Saturday, February 13, 2021

TQ TUN.. NEXT PRU15 PH MAHUKAN ANWAR SEBAGAI PM..

 

Terima kasih Dr. Dzul. Setidaknya ungkapan Dr. Dzul ini lebih waras dan rasional berbanding Khalid Samad. Tapi...


Sebenarnya bukan setakat rakyat mahukan DS Anwar sebagai PM, rakyat juga tidak mahu Mahathir terlibat langsung dengan PH.


Ini adalah dapatan aku berdasarkan komen di portal berita rasmi dan posting kenalan aku di facebook. Bukan pendapat aku sendiri.


Kalau pendapat aku secara peribadi aku okey untuk terima Mahathir asalkan bukan dia PM. Tapi tidak bagi sebahagian besar penyokong.


Dan sebenarnya ada logiknya juga. Mahathir dan parti tak cukup bulannya tiada kekuatan langsung. Tiada air umbi dan tiada jentera.


Mahathir dan Pejuang hanya akan menumpang PH dan di akhirnya, mungkin merugikan PH jika mereka khianat sekali lagi.


Jalan terbaik jika mahu penyokong padu di belakang PH, PH perlu secara tegas singkirkan Mahathir terus daripada PH.


PH tidak akan rugi apa-apa. Malah akan mendapat keuntungan terutama apabila UMNO diharamkan kelak. Kehadiran Mahathir akan jauhkan sokongan akar umbi UMNO daripada PH.


Politik ini tidak lurus. Banyak simpang siurnya. Orang yang berpengalaman seperti Mat Sabu, Khalid dan Dr. Dzul sepatutnya cukup mahir dan tidak keluarkan kenyataan begini.


Sekarang PH kena lakukan beberapa perkara. Pertama perkukuhkan kerjasama dengan Warisan bagi jaminan kerusi di Sabah.


Kedua pujuk GPS untuk bersama PH. GPS ini lain sikit. Mereka takut kehilangan kuasa. Jadi kerjasama dengan GPS hanya boleh terbentuk selepas parlimen dibubarkan.


Tapi usaha memujuk GPS mesti dimulakan dari sekarang. Tanpa GPS, usaha untuk menguasai Putrajaya akan jadi sukar.


Ketiga, tawan negeri-negeri yang majoriti Melayu, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah.


Untuk yang ini sebenarnya kami pemain media sosial yang menyokong PH telah sediakan tapak yang kukuh untuk PH bertapak.


Boleh perhatikan serangan demi serangan yang dibuat buat oleh pemain media sosial terhadap pemerintah di negeri-negeri ini namun sayangnya tidak mendapat sambutan daripada pucuk pimpinan PH lagi.


Untuk negeri-negeri lain, PH hanya perlu kekalkan apa yang ada sekarang.


Dan akhir sekali, pemimpin PH kena muncul dan dekati rakyat. Setakat ini DS Anwar dan Dr. Mujahid yang kelihatan begitu aktif. Yang lain suam-suam kuku.


Kita gelakkan Siti Zailah buat kerja bodoh tapi setidaknya itu usaha dia sekati masyarakat. Pemimpin PH ada buat apa?


Lain kawasan, lain cara dekati pengundi. Di negeri seperti Kelantan, cerita tentang penyelewengan dan sebagainya tak masuk otak sangat.


Mereka nak pemimpin yang rajin turun padang, kelihatan zuhud dan cakna masalah rakyat, walaupun sekadar berlakon. Dan itulah puncanya PH kalah teruk di sana.


Aku tertinggal satu point. PH perlu pujuk Syed Saddiq untuk join PH. Walaupun dia poyo, tapi usahanya dapat pikat hati ramai orang muda yang tak berparti. Ada keuntungan buat PH jika dapat pujuknya sepentas bersama PH.


PN memang bobrok. Memang tak boleh diharapkan. Tapi PH sendiri belum dapat yakinkan rakyat mereka pilihan lebih baik.


Pahit untuk ditelan tetapi itulah hakikatnya.


Raja Gelap


Link Artikal Dr Zul : KLIK SINI

4 comments:

  1. Hari hari ratib nama mahathir, tak sebut nama mahathir setiap 3 jam Kau orang naik sawan...

    Tu pun ada hati tak nak libatkan mahathir..

    PH terpaksa serang mahathir atau terima mahathir untuk menang pru..dan jika serang sedialah terima balasan....

    Kali ini lebi hmudah PH Tampa Mahathir dikoyak loyal berbanding PRU14

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ass.wr.wt.saya Ibu Nur Intan sangat berterima kasih kepada Aki Soleh. berkat bantuan angka jitu yang di berikan Aki Soleh. saya bisah menang togel singapura 4D yaitu (8322) dan alhamdulillah saya menang (200,59 juta) sekarang saya sudah bisah melunasi hutang-hutang saya dan menyekolahkan anak-anak saya. sekarang saya sudah bisah hidup tenang berkat bantuan Aki Soleh. bagi anda yang termasuk dalam kategori di bawah ini:
      1.di lilit hutang
      2.selalu kalah dalam bermain togel
      3.barang-barang berharga sudah habis buat judi togel
      4.hidup sehari-hari anda serba kekurangan
      5.anda sudah kemana-mana tapi belum dapat solusi yang tepat
      6.Dukun Pelet Sakti
      7.Dukun Santet Ganas
      8.Pesugihan Dana Gaib, dan dll
      dan anda ingin mengubah nasib melalui jalan togel seperti saya hub Aki Soleh di no; 082-313-336-747.
      " ((((((((((( KLIK DISINI ))))))))))) "

      UNTUK JENIS PUTARAN; SINGAPURA, HONGKONG, MACAU, MALAYSIA, SYDNEY, TOTO MAGNUM, THAILAND, LAOS, KAMBODIA, TOTO KUDA, ARAB SAUDI,

      AKI SOLEH dengan senang hati membantu anda memperbaiki nasib anda melalui jalan togel karna angka gaib/jitu yang di berikan AKI SOLEH tidak perlu di ragukan lagi.sudah terbukti 100% akan tembus. karna saya sudah membuktikan sendiri.buat anda yang masih ragu, silahkan anda membuktikan nya sendiri.
      SALAM KOMPAK SELALU.DAN SELAMAT BUAT YANG JUPE HARI INI

      ..( `’•.¸( `‘•. ¸* ¸.•’´ )¸.•’´ ).. 
      «082-313-336-747»  
      ..( ¸. •’´( ¸.•’´ * `’•.¸ )`’•.¸ )..

      Delete
  2. Mimpi Penyokong OT96:
    Penyokong Dr Mahathir cadang formula kerjasama dengan PH.

    Malaysia Dateline.14/2/2021

    #Galah Sejengkal Mahu 92Kerusi PRU15.

    ReplyDelete
  3. Kluangman penjilat mahathir...mahathir dah makin malap...siapa yg ada masih sokong mahathir?...

    Mahathir khianat anwar...muyidin khianat mahathir....balasan tak nunggu lama..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...