Wednesday, September 30, 2020

Tiga peristiwa besar antara ANWAR & MUHYIDDIN yang ramai kita tak tahu telah berlaku..


 Ada tiga peristiwa yang rakyat tidak tahu dan peristiwa-peristiwa ini tidak pernah diceritakan oleh Anwar Ibrahim kepada ahli ahli KEADILAN sendiri. Sudah tiba masanya saya merasakan rakyat perlu tahu supaya mereka boleh membuat perbandingan mengenai prinsip perjuangan dan pengorbanan yang diambil antara kedua-dua tokoh ini.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2270808829688391&id=230404067062221

Peristiwa Pertama

Menjelang Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) kerap membuat perbincangan mengenai siapakah yang akan diketengahkan sebagai calon Perdana Menteri ke-7. Oleh kerana ketika itu Anwar Ibrahim masih di dalam penjara manakala Tun Mahathir pula sudah agak lanjut usianya maka Muhyiddin Yassin merasai dirinya layak dicalonkan. Di sinilah bermulanya episod kerjasama di antara Muhyiddin Yassin dengan Azmin Ali.

Muhyiddin telah menemui Anwar di mahkamah untuk mendapatkan persetujuan beliau. Janji Muhyiddin kepada Anwar, beliau akan menjadi Perdana Menteri (PM) untuk tempoh dua tahun saja dan kemudian akan menyerahkan jawatan PM kepada Anwar sebaik selepas Anwar mendapat pengampunan dan kembali semula ke Parlimen.


Anwar dengan berlapang dada bersetuju dan menyokong cadangan Muhyiddin. Anwar seterusnya meminta Muhyiddin membawa cadangan tersebut dan berbincang dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan. Lim Kit Siang juga difahamkan pernah mengusulkan nama Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke- 7 sementara menunggu Anwar dibebaskan dari penjara.


Bagaimanapun, sebelum cadangan ini dibawa ke Majlis Presiden PH, Muhyiddin terlebih dahulu membentangnya dalam satu mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu. Di situ, Muhyiddin turut memberitahu mesyuarat tersebut bahawa Azmin Ali akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri jika PH berjaya membentuk kerajaan dalam PRU14.


Namun malangnya cadangan Muhyiddin itu tidak mendapat restu dan sokongan majoriti ahli MKT Bersatu lantas perdebatan hangat telah berlaku di antara penyokong Tun Mahathir dengan Muhyiddin. Pertikaman lidah turut berlaku di antara Setiausaha Politik Tun Mahathir iaitu Muhammad Zahid Mat Arip dengan Muhyiddin sehingga Tun Mahathir terpaksa mencelah.


Tun Mahathir meminta supaya mesyuarat tidak lagi membincangkan akan isu siapa yang harus menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kerana apabila tiba masanya beliau (TDM) dan Tun Daim akan berbincang dengan Anwar sendiri.


Perancangan awal Muhyiddin-Azmin inilah antara punca utama mengapa Azmin menolak cadangan Majlis Presiden PH kemudiannya apabila Majlis Presiden PH telah menamakan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri ke-7. Di khabarkan Azmin dengan marah dan muka merah bertindak meninggalkan dewan mesyuarat.


Justeru tindakan Azmin yang diketahui ramai sekarang iaitu meninggalkan Tun Mahathir dan menyokong Muhyiddin bukanlah sesuatu yang mengejutkan.


Peristiwa Kedua


Peristiwa ini berlaku selepas Pakatan Harapan memenangi PRU14. Sebaik sahaja SPR mengumumkan kemenangan Pakatan Harapan, Tun Mahathir terus bertanya kepada Muhyiddin jawatan apakah yang beliau mahu.


Muhyiddin ketika itu meminta jawatan Menteri Kewangan diberi kepadanya atas alasan beliau adalah seorang bekas Timbalan Perdana Menteri dan pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan. Tun Mahathir bersetuju dengan permintaan Muhyiddin itu.


Setelah mendengar persetujuan dan janji Tun Mahathir itu, Muhyiddin dengan penuh yakin pulang ke Johor Bahru untuk menyembah nama calon Menteri Besar Johor kepada Baginda Sultan.


Sekembalinya Muhyiddin ke Kuala Lumpur beliau mendapat tahu bahawa jawatan Menteri Kewangan telah diberikan Tun Mahathir kepada Lim Guan Eng manakala beliau pula diberikan jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri.


Muhyiddin bergegas bersemuka dengan Tun Mahathir lalu menagih janji Tun Mahathir padanya. Tun Mahathir menerangkan kepada Muhyiddin bahawa DAP telah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri-2 namun setelah perbincangan dan sebagai tindakan tolak ansur Tun Mahathir telah berjanji untuk melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.


Dengan perasaan amat kecewa dan marah dengan alasan yang diberikan Tun Mahathir, Muhyiddin lantas memberitahu kepada Anwar Ibrahim bahawa beliau akan meletakkan jawatannya.


Anwar dengan tekun dan penuh hormat meminta agar Muhyiddin bersabar kerana kejayaan Pakatan Harapan menumbangkan Barisan Nasional pada PRU14 adalah lebih besar ertinya dari sebuah jawatan.


Kata Anwar, apa yang berlaku kepada Muhyiddin adalah terlalu kecil berbanding jumlah jawatan dalam kabinet yang diberi kepada KEADILAN walaupun KEADILAN pada selepas PRU itu memiliki kerusi parlimen terbanyak.


Anwar berkali-kali meminta agar Muhyiddin bersabar kerana sukar bagi beliau nanti untuk melantik Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Muhyiddin meletakkan jawatan beliau. Pada ketika itulah Anwar berjanji akan melantik Muhyiddin sebagai TPM apabila Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir dalam tempoh dua tahun seperti yang dijanjikan oleh Tun Mahathir.


Peristiwa Ketiga


Peristiwa ini berlaku beberapa bulan lalu apabila Tun Mahathir meminta Muhyiddin mengharamkan UMNO. Tindakan mengharamkan UMNO adalah strategi akhir Tun Mahathir bilamana beliau mendapati tidak ramai Ahli Parlimen UMNO menyeberang dan menyertai Bersatu. Matlamat akhir Tun Mahathir ialah untuk membina Parti Bersatu sebagai pengganti UMNO.


Muhyiddin bersetuju dan turut menyokong langkah ini. Fail dan dokumen untuk membatalkan pendaftaran UMNO telah disediakan dan sudah pun berada di atas mejanya. Hal ini pernah diceritakan oleh Presiden UMNO Zahid Hamidi kepada MKT UMNO bagi menghalalkan langkahnya untuk berunding dengan Tun Mahathir.


Apabila rancangan untuk mengharamkan UMNO ini diketahui Anwar, beliau bergegas menemui Muhyiddin dan berhujah menyanggah tindakan itu.


Kata Anwar, UMNO adalah legasi perjuangan Melayu menuntut kemerdekaan yang turut disertai ibu ayah dan keluarga kita semua. Pengharaman UMNO akan menjadi satu tragedi hitam yang akan menyayatkan hati seluruh umat Melayu termasuk Raja-raja Melayu.


Kata Anwar lagi kepada Muhyiddin, jika pengharaman ini berlaku maka Tun Mahathir dan Pakatan Harapan akan dikutuk oleh orang Melayu dan kita semua akan dicatat sebagai pengkhianat bangsa.


Hujah Anwar, UMNO tidak berdosa tetapi yang berdosa ialah pemimpinnya. Sekiranya UMNO diharamkan sudah pasti proses di Mahkamah akan memakan masa dan kerajaan PH tidak mampu menumpukan seluruh perhatian kepada pembinaan semula negara yang hampir muflis. Lebih parah lagi rakyat akan percaya dengan dakyah pembangkang bahawa PH adalah kuda tunggangan DAP. Pakatan Harapan pasti akan kalah pada PRU akan datang.


Alhamdulillah akhirnya Muhyiddin akur dengan hujah Anwar dan UMNO terselamat darpada diharamkan.


Bayangkanlah dimana kedudukan Muhyiddin sekarang jika beliau mengikut nafsu amarah dan meletakkan jawatannya.


Bayangkanlah apa yang akan terjadi kepada seluruh ahli-ahli UMNO sekiranya UMNO berjaya diharamkan?


Yang pasti, tentu sekali pada hari ini tidak akan wujud Perikatan Nasional jika UMNO diharamkan dan sudah tentulah Muhyiddin tidak akan menjadi Perdana Menteri ke-8.


Maka Muhyiddin sewajarnya berterima kasih kepada Anwar kerana keikhlasan Anwar menasihati beliau. Bahkan seluruh Ahli Parlimen dan ahli Umno juga wajar berterima kasih kepada Anwar kerana sosok yang pernah difitnah dan diaibkan oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO inilah yang telah bertindak menyelamatkan UMNO daripada diharamkan.


Maka, tepuk dada tanyalah hati berfikirlah dengan nurani yang tulus untuk menilai pengorbanan sebenar antara Anwar dengan Muhyiddin dan juga pemimpin politik yang lain.


Sesungguhnya Ini adalah satu episod hitam yang benar-benar telah meninggalkan parut yang mendalam dalam sejarah tanah air kita yang tercinta.


“Bijak berpenchak langkah bertukar


Bijak berakal mengawal diri


Adat berhutang kami membayar


Adat berjanji kami tepati”


Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin

Ketua Penerangan,

Parti Keadilan Rakyat.

17 comments:

  1. Allah tak pernah tidur..jangan reka cerita

    ReplyDelete
  2. MMG BENAR ITU,ALLAH TAK PERNAH TIDUR,YG TIDUR IBARAT MATI ADALAH HAMBANYA.ALLAH MAHA BWSAR LAGI MAHA BERKUASA.KUASA HAMBANYA HANYA SEJAUH MATA MEMANDANG DAN TIDAK TERJANGKAU LAGI SELEPAS ITU.MAKNANYA LEMAHNYA MANUSIA INI.POLITIK KOTOR BIASANYA MEMBUAT ATAU MEREKA CERITA YANG KOTOR PULA.TAPI JIKA CERITA ITU ADALAH BENAR DAN LOJIK APA MAKNANYA UNTUK DIREKA REKAKAN LAGI.WALLAH HUAALAM!

    ReplyDelete
  3. Tak habis2 lagi cerita pssal pm hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak betul reka cite tu! Sebab tsmy sakit semasa itulah !😄nak buat cite pun biar jangan tak cerdik ya!!!

      Delete
  4. Memang sudah rasmi adat manusia yg mahu tegakkan benang basah tapi tepuk dada tanya selera. Segalanya terletak atas minda kita yg positif dan melalui ilmu dapat mentafsirkn yg mana intan dan kaca. Dengar boleh percaya jangan namun ada berlapik kerana politik gimik kita telagah sesama bangsa. Nasihat saya kita harus bersikap sederhana cara politik akhir zaman ini. Semuanya ketentuan ilahi dan manusia hanya mengatur segala strategi dan keputusan muktamad jua kepada tuhan yg maha agung.
    #deep

    ReplyDelete
  5. Boleh percaya ke?..politik,politik..entahlah

    ReplyDelete
  6. Nasihat atas kepentingan peribadi tidak ada erti nya
    Demi kebaikan Negara dan rakyat,
    Asas perjuangan perlu di utama kan
    Susah pemimpin ada pendapatan
    Susah nya rakyat tiada apa apa yang di perolehi nya

    ReplyDelete
  7. Ambik yang jernih buang yg keruh,berjuang jangan prnah putus demi negara n keadilan bagi mmbelah naseb rakyat yg keci n ssah

    ReplyDelete
  8. Cer kita semua fikirkan...
    Ketika BN jadi pembangkang dr mula hingga kerajaan PH dirompak asyik menyalak sana sini itu ini tk betul dan mcm mcm lg..tkder plak kerajaan PH suruh duduk diam...tapi yg pelik lg bila BN dan PN jd kerajaan pandai pula xuruh PH duk diam jgn itu ini.
    Yang penting sekali rakyat sudah menilai BN dan geng PN tk boleh terima hakikat kekalahan mereka dlm PRU.
    B.N dan P.N ..kabinet cokodok.

    ReplyDelete
  9. putar alam paling meloyakan sama dengan DSAI...xhabis2 nak pecah belahkan bangsa MELAYU...dasar penjilat DAP..

    ReplyDelete
  10. Percaya x percaya itu hak masing masing yang pasti semua nya kerana politik kotor nya politik kerana pemimpin rosak negara juga kerana politik.. jika pemimpin jujur berniatbaik hanya negara saja diutamakan maka aman lah negara selamat lah rakyat.

    ReplyDelete
  11. Menarik buleh buat drama pukul 7��

    ReplyDelete
  12. Cukuplah, bawa beristigfarlah sama.

    ReplyDelete
  13. Kebenaran Annuar Ibrahim ada kebenarannya, mengapa Mahyudimahu hapus kn UMNO.Bekas PM ke7 TunM adalah penghianat bangsa Melayu dari dahulu lagi.Adakah Malaysia ni kepunyaan Mahadhir Mohamad segalanya kena ikut telunjuknya.Ingatlah wahai Tun Mahathir Mohamed,Rumah kata pergi,Kubur kata mari.Berbanyak banyak mohon keampunan dari Allah SWT d atas kesilapan yang dilakukan semasa beliau menjadi PM Malaysia ke4.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...