Tuesday, June 8, 2021

ALHAMDULILLAH.. PAS BANTAH HARGA MINYAK MASAK MAHAL DIJUAL PADA RAKYAT TAPI.....


Kenyataan Media Penerangan. 113

4 November 2016 : 3 Safar 1438


MINYAK MASAK : KERAJAAN SENDIRI PUNCA RAKYAT TERBEBAN

Oleh : Nasrudin bin Hassan

Ketua Penerangan PAS Pusat


1. Kerajaan wajar dipertanggungjawabkan kerana telah menyebabkan para pengguna terbeban dengan kenaikan harga dan kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi (pek plastik 1 kg) dalam pasaran pasca pelaksanaan rasionalisasi subsidi minyak masak bermula awal bulan ini.


2. Media-media utama dan orang awam sehingga hari ini masih melaporkan keadaan kekurangan bekalan minyak masak dalam pasaran di beberapa negeri dan harga runcit yang dikenakan kepada pelanggan melambung tinggi daripada harga sebelum ini. 


3. Amaran Kerajaan kepada peniaga supaya patuh kepada sebarang ketetapan dan jaminan kepada pengguna bahawa bekalan minyak masak dalam pasaran adalah mencukupi dilihat tidak sedikit pun mengubah kesusahan yang sedang dihadapi rakyat ketika ini bagi mendapatkan bahan keperluan ini; bahkan keadaan terus semakin sulit bagi rakyat.


4. Rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan kononnya untuk :


(i) menggalakkan syarikat atau pengilang mengeluarkan minyak masak dalam pek plastik 1 kg dan 


(ii) mengelakkan Kerajaan daripada membayar subsidi kepada syarikat atau pengilang yang tidak bertanggungjawab menyeludup minyak masak ke pasaran luar dilihat tidak kesampaian dan menjadi sebaliknya.


5. Syarikat atau pengilang dan pengedar serta peruncit yang tidak bertanggungjawab itu tetap mengambil kesempatan daripada keadaan ini untuk menyorokkan bekalan pek plastik 1 kg dan melambakkan minyak masak botol dalam pasaran. Mereka mendapat keuntungan lebih berganda apabila tetap meneruskan kegiatan haram mereka dengan menjual minyak bersubsidi ke pasaran luar pada masa yang sama minyak masak botol juga kini boleh dijual pada harga yang lebih tinggi dalam pasaran tempatan selepas pengstrukturan subsidi ini dibuat.


6. Sebenarnya, isu asasnya ialah kawalan Kerajaan terhadap 23 syarikat atau pengilang yang memonopoli pasaran minyak masak di Malaysia; bukannya subsidi itu sendiri. Kerajaan supatutnya bertegas kepada syarikat atau pengilang ini; bukannya menarik semula bantuan yang telah diberikan kepada rakyat sebelum ini. 


7. Tidak sepatutnya kelemahan dan kecuaian Kerajaan menangani masalah ini menyebabkan beban itu dilepaskan kepada rakyat sedang mereka akan terus menanggung peningkatan kos sara hidup kesan daripada kenaikan harga makanan dan barangan keperluan lain.


Sekian.

Nasrudin Hassan 

4 Nov 2016

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...