Tuesday, October 13, 2020

TAK PAYAH SPEKULASI, SERAH PADA TUANKU URUSKAN SENARAI NAMA YANG ANWAR SERAHKAN TUU!!

 

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan menerima mengadap Presiden PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Istana Negara pada pukul 11 pagi tadi.


Sementara itu, dalam sidang media DS Anwar pada jam 2 petang ini beliau meminta semua warga bersabar dan serahkan kepada kebijaksanaan baginda untuk meneliti dokumen sokongan yang disampaikan.


Lebih 120 SD termasuk surat sokongan ketua parti telah menyatakan sokongan terhadap DS Anwar untuk memimpin negara jika berlaku peralihan kuasa.


Dengan dokumen sokongan tersebut, Anwar melahirkan keyakinan beliau bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah jatuh.


Gambar - Istana Negara.


Intipati sidang media DSAI jam 2pm tadi.. 

SIDANG AKHBAR DATO" SR ANWAR IBRAHIM - Butir2 Penting


1) Bukti2 sokongan telah diserahkan dalam dua bentuk: SD dari setiap Ahli Parlimen dan surat2 dari ketua2 parti.  


Bilangan ahli2 Parlimen yang menyokong melebihi 120 orang


2) YDPA akan menjalankan proses utk memastikan kesahihan dan kebenaran dokumen serta membuat penilaian. YDPA akan berjumpa dengan semua ketua-ketua parti


3) Yang pastikan Perdana Menteri Muhyiddin Yaasin telah hilang majoriti dan sepatutnya dia letak jawatan


4) Kerajaan baru ini adalah kerajaan majoriti Melayu dan bukan minoriti Melayu 


5) Kerajaan baru akan menegakkan kedaulatan undang undang


6) Telah pun menyampaikan hasrat bertemu dan berdamai dgn Muhyiddin taapi sampai sekarang tiada respon


7) YDPA patut diberi masa utk membuat penilaian sewajarnya

1 comment:

  1. anda punya masalah
    Asmara/cinta
    Uang gaib
    Santet & pelet
    Togel
    Penglaris usaha
    Saingan
    Mandul & penyakit
    Keuangan
    KONSULTASI SEKARANG JUGA 👇
    📩 Ustadz Abdul Nandar
    📞Whtasapp : 0853-3733-4757

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...