Wednesday, December 23, 2020

PH SUDAH LAMA MENJUARAI "GRANT COALITION"!

 


1. PH sudah lama menjuarai "Grand Coalition". AGENDA BESAR PH ialah REFORM, Islah atau membuat pemulihan secara Institutional. Tapi dari 108 hanya 91 MP dari Keadilan, DAP dan Amanah (PH) solid di blkg DSAI dgn agenda REFORM sejak 1998. Bakinya TIDAK pun sokong DSAI dan agenda REFORM. Tiada agenda REFORM yg mengikat kita dan mereka. Selesaikan perbezaan ini dulu sebelum dok bercakap pasal "Grand Coalition".


2. Jangan seret kpd perbincangan tentang individu atau membandingkan antara mereka kerana dari 3 nama besar. Antara DSAI, Tun M dan Shafie Apdal dari sudut pemikiran, iltizam, "Political Will", kemahuan dan keazaman tinggi, terbukti komited dan kental, siapa yg paling CONSISTENT dgn AGENDA REFORM digagaskan oleh DSAI, Gerakan RFORMASI dan lsg tidak berganjak sejak 1998 meskipun dipenjara berkali-kali? Usah berbicara tentang individu TANPA MELIHAT SEJARAH DERITA MEMPERTAHANKAN PERJUANGAN REFORM.


3. Kita sedang berhadapan dgn sebuah kerajaan LEMAH yg GAGAL membuktikan punya majoriti dan keabsahan. Jawatan dan ghanimah dibahagi-bahagikan semata-semata utk membeli sokongan. Ini termasuklah Duta Khas Timur Tengah yg tiada fungsi. Kerajaan PN ini lebih teruk dari BN. Betapa Munafiknya puak pedagang agama dalam PN ini? SEGALA KEBOBROKAN PN ini SEPATUTnya membuatkan PAKATAN HARAPAN SOLID dan bersatu padu, bermuafakat di bawah SATU Kepimpinan. Selepas PH kuat kita terima siapa yg mahu sokong dan bersama.


4. Meskipun UMNO bercadang menyokong DSAI BUKAN sebab mereka sokong Agenda PH tapi semata-mata sebab mereka lebih BENCIKAN Bersatu berbanding PH. Sebabnya ialah Bersatu mahu membunuh dan mematikan UMNO dgn apa shj cara utk parti itu menggantikan UMNO.


5. UMNO mahukan PRU secepat mungkin tapi mereka mahu masuk pilihanraya dengan kerajaan tapi bukan dgn PN atau Bersatu kerana mereka akan "dimatikan". Pilihan terbaik ialah menjadi kerajaan dgn PH yg DSAI adalah Perdana Menteri.


6. PAKATAN HARAPAN pula beranggapan kita mesti mendapatkan kembali mandat rakyat agar PH berada di landasan yg lebih baik ketika PRU. Jika dibiarkan terus jadi pembangkang, Bersatu akan guna apa shj bukan setakat "sembelih" UMNO tapi Pakatan Harapan juga akan dimangsakan.


7. Atas "Common Interest" ini Penyokong PH dan UMNO mesti betul-betul faham bahawa PAKATAN utk mendapat majoriti di kalangan MP-MP termasuk dari UMNO BN hanya berlaku dalam Parlimen bagi membentuk kerajaan. Tidak kira apa pun motif UMNO utk menyokong DSAI jadi PM, PH tetap perjuangkan REFORM. Antara UMNO dan PH masing-masing punya agenda dan kepentingan asalkan TSMY dan PN dapat dijatuhkan dan UMNO-PH mencapai tujuan yg sama. Apabila bubar Parlimen, PH akan berlawan semula dgn UMNO BN.


8. TIGA Parti, Keadilan, DAP dan Amanah perlu bersatu padu, bermuafakat, faham gagasan bersama dan kukuhkan PH. Selepas itu nak bincang dgn siapa pun termasuk pejuWANG dan Warisan atau nak besarkan sebagai "Grand Coalition", silakan asalkan 3 parti teras berpegang teguh kpd prinsip REFORM diketuai oleh DSAI. JIKA lebih ramai org yg faham cita-cita kita, maka GC itu terbentuk atas kejelasan dan idea yg PH bawa BUKAN SEKADAR angka yg kita lihat pada 15 Disember 2020. Tapi PH mesti terus SOLID dgn TERAS REFORM dan Islah.


Sebahagian dari hujah DrMYR sama dgn hujah-hujah dalam artikel-artikel saya dan Live Iswardy Morni. Sbbtu saya sebut smlm, bahawa DrMYR telah mengesahkan hujah-hujah saya.


Wallahualam.


Saksikan sendiri video ini...


- Zus Din 

22 Disember 2020


Youtube link : https://youtu.be/DoFE8HgVoW0



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...