Monday, September 28, 2020

DSAI PM9 – Bila dan Bagaimana?


 DSAI PM9 – Bila dan Bagaimana?

Pada 23/September/2020 DSAI telah mengumumkan bahawa beliua mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen untuk membentuk Kerajaan Persekutuan dan menyatakan TSMY kehilangan majoriti.


Bolehkah DSAI menjadi PM9 ?. 


Perlembagaan kita sangat jelas tentang perlantikan PM dengan dimana budi bicara mutlak dari YDPA tetapi bergantung pada masa berkenaan jawatan PM dikosongkan oleh PM semasa atau hilang suara tidak percaya di Parlimen dan secara hormat meletak jawatan sebagai PM.


Scnerio semasa menunjukkan kedua-duanya tidak berlaku, jadi bagaimana DSAIboleh menjadi PM?


Semuanya bergantung pada harga diri TSMY.  Setelah mengetahui sokongan majoriti hilang, beliau mesti mengundurkan diri sebagai PM dengan meletak jawatan sebagai PM dan memberi laluann kepada YDPA untuk melantik DSAI sebagai PM berikutnya setelah YDPA yakin bahawa DSAI mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen.


Sekiranya TSMY masih berkeras kepala dan memohon kepada YDPA untuk membubarkan parlimen, maka budi bicara YDPA mengikut Perlembagaan untuk menerima cadangan TSMY tetapi kemungkinan besar YDPA tidak akan membubarkan Parlimen tetapi melantik DSAI sebagai PM atas sebab pandemic COVID-19 dan perbelanjaan besar yang diperlukan untuk menggadakan PRU15.

 

Pilihan terakhir ialah walaupun tiada dalam perlembagaan tetapi YDPA boleh bertitah kepada TSMY untuk meletak jawatan sebagai PM kerana hilang majoroti dan memberi ruang kepada YDPA untuk melantik DSAI selepas meneliti sokongan yang diperolehi daripada ahli parlimen.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...