Wednesday, November 11, 2020

JASA DAN MEWA.. BAGAIMANA PH DULU KECILKAN SAIZ KAKITANGAN AWAM.. ?


Dulu Antara Fitnah PAS dan UMNO dalam group Whatsapp kalangan bani melayu.. Kerajaan PH akan buang Kakitangan Awam..Kecilkan size kakitangan Awam... Jadi Sekarang faham kan.. Sedangkan takda sorang Kakitangan awam Tetap yang dibuang..


Pi la hangpa tanya mana mana Guru, Askar , Polis dan Jururawat hat mana depa kakitangan tetap Kerajaan yang kena buang kerja zaman PH..Sorang pun takda... Tapi itulah fitnah PAS dan UMNO...Apa yang Kerajaan PH buat.. Iaitu Buang Agensi dan Institusi yang tak bawa Manfaat seperti JASA...


Dulu orang yang kena buang seperti Lookman Nor Adam, Pemimpin UMNO yang duduk dalam kementerian..Berjawatan Kontrak tapi dapat elaun lebih tinggi dari gaji Guru besar Sekolah... Hat ni memang patut dibuang..

Contoh mudahnya... JASA zaman BN setiap tahun peruntukan dengan RM 22 Juta.. Zaman PN lagi teruk sampai RM 80 juta peruntukan, sama dengan peruntukan Permata Rosmah dulu.. Zaman PH depa buang agensi ni, takda keperluan pun..ada kakitangan awam hat tetap depa serap dalam Jabatan Penerangan..


 Begitu juga agensi seperti SPAD..dah ada JPJ, kena pulak ada SPAD apehal.. dah ada SPAD kena ada Ketua Pengarah SPAD..Ada pegawai SPAD..walaupun ketika akhirnya dapat bantahan.. dalam PDRM pun sama, ada agensi yang tak perlu dah ada STAGG.., STING dan Stafoc.. walhal fungsi depa lebih kurang..


Lagi mudah faham macam ni.. Masa PH berkuasa, Jumlah Menteri dan Timbalan Menteri 50 orang..sampai zaman PN depa tambah jadi 70 Menteri dan timbalan tapi sorangpun tak berguna dan Bermanfaat pada rakyat... tak cukup dengan Menteri ada jawatan Duta berstatus Menteri.. ada pulak jawatan Pengerusi GLC untuk MP.. Hat ni kerajaan PH kena buang terutama Duta Khas hat kerja melepak kat rumah..Tiap Bulan dapat Gaji dan elaun menteri...


Lagi Mudah Faham.. Zaman PH,  Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Menterinya adalah Yeo Bee Yin, Selepas Kerajaan rampasan kuasa Muhyidin ambil alih... Kerja seorang wanita muda ini dibahagikan 3 Kementerian.. Jadi 3 Menteri..lelaki pulak tu.. Sorang Menteri Khairy Jamaluddin Menteri Sains dan Innovasi , Lepas tu Shamsul Anuar Nasarah jadi Menteri tenaga dan Sumber Asli..Dan akhirnya Lebai Tuan Ibrahim, Jaga Alam Sekitar..


Bila Menteri bertambah, Kementerian bertambah, elaun bertambah, Staf bertambah.. Setiap Menteri ada pegawai Khas, Pemandu dan elaun Khas.. Setiap Kementerian pulak kena diwujudkan jawatan pengarah dan Ketua Pengarah..ada bagunan dan Pejabat sendiri... semua itu lah jadi kos pada Kerajaan.. Takat JASA hat 50 orang Staf dengan RM 80 Juta.. rasa rasa Kementerian MEWA, Kementrian Sains dan Tenaga tu berapa pulak kos ditanggung kerajaan..Mahu Berbillion...


Jadi Sekarang boleh fahamkan.. Bagaimaan Kerajaan PH bukan takat kecilkan size menteri.. Size timbalan Menteri Hatta Kementerian dan Agensi tanpa melibatkan Kakitangan awam tetap pun.. Yang kena semua hat kepala kepala Pengarah, Hatta Pengarah JASA dan Pegawai pegawai dia...


Tapi Ustaz PAS..Guru KAFA hat dok sebar Fitnah dalam group Whatsaap dulu bagi tau..Habis lepas ni kakitangan awam kena buang..Walhal Pengecilan size Operasi Kerajaan itu melibatkan Agensi dan jawatan yang sudah tidak disi dan takda keperluan untuk diisi pun..Sedangkan zaman PH jawatan untuk sektor penting seperti kesihatan ditambah...


Nak Mudah faham tengok cara PAS urus Kelantan sudah lah..relax jer tambah elaun dan Gaji Adun dan MP... Walhal Tambahan Gaji dan Elaun tu boleh digunakan untuk tambah Staf dan Pekerjaaan...


Jadi Bani melayu yang termakan ftnah UMNO dan PAS dulu boleh faham kan.. Kecilkan size kakitangan awam tu sesuai orang yang tak berguna macam menteri UMNO dan PAS jer.. 🙂


Ipohmali

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...