Monday, August 31, 2020

PRU KE 15-AMANAH DAP PRO TUN Apakah PKR Bersendirian...?

PRU KE 15-AMANAH DAP PRO TUN Apakah PKR Bersendirian...?
OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
 Penulis Bebas
 
 
KESEMUANYA partai politik situasi dalam kemelut.MN-PN amat bercelaru. Masing masing lantainya tidak kukuh.PH yang sepatut utuh dan konsisten juga turut menerima tempias yg sama. Isu Tun-Anwar sejarah lama berulang menjadi PH tidak kurang dilanda ribut politik yang tidak mudah untuk diharungi.
 
Andaikata PH utuh dan kukuh spertimana di waktu waktu berhadapan parti pemerintah di PRU ke 14 dahulu kita optiumis oposisi akan kembali menguasai semula Putrajaya.Tapi malangnya sekali PH hari ini tidak sekental dan sekukuh seperti dahulu.Ribut politik dalam PH kian menjadi jadi kecelaruannya. Semuanya dikatakan gara gara politik Tun.Yang amat pedih sekali sudah ada taktik taktik untuk mengenepikan Anwar sebagai ikon politik PM jika PH menang lagi.Zaman Fadzil Nor dan TGNA tidak sesekali berubah wala terhadap Anwar.PH era Hadi bermulanya percubaan mengenepikan Anwar turut dirancang dengan mencadangkan Tengku Razaligh bakal PM. 

Amat pedih bagi Anwar apabila satu nama yg tidak popular Shafie Afdal dicanangkan sebagai bakal PM di option baru dan disokong penuh oleh pemimpin utama Amanah dan Dap.Bagai terkoyaknya hati Anwar bilamana rakan seangkatan berpekerti sedemikian.Gara gara siapakah ini?Cubaan menghalang Anwar dari menjadi PM dengan politik nombor sekaligus menafikan perjanjian amat memalukan sekali.Majlis Presiden rupa rupanya kurang berfungsi sama sekali bilamana janji yg diikat Anwar pengganti Tun dan PM ke 8 dilupuskan semudah itu.Apa ini...?

Mutakhir ini orang bercakap Amanah dan Dap projek Tun.Dalam politik ianya sesekali tidak mustahil.Ada kemungkinanya Amanah dan Dap bakal bersatu dengan partai baru Tun parti PEJUANG..? Jika ini terjadi PKR bakal bersendirian dalam politik PRU akan datang.MN sedang menunggu kompleketed ini menjadi bertambah merumit. Jika ini bakal terjadi PAS-Umno amat bergembira.
 
Kini Anwar sudah terasa dirinya di sisih oleh rakan karib dari Amanah dan Dap.Zahirnya masing masing cuba disembunyi.Tun dengan parti PEJUANG tidak lagi akan bersama PH.Sikap Tun terhadap Anwar jelas.Ada lojiknya juga apa yang diperkatakan sebelum ini misi utama Tun menghalang Anwar jadi PM. 

Apa yang amat merisaukan sekali. Jika politik org Cina kembali ke pangkuan MCA alamatnya Dap kecundang. Juga PKR apatah lagi Amanah.Awasi dan jaga jagalah persepsi ini. PH jangan sampai org Cina benci kepada Dap.Ingat faktor kekuatan PKR dan Dap adalah kebersamaan.Amanah sekadar menumpang.Tanpa Dap PKR dan Amanah tiada akan ke mana. Tanpa PKR  Dap juga gagal mencipta apa apa. PKR -DAP saling kait mengait.Amanah lemas di tengah tengah.

Perubahan posisi Amanah dan Dap ke parti PUTERA dan menyakini Tun berupaya menjadi penentu kemenangan juga satu pendekatan politik yang paling bermalapetaka.Membiarkan Anwar bersendirian dengan meletakan harapan kepada Tun Dap Amanah sedang mencelakan masa depan politik PH itu sendiri.

Pada firasat saya dalam kompleketed sebagini jika gagal diuruskan lagi adalah baiknya kita kembali ke fitrah asalnya iaitu kebersamaan yg asalnya padu dan kukuh iaitu kombinasi PKR-DAP dan Amanah.

Jika Amanah dan Dap masih kekal menjadi pro Tun dan melupakan Anwar. Sudah jelas sama sekali PH akan berpetak semula dengan petak barunya Amanah-Dap dan PEJUANG. PKR kekal bersendirian. Citra ini amat sangat dinanti nanti Umno-Pas.


 

1 comment:

  1. Poker online dengan presentase menang yang besar
    ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...