuk melaksanakan Hukum Hudud.

Penanya itu seperti seorang yang ragu-ragu dengan Hudud. Beliau ajukan pertanyaan itu bagi kepastian apakah Hudud benar-benar akan dilaksanakan, sebab ia telah jadi momokan kepada bukan Melayu. Penanya itu seperti bimbang pembangkang (PH ketika itu Pas masih bersama) akan ditolak rakyat sekiranya Hudud dilaksanaan.

Saya menjawab dengan memberi pandangan peribadi saya, bahawa Hudud tidak akan dilaksanakan. "Saudara dan sesiapa yang takut dengan Hudud, jangan bimbang ia tidak akan dilaksanakan oleh Pas, yakinlah." Saya tidak mengulas panjang lebar kenapa saya berkata begitu, cuma yakin dengan segala pemasalahan, seni siasah dan tentangan ia tidak akan jadi realiti. Bagi saya Hudud adalah modal politik Pas semata-mata. 

Pas tidak ada kekuatan untuk berlawan dengan penentang undang-udang Islam itu. Hudud hanya dijadikan modal sahaja yang menjelma setiap kali pilihan raya. Bagi mereka yang sudah arif dengan perangai Pas sebenarnya tidak pun perlu takut dengan Hudud.


Main-main.

Ternyata sehingga ini Pas nampak main-main sahaja dengan Hudud dan cuba mencari justifikasi untuk tidak melaksanakannya. Kenapa saya berkata begitu, perhati dan fahamkan jawaban yang oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Ahmad Marzuk Syaari ketika menjawan soalan lisan daripada wakil Tanpin, Hasan Baharom di parlimen dua tiga hari lepas. 

Hasan bertanya, apakah kerajaan berhasrat untuk membentang RUU 355 kali kedua dan jika ia macam mana pelaksanaanya. Pertanyaan Hasan itu tentulah menadangkan Pas kini menjadi sebahagian daripada kerajaan yang mana tidak melalui kesukaran untuk meneruskan RUU 355 itu.
Apa jawab Marzuk; cadangan ini memerlukan pertimbangan dan penelitian menyeluruh supaya ia selaras dengan perlembagaan negara.

Jawaban itu memang perfect sesuai dengan realitinya dan nampak cerdik. Tetapi dalam masa sama ia nampak sebagai helah untuk tidak melaksanakannya. Jawaban itu seakan Pas membuka pelikatnya di tepi sungai.

Ini kerana masalah (halangan) itu sebelum ini tidak pernah diambil kira oleh pihak Pas semasa wakilnya membentang usul itu di parlimen April 2017. Walaupun, masalah itu sudah ditimbulkan oleh pakar undang-undang agar Pas mengambil kira percanggahan itu, tetapi ia tetap juga dibawa. PH ketika itu berkali-kali meminta Pas berbincang dahulu dengan gabungan itu sebelum ia dibawa ke parlimen.

Tetapi Pas berdegil tidak mempedulikan segala saranan dan nasihat, mereka tetap juga mengemukakan RUU 355 ke parlimen. 

Hari ini alasan dan masalah sama dijadikan alasan oleh kerajaan untuk tidak berhasrat membentang usul itu sekali lagi. Sebab tulah jawaban Marzuk itu dijadikan batu lastik oleh para netizen untuk melastik dan mengejek Pas.

Di sinilah maka timbul persoalan apakah Pas serius dengan RUU 355 itu atau main-main dan sekadar menjadi toys, macam tikus-tikus plastik yang diberikan kepada anak kucing. Kucing melambung-lambung anak tikus plastik itu tetapi tidak pun boleh dimakan dan diajak berlawan dengannya. Begitukah? 

Dengan melihat sikap Pas itu dan bertolak daripada itu maka tindakan Pas membawa RUU 355 dalam sesi parlimen lepas hanya sebagai satu ujian dan perangkap semata-mata yang bermotif politik bukan bertolak daripada perintah Allah yang digementarkan. Kenapa dikatakan begitu, kerana Pas seakan mahu memerangkap mana-mana wakil rakyat beragama Islam di pihak pembangkang dalam PH dengan RUU 355 itu. Atau lebih tersurat lagi sebagai alasan untuk tidak bersama PH apabila cadangan itu (Hudud) ditentang oleh DAP. 

Pas ada strategi di sebalik pembentangan usul RUU 355 itu untuk memerangkap pembangkang (PH) dan sesiapa sahaja yang menolaknya. Pas mahu mengecap sesiapa menolak RUU 355 sebagai menolak Hukum Tuhan yang dikira berdoa. Itu motifnya. 

Sebelum ini Pas bukan main lagi menggerakkan kempen sampai mengadakan himpunan RUU 355 di Padang Merbuk Kuala Lumpur untuk mempengaruhi rakyat bersamanya. Lebih teruk lagi disebarkan di tazkirah oleh para ustaz "Becat" Pas kononnya menolak RUU 355 itu menolak hukum Tuhan, yang hukumnya berdosa dan jika mati wajar ditanam di Jirat.

Itulah tujuan Pas sebenarnya. Dan kenapa Najib Razak sebagai perdana menteri ketika itu ikut menyokong adalah menumpang sejemput untuk melepaskan diri daripada dikatakan menentang Hudud. Umno sebelum ini dikenal pasti parti yang menentan hukum Hudud. Saya tidak melihat Najib ikhlas menyokong Hudud.

Bagi Najib dengan berbuat demikian beliau dilihat seorang menerima RUU 355 dan dalam masa sama terlepas dengan dosa dan terselamat ditanam di Jirat seperti dihukumkan para ustaz "Becat" Pas.

Merujuk kepada jawaban Ahmad Marzuk itu menunjukkan RUU 355 itu sebuah sandirawa yang dimainkan pada siang hari atau permainan wayang kulit tidak menggunakan kelir, menyebabkan bentuk, material, huduhnya wajah Pak Dogol, Wak Yah, Wak Long yang dibuat daripada belulang kering itu nampak jelas mengerutu. Mungkin bau yang hamis juga tersumbat ke dalam hidung.
Sebab kalau Pas jujur, ikhlas dan serius, inilah masanya RUU 355 itu dibentang semula kerana Pas kini menjadi sebahagian daripada kerajaan. Pas tidak perlu lagi takut usul persendirian itu tersekat di meja speaker. Lagipun speaker baru Azhar Harun dilihat (foto) sudah mencium tangan Abdul Hadi Awang.

Sekiranya RUU 355 itu diminta untuk dibahas, pastinya dibenarkah. 

Mungkin Pas masih ragu-ragu RUU 355 itu akan mendapat sokongan kerana kedudukan dalam parlimen kini berkedudukan 50 : 50. Ujian ke atas undian meluluskan pemecatan speaker mungkin dijadikan iktibar kepada Pas. Uusul pecat speaker dan diganti dengan Azhar itu hanya berkelebihan dua undi sahaja.

Tidak mengapa Pas boleh melupai atau skip seketika tetapi seharusnya tidak berhenti setakat hari ini dengan memberi jawaban simplistik seperti Marzuk katakan itu. Pas tidak boleh bersadar dan bersanad kepada alasan perlembangaan kerana alasan itu sebelum ini tidak dihiraukan oleh Pas. Apakah sejak jadi kerajaan ini Pas sudah double standart dan menjadi anti tesisnya selama ini?

Pas harus berusaha untuk memastikan RUU 355 itu tetap dibentang dan diluluskan kerana ia akan menjadi klimek kepada perjuangan Pas. RUU 355 ke arah melaksanakan Hudud adalah puncak perjuangan Pas yang sejak kesekian lama dicanangkan. 

Justeru dalam hal ini Pas kena berusaha ke arah itu. Salah satu cara ialah memastikan angka dalam parlimen berpihak dan cukup kepadanya. Untuk tujuan ini salah satu langkah (strategi) ialah Pas perlu memastikan wakilnya bukan setakat 18 wakil sahaja, tetapi harus ditambah. 

Saya sudah cadangkan dalam catatan sebelum ini, antara cara untuk PAS memperkasakan diri ia boleh mengajak bekas rakan-rakannya dalam Parti Amanah Negara (Amanah) seramai 11 orang itu bersama mereka. Kalau Pas ajak Amanah ia akan mempunyai 29 orang wakil.

Disamping itu Pas perlu berusaha menambah 40 wakil lagi dengan bertanding di 40 kerusi parlimen pada Piraum ke 15 akan datang. Pas perlu menggunakan kedudukannya sebagai parti paling berintegriti kini, parti kedua tertua dan besar, menuntut kepada PN untuk bertanding 1/3 daripada 222 kerusi atau sekurang-kurang, 60 kerusi. 

Insya-Allah dengan membawa agenda sama (Hudud) dan bertanding di kerusi majoriti Melayu kombinasi Pas dengan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN), Pas akan memperolehi jumlah kerusi seperti diharapkan itu. Wajib Pas melakukan ini bagi merelisasikan Hudud demi mengelak kita semua dikambus di Jirat

3 comments:

  1. Lobai2 Pas sudah pandai kencing penyokong...boleh bohong demi parti....demi jawatan dan wang..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. "Merujuk kepada jawaban Ahmad Marzuk itu menunjukkan RUU 355 itu sebuah sandirawa yang dimainkan pada siang hari atau permainan wayang kulit tidak menggunakan kelir, menyebabkan bentuk, material, huduhnya wajah Pak Dogol, Wak Yah, Wak Long yang dibuat daripada belulang kering itu nampak jelas mengerutu. Mungkin bau yang hamis juga tersumbat ke dalam hidung"

    Kenyataan di atas diperkuatkan lagi dengan tersiarnya berita bertajuk "RUU355: Dulu berapi-api sebab kita pembangkang - Tuan Ibrahim" https://www.malaysiakini.com/news/536170#mk-comments "Sekarang apabila kita jadi kerajaan, kita nak buat RUU355 kita kena buat mesyuarat dengan mufti-mufti, mesyuarat dengan Majlis Raja-Raja, kena bentang satu persatu kepada Raja-raja Melayu sebab urusan agama di bawah Raja-Raja.

    "Kemudian kena pergi kepada majlis jawatankuasa agama Islam peringkat kebangsaan, (ada) prosedur-prosedur, kena jumpa peguam negara, kena bincang mekanisme perundangan, kena tengok perlembagaan, kena tengok undang-undang sedia ada, banyak kerjalah.

    Saya baru lepas terjumpa YouTube ini untuk dikongsi dan difikirkan logiknya https://www.youtube.com/watch?v=qVYXTTB0mQ4 KETIKA KARYA IMAM GHAZALI DIBELA RASULULLAH

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...