Monday, April 19, 2021

APAKAH KERAJAAN PN PUNYA PASAL YANG MENYEBABKAN PELABUR TAK MASUK?


 Shahidan Kasim kata netizen bantai kerajaan adalah punca pelabur tak masuk & dalam negara sendiri lari keluar? Ni menteri kayu wakil dari mana, ppbm ka @ umno ?


Pelabur yg ada dalam Malaysia lari ke negara jiran & hat yg baru tak masuk itu bukan di sebabkan netizen. Itu semua adalah di sebabkan pentadbiran tebuk atap ini GAGAL & tidak kompeten. Sebuah pentadbiran yg korup!


Cuba lihat berapa banyak kes berprofil tinggi di mahkamah di "Lepas tanpa Bebas". Ada nk penjarakan dan dakwa ? Baru masuk pendakwaan pertama kes, tiba2 lepas tanpa bebas. Gebang ja kata nak penjara dan kununnya tidak bertolak ansur dgn ketirisan & salahguna kuasa. Yg rakyat lihat pentadbiran tebuk atap bersungguh nak siasat & penjarakan ialah Zahid Hamidi & Najib ja. Itu pun pasai kes besar yg di kenali dunia melibatkan Jho Low, kalau tidak berkemungkinan juga setara dalam kelab yg sebaris dgn Musa Aman di Sabah... Hasanah dari ketua unit risikan MEIO yg terkait USD12juta dll.


Kita bincang banyak kali isu pelaburan asing, esoknya Azmin kata pelaburan terpilih saja buleh masuk. Andaian kununnya di takuti pelabur nak cuci duit. Lepaih seminggu dua, cukup punya baguih dok jumpa pelabur yg sama. Hat org lain bawa, dikatakan wang pengganas & nak cuci wang. Tang tebuk atap ini jumpa pelabur yg sama, makan semut pun takpa kemudian pandai kata pelaburan yg selektif. 


Citibank yg lama dlm negara pun terpaksa lari ke negara luar. Silap haribulan Standard Charted pun ikut jejak yg sama. 


Tebuk atap Ini adalah kerajaan yg paling lemah berbanding di era BN berkuasa suatu puluhan tahun dahulu kemudian PH ambil alih. Penjajaran politik berlaku yg di rampas dari tangan PH bukan utk perbaiki negara. Hanya nak lepaskan kroni yg tercerut perutnya saja dan pd masa sama faraid jawatan dalam kabinet hingga melebihi 70 orang. Setiap antara mereka dgn gaji purata RM54,000 setiap bulan. Itu tidak termasuk elaun.


Apa yg kerajaan tebuk atap ni buat? Dok pi tangkap pelakun lagu judi raya ? Kalau itu bunyinya, dengan syarikat judi iklankan nombor menang toto setiap hari dalam akhbar...mungkin tebuk atap lepas ini akan tangkap pula wartawan yg tulis keputusan nombor ekor dalam akhbar agaknya. 


Lebih 70 menteri kabinet, dh tidak berdayamaju nak selamatkan ekonomi Malaysia...rakyat pula di persalahkan. 


Sekarang ni dh ada ura-ura permainan nombor covid utk lanjutkan tempoh darurat. Saat negara lain sistem semak & imbang Parlimennya berfungsi semasa covid berlangsung, negara kita menafikan hak demokrasi berparlimen. Apabila dh terlepas cakap negara dh berbelanja lebih RM600 bilion, di salahkan pula pd wartawan kununnya media berlebihan kpd isu tersebut.


Wahai pekerja jabatan kerajaan yg bertindak sbg penggugat/deep state semasa PH memerintah dahulu... kini apa rasanya, cendol @ oren ?


Hah...padanlah muka masing2. Nak sangat, hambek!!!


Yang berkarya:

Gino Marvela aka Gin Marvel.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...