Wednesday, February 10, 2021

BUKU DAH BACA KE BELUM, TAPI DAH KALUT BUAT REPORT POLIS..

 Kera Yang Makan Cabai, Dia Juga Yang Rasa Pedas tetapi kenapa pula ayam riuh sekampung?
Oleh : Stephen Ng 


Saya amat terharu apabila terbaca berita berkenaan dengan 15 laporan polis yang dibuat oleh segelintir orang Melayu Kelantan berkenaan dengan buku memoir Tan Sri Tommy Thomas.

Sekiranya ditanyakan kepada mereka yang membuat laporan polis tersebut, saya percaya ada di kalangan mereka yang memang belum membaca buku yang dipena oleh seorang mantan peguam negara.


Buku tersebut ditulis dalam Bahasa Inggeris tetapi laporan polis yang dibuat tersebut adalah oleh kalangan orang Melayu Kelantan, di mana kebanyakan mereka lebih fasih dalam Bahasa Melayu daripada Bahasa Inggeris.


Sedangkan orang Melayu yang fasih dalam Bahasa Inggeris yang telahpun membaca buku Tommy Thomas seperti Mariam Mokhtar dan bekas Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa, Rafidah Aziz, dan mereka memberi sokongan kepada Tommy.


Oleh demikian, polis seharusnya menyiasat kumpulan ini samada laporan polis palsu telah dibuat oleh mereka, kerana tanpa membaca buku tersebut, bagaimanakah mereka boleh membuat laporan polis?
Begitu mudahkan pihak polis menerima aduan-aduan yang dibuat oleh orang yang sepatutnya membaca memoir tersebut? Apakah tujuan 15 orang ini sebenarnya dalam laporan polis yang dibuat? 


Bagi saya, walaupun sebanyak 134 laporan polis telahpun dibuat, buku ini adalah tetap hanya sebuah memoir yang ditulis oleh seorang mantan peguam negara. 


Memoir Tetap Memoir


Mungkin perkara ini luarbiasa pada pandangan sesetengah orang, tetapi memoir itu adalah “rekod tentang sesuatu peristiwa, memoir, riwayat hidup seseorang.” 

 
Sekiranya memoir itu tidak berasas, biar reputasi penulisnya yang akan terjejas. Pihak-pihak yang terlibat seharusnya mempertikaikan apa yang disebut oleh Tommy. Ini akan dipertimbangkan oleh rakyat sendiri dan bukannya untuk pihak polis terlalu heboh sangat berkenaan memoir seorang mantan peguam negara.


Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew pun ada membuat kritikan berkenaan dengan beberapa pemimpin negara yang seriwayat dengan beliau, tetapi Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad pada masa itu pun faham itu hanya setakat sebuah memoir. Dr Mahathir tidakpun membawa Lee menghadap ke mahkamah.


Memalukan saja apabila perkara ini dihadapkan ke mahkamah dan kes ini sekali lagi mendapat perhatian pihak media antarabangsa. Begitu banyak memoir yang ditulis di seluruh dunia, dan tidakpun berlaku kekecohan seperti ini. 


Patutlah Rafidah Aziz dalam komen Facebook beliau menulis, “Siapa makan cili, pasti rasa pedas... sudah terang, masih perlu bersuluh…yang benar tetap benar.” Saya setuju dengan Rafidah seratus peratus! 


Tetapi, saya masih tak faham kenapa ayam pula nak riuh sekampung. Biasanya hanya apabila ayam bertelur baru riuh sekampung.


Apa yang disebutkan oleh Tommy memang sudah menjadi perkara umum selama ini. Siapakah yang terlibat dalam pembunuhan model Mongol bernama Altantuya itu? Dua orang pegawai Unit Tindakan Khas? Apa kaitan mereka dengan Altantuya pula?


Siapakah yang terlibat dalam kes skandal 1MDB? Ke dalam akaun bank siapakah wang tersebut dimasukkan? Walau macam mana perkara ini cuba disembunyikan, akhirnya terbongkar juga oleh pihak-pihak berkuasa seperti Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat. Dalam satu kes mahkamah tinggi tempatan juga perkara ini sudah diketahui umum.  


Perbezaannya adalah kerana Tommy lebih ketara dan diceritakan dengan lebih terperinci dan mudah dibaca. 


Walaupun pangkat Tan Sri yang diberikan kepada Tommy mungkin ditarik balik atas desakan segelintir orang yang bersama dengan bos mereka, tetapi rakyat akan tertanya-tanya mengapa pangkat Datuk dan Datuk Seri yang diberikan kepada orang yang kurang sopan dan berkelakuan samseng?


Selama ini, banyak lagi kes-kes rasuah melibatkan ahli-ahli politik yang belum lagi dihadapkan ke mahkamah. Apa yang rakyat mahu adalah supaya kes-kes rasuah ini dihakimi, ramai yang terlibat dalam kes-kes ini, masih bebas sementara seorang peguam yang berprinsip dan telus pula dikecam sekuat-kuatnya.


Saya percaya sekiranya Tommy dihadapkan ke mahkamah atau dipenjarakan, ramai di antara kami sebagai rakyat negara ini, akan amat hampa dengan cara kerajaan mempertahankan kebebasan bersuara di sebuah demokrasi pada abad ke21. 


************************
STEPHEN NG adalah rakyat biasa yang mengikuti perkembangan politik negara dan sekali-sekala memberi pandangan dan suara hati nurani terhadap isu korupsi.

3 comments:

  1. Ass.wr.wt.saya Ibu Nur Intan sangat berterima kasih kepada Aki Soleh. berkat bantuan angka jitu yang di berikan Aki Soleh. saya bisah menang togel singapura 4D yaitu (8322) dan alhamdulillah saya menang (259 juta) sekarang saya sudah bisah melunasi hutang-hutang saya dan menyekolahkan anak-anak saya. sekarang saya sudah bisah hidup tenang berkat bantuan Aki Soleh. bagi anda yang termasuk dalam kategori di bawah ini:
    1.di lilit hutang
    2.selalu kalah dalam bermain togel
    3.barang-barang berharga sudah habis buat judi togel
    4.hidup sehari-hari anda serba kekurangan
    5.anda sudah kemana-mana tapi belum dapat solusi yang tepat
    6.Dukun Pelet Sakti
    7.Dukun Santet Ganas
    8.Pesugihan Dana Gaib, dan dll
    dan anda ingin mengubah nasib melalui jalan togel seperti saya hub Aki Soleh di no; 082-313-336-747.
    atau anda bisah kunjungi blog AKI "http://dukuntogelgaib.blogspot.co.id/"

    UNTUK JENIS PUTARAN; SINGAPURA, HONGKONG, MACAU, MALAYSIA, SYDNEY, TOTO MAGNUM, THAILAND, LAOS, KAMBODIA, TOTO KUDA, ARAB SAUDI,

    AKI SOLEH dengan senang hati membantu anda memperbaiki nasib anda melalui jalan togel karna angka gaib/jitu yang di berikan AKI SOLEH tidak perlu di ragukan lagi.sudah terbukti 100% akan tembus. karna saya sudah membuktikan sendiri.buat anda yang masih ragu, silahkan anda membuktikan nya sendiri.
    SALAM KOMPAK SELALU.DAN SELAMAT BUAT YANG JUPE HARI INI

    ..( `’•.¸( `‘•. ¸* ¸.•’´ )¸.•’´ ).. 
    «082-313-336-747»  
    ..( ¸. •’´( ¸.•’´ * `’•.¸ )`’•.¸ )..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ass.wr.wt.saya Ibu Nur Intan sangat berterima kasih kepada Aki Soleh. berkat bantuan angka jitu yang di berikan Aki Soleh. saya bisah menang togel singapura 4D yaitu (8322) dan alhamdulillah saya menang (200,59 juta) sekarang saya sudah bisah melunasi hutang-hutang saya dan menyekolahkan anak-anak saya. sekarang saya sudah bisah hidup tenang berkat bantuan Aki Soleh. bagi anda yang termasuk dalam kategori di bawah ini:
      1.di lilit hutang
      2.selalu kalah dalam bermain togel
      3.barang-barang berharga sudah habis buat judi togel
      4.hidup sehari-hari anda serba kekurangan
      5.anda sudah kemana-mana tapi belum dapat solusi yang tepat
      6.Dukun Pelet Sakti
      7.Dukun Santet Ganas
      8.Pesugihan Dana Gaib, dan dll
      dan anda ingin mengubah nasib melalui jalan togel seperti saya hub Aki Soleh di no; 082-313-336-747.
      " ((((((((((( KLIK DISINI ))))))))))) "

      UNTUK JENIS PUTARAN; SINGAPURA, HONGKONG, MACAU, MALAYSIA, SYDNEY, TOTO MAGNUM, THAILAND, LAOS, KAMBODIA, TOTO KUDA, ARAB SAUDI,

      AKI SOLEH dengan senang hati membantu anda memperbaiki nasib anda melalui jalan togel karna angka gaib/jitu yang di berikan AKI SOLEH tidak perlu di ragukan lagi.sudah terbukti 100% akan tembus. karna saya sudah membuktikan sendiri.buat anda yang masih ragu, silahkan anda membuktikan nya sendiri.
      SALAM KOMPAK SELALU.DAN SELAMAT BUAT YANG JUPE HARI INI

      ..( `’•.¸( `‘•. ¸* ¸.•’´ )¸.•’´ ).. 
      «082-313-336-747»  
      ..( ¸. •’´( ¸.•’´ * `’•.¸ )`’•.¸ )..

      Delete
  2. Jom trade minyak.
    Belajar percuma,register percuma untuk buat duit USD.
    www.wasap.my/+60164054598
    Telegram @ah_Pek

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...