Saturday, May 8, 2021

Covid-19.. Apa yang tidak kena dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan PN sebenarnya?


 Tulisan Datuk Zaid Ibrahim

Ada pihak tidak senang dengan teguran saya terhadap kerajaan dalam mengatasi Covid-19. Seolah-olah saya tahu cara yang terbaik. Sebenarnya, kita semua cuba memahami mengapa PKP dilaksanakan. Kita cuba memahami keputusan mengenai vaksin, SOP dan pelaksanaan PKP. Kita semua mahu menolong diri dan masyarakat mengatasi Covid-19, tetapi tindakan, keputusan dan tujuan polisi kerajaan PN ini mengelirukan. Kerajaan jelas gagal mengatasi Covid-19, walaupun ada 10 kali PKP selepas ini. Itu sebab rakyat mengkritik.

 

Kita negara kaya dan pemimpin kita cekap dan amanah. Sepatutnya kita lebih berupaya dan mampu mengatasi Covid-19, tetapi kita gagal jika kita bandingkan dengan negara miskin yang lebih ramai penduduk.

 

Bangladesh ada 180 juta rakyat dan miskin dalam semua hal, tetapi kes Covid berkisar 2,000 hingga 3,000 sehari. Albania negara miskin jika bandingkan dengan kita, tetapi hari ini hampir sejuta rakyatnya (30%) sudah dapat vaksin. Kita berapa orang ? Thailand lebih miskin dari kita, rakyatnya ada 68 juta orang, tetapi hanya ada 2,000 kes sehari (purata dalam masa seminggu). Thailand membuat ujian atau testing 150 orang bagi setiap satu kes Covid yang dikesan positif . Kita telah buat berapa testing?

 

Vietnam mempunyai penduduk lebih ramai dari kita, sekitar 92 juta. Jumlah kes 3,090 iaitu purata 26 kes sehari. Singapura pun lebih baik dari negara Malaysia dalam mengatasi Covid-19. Hampir 3 juta warganegara Singapura telah dapat vaksin. Jadi, macam mana rakyat tidak marah? Macam mana kita nak ada keyakinan dan puji pemimpin bila mereka tidak tahu atau tidak mampu menyelesaikan masalah bahaya Covid-19?

 

Kerajaan dan Majlis Keselamatan Negara mesti berterus terang dan menerangkan kepada rakyat, apakah sebab sesuatu tindakan itu diambil. Transparency, ini ertinya jelaskan berapa dos vaksin telah kita beli dan berapa lagi yang telah ditempah. Rakyat ingin tahu sama ada kita cukup vaksin. Tidak guna kita ada iklan di mana artis menyeru rakyat ambil suntikan vaksin kalau vaksin tidak cukup.

 

Beritahu rakyat berapa harga vaksin. Semua ini tidak boleh sulit. Akta Rahsia bukan untuk merahsiakan perkara seperti ini. Apakah kita ada duit untuk setahun lagi? Dalam hal PKP elok seorang sahaja yang bercakap. Kalau Thailand ada Dr. Tawisleep untuk memberi keputusan kerajaan, kita ada Dr. Noor Hisham. Tidak payahlah menteri-menteri lain keluar TV. Keputusan dasar dan PKP mesti berteraskan fakta dan Sains, bukan politik. Jangkitan lebih tinggi dari pekerja pembinaan jika dibandingkan dari restoran, mengapa makan di restoran tidak dibenarkan dan sektor pembinaan berjalan seperi biasa . Rakyat kena faham mengapa PKP membenarkan bazar Ramadan tetapi restoran mamak ditutup. MKN mesti objektif dan saintifik

 

Keputusan mengenai berapa ramai orang boleh berada di tempat ibadah dilepaskan kepada kerajaan negeri. Ini tidak wajar. Covid-19 bukan soal agama, tetapi soal kesihatan umum. Putrajaya kena berani buat keputusan kalau Covid yang nak dilawan. Mengapa bazar dibuka di sesetengah tempat dan ditutup ditempat yang lain? Ini bukan cara mengatasi virus bahaya seperti Covid-19. Keputusan mesti dibuat dan dilaksanakan dengan tegas, barulah rakyat faham. Takkanlah Najib Razak saja didenda RM3,000 kerana langgar SOP, manakala Menteri dan Perdana Menteri tidak kena denda langsung. Ini bukan cara mengatasi Covid-19.

 

PM mesti rombak semula Ahli Majlis Keselamatan Negara yang membuat dasar dan cara mengatasi Covid ini. Kita telah gagal dalam 18 bulan ini. Tak malu mengaku kelemahan diri. Ambillah kumpulan yang lain. Tidak payah ramai wakil polis dan tentera. Tidak perlulah ramai orang politik yang hanya mementingkan kepentingan politik. Selesai dahulu Covid-19. Kalau negara lain yang lebih miskin dan kurang maju daripada kita berjaya mengatasi Covid, itu bererti kita gagal, sebab orang kita pilih untuk selesaikan masalah itu tidak ada keupayaan. Oleh kerana kita ada darurat, PM tidak perlu bimbang mengenai undi tidak percaya. Beliau sepatutnya buatlah yang terbaik untuk negara.

1 comment:

  1. KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA BERKAT BANTUAN AKI SOLEH
    MAKANYA SENGAJA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET !!!

    assalamualaikum wr, wb, saya BAPAK IKBAL saya Mengucapkan banyak2
    Terima kasih kepada: AKI SOLEH
    atas nomor togelnya yang kemarin AKI berikan singapura 4D (9501)
    alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI
    dan berkat bantuan AKI SOLEH saya bisa melunasi semua hutan2 saya yang ada di BANK BRI dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah,
    sekarang saya sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari2
    Itu semua berkat bantuan AKI SOLEH sekali lagi makasih banyak ya, AKI
    yang ingin merubah nasib
    seperti saya.!!
    SILAHKAN GABUNG SAMA AKI SOLEH Di No:082~313~336~747

    Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini.!!
    1: Di kejar2 tagihan hutang
    2: Selaluh kalah dalam bermain togel
    3: Barang berharga sudah
    terjual buat judi togel
    4: Sudah kemana2 tapi tidak
    menghasilkan, solusi yang tepat.!!
    5: Sudah banyak dukun ditempati minta angka ritual belum dapat juga,
    satu jalan menyelesaikan masalah anda.!!
    Dijamin anda akan berhasil
    silahkan buktikan sendiri
    Atau Chat/Tlpn di WhatsApp Aki: 082~313~336~747

    Angka:Ritual Togel: Singapura

    Angka:Ritual Togel: Hongkong

    Angka:Ritual Togel: Toto Malaysia

    Angka:Ritual Togel: Laos

    Angka:Ritual Togel: Macau

    Angka:Ritual Togel: Sidney

    Angka:Ritual Togel: Brunei

    Angka:Ritual Togel: Thailand

    " >>>>>>>>>KLIK DISINI ANGKA RITUAL TOGEL SGP HK SDY DAN DLL<<<<<<<<< "

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...