Friday, February 5, 2021

Salurkan Peruntukan Kepada Semua Ahli Parlimen Bagi Membantu Rakyat Semasa Pandemik


 Salurkan Peruntukan Kepada Semua Ahli Parlimen Bagi Membantu Rakyat Semasa Pandemik 


1. Sebagaimana yang disarankan oleh Perdana Menteri semasa mengumumkan pengisytiharan darurat, beliau menggesa semua ahli politik untuk mengenepikan perbezaan masing-masing dan bersolidariti bersama rakyat ketika kita berdepan dengan gelombang ketiga pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0. Tambah beliau lagi, bila tiba masa untuk berpolitik, maka berpolitiklah dengan penuh bertanggungjawab. Justeru, kami Ahli Parlimen Pembangkang menuntut janji Perdana Menteri untuk berpolitik dengan penuh bertanggungjawab dengan menyalurkan peruntukan kepada semua Ahli Parlimen Pembangkang. 


2. Ketika kita sedang berperang melawan Covid-19 dalam situasi yang luar biasa, Kerajaan PN dituntut untuk mengambil tindakan yang luar biasa juga. Ini termasuklah dengan memberikan peruntukan kepada semua Ahli Parlimen Pembangkang sebagaimana yang diterima oleh Ahli Parlimen dari pihak Kerajaan. Peruntukan ini akan membantu Ahli Parlimen Pembangkang menyalurkan dan mengusahakan bantuan kepada penduduk di kawasan kami yang terbeban akibat kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan. Rakyat dan para pengundi kawasan Parlimen Pembangkang tidak sepatutnya menjadi mangsa atas keputusan dan hak demokratik mereka. 


3. Kerajaan PN di peringkat Persekutuan perlu mencontohi Kerajaan Negeri dibawah penguasaan mereka seperti di Johor dan Perak dengan memberikan peruntukan kepada setiap seorang Ahli Dewan Negeri (ADUN) termasuk dari parti pembangkang. Sekurang-kurangnya Menteri Besar Johor melihat pihak pembangkang sebagai rakan strategik mereka di Dewan Undangan Negeri ketika berdepan dengan krisis seperti ini. Pemberian peruntukan kepada ADUN pembangkang juga telah lama dilakukan di Selangor dan Pulau Pinang.


4. Kerajaan PN digesa menggunakan pendekatan dengan melibatkan 'keseluruhan Kerajaan' dan 'keseluruhan masyarakat' dalam mengendalikan krisis Covid-19 yang semakin buruk pada hari ini. Semua pihak perlu menggembleng tenaga dan sumber untuk melawan pandemik Covid-19 secara bersama dengan segera menyalurkan peruntukan kepada semua termasuklah kepada Ahli Parlimen Pembangkang.


1. Darell Leiking (Ahli Parlimen Penampang)

2. Syed Saddiq (Ahli Parlimen Muar)

3. Mohd Azis Jamman (Ahli Parlimen Sepanggar)

4. Hannah Yeoh (Ahli Parlimen Segambut)

5. Yeo Bee Yin (Ahli Parlimen Bakri)

6. Baru Bian (Ahli Parlimen Selangau)

7. Datuk Rozman Isli (Ahli Parlimen Labuan)

8. Salahuddin Ayub (Ahli Parlimen Pulai)

9. Amiruddin Hamzah (Ahli Parlimen Kubang Pasu)

10. Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai)

11. Isnaraissah Munirah Majilis (Ahli Parlimen Kota Belud)

12. Mahfuz Omar (Ahli Parlimen Pokok Sena)

13. Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam)

14. Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (Ahli Parlimen Raub)

15. Maria Chin Abdullah (Ahli Parlimen Petaling Jaya)

16. Wong Shu Qi (Ahli Parlimen Kluang)

17. Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh)

18. Dr Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor)

19. Dr Lee Boon Chye (Ahli Parlimen Gopeng)

20. Kasthuriraani Patto (Ahli Parlimen Batu Kawan)

21. P. Prabakaran (Ahli Parlimen Batu)

22. M. Kulasegaran (Ahli Parlimen Ipoh Barat)

23. Chong Chieng Jen (Ahli Parlimen Stampin)

24. Sivarasa Rasiah (Ahli Parlimen Sungai Buloh)

25. Chan Foong Hin (Ahli Parlimen Kota Kinabalu)

26. Steven Choong (Ahli Parlimen Tebrau)

27. Dr Maszlee Malik (Ahli Parlimen Simpang Renggam)

28. Chan Ming Kai (Ahli Parlimen Alor Setar)

29. Dr Azman Ismail (Ahli Parlimen Kuala Kedah)

30. Thomas Su (Ahli Parlimen Kampar)

31. Alice Lau (Ahli Parlimen Lanang)

32. Sim Tze Tzin (Ahli Parlimen Bayan Baru)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...