Friday, April 30, 2021

KELAKU JIJIK DENGAN SERANG PERIBADI BUKANNYA ISU SAMAN YANG TINGGI DIKENAKAN!


 Tadi aku ditunjukkan gambar brader burger makan mewah. Sebab aku baru bangun tidur masa tu, tak berapa nak clear apa yang dimakannya. Tapi katanya bil mencecah RM900.


Aku rasa perangai huduh ini sudah mula menjadi resam orang kita pula - korek ruang peribadi orang. Mula dengan pensyarah berhati hitam, nampaknya sudah jadi SOP Walaun sekarang.


Jijik sungguhlah perangai mereka ini. Apa nak diungkit sama ada peniaga burger itu buat untung besar atau tidak, makan mewah atau tidak, soalnya sekarang adakah saman itu patut atau tidak?


Kita bukan bela penjual burger itu sahaja. Kita bela beribu orang lain yang mungkin sudah dan mungkin bakal dikenakan saman yang sama kalau kita tidak bisingkan dan buat tak tahu.


Dan lagi, kita persoalkan bukan sebab kita rasa penjual burger itu miskin. Kita persoal kenapa kedai burger perlu tutup jam 10 tapi bazar boleh sampai 2 pagi? Kita tanya kenapa penjual burger seorang diri disaman sedang di bazar yang berhimpit-himpit dibiarkan?


Kita juga nak fahamkan apa puncanya hampir 100 orang yang bersesak dan duduk rapat-rapat di majlis pernikahan Neelofa tidak pula disaman? Jangankan saman, disiasat pun tidak!


Adakah kerana Neelofa popular? Atau kerana ada menteri pengkhianat duduk sekali berhimpit-himpit dalam majlis itu yang menyebabkan pihak berkuasa takut nak saman para tetamu?


Dan lagi kita nak tahu kenapa kalau marhaen serta merta saman dikeluarkan tapi kalau selebriti dan menteri, disiasat, disiasat dan disiasat sampai sudah tapi tak tahu apa ceritanya?


Nampak? Dalam banyak point yang aku sebut, ada tak yang hilang kredibiliti hanya kerana penjual burger itu pernah makan secara mewah? Tak ada, kan? Sebab memang tak ada kena mengena.


Kita bukan cerita soal mampu bayar atau tidak. Itu soal kedua atau ketiga. Soal pertama adalah tindakan yang dwi standard, berbeza perlaksanaan mengikut taraf kedudukan dalam masyarakat.


Kalau kalau brader burger itu makan makanan mahal pun apa masalahnya? Dia berusaha. Dia cari duit sendiri. Bukan dia curi dana SRC atau 1MDB. Atau dana KWSP dan KWAN.


Dia bekerja, bukan macam menteri, gaji ambil tapi duduk saja. Atau jadi duta tapi tidur di rumah. Kalau dia mampu makan besar pun, duitnya halal. Jangan persoal macamana dia boleh makan besar. Tapi soal kenapa kerajaan dengki dia buat duit lebih?


Kerajaan ini kerajaan yang rosak. #KerajaaanGagal. Disokong pula oleh syaitan yang bertopengkan manusia. Menteri dan penyokong sama jahatnya. Sama busuk hati dan sama iblis. Kerajaan ini takkan beri kita apa-apa selain daripada kesusahan.


 

Raja Gelap

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...