Tuesday, June 1, 2021

AMBOI UMUM POTONG GAJI 3 BULAN PON WALAUN SYOK TAK TERKIRA DAH!


 MENUNJUK PETUNJUK

 

Malam tadi Perdana Menteri Gagal umumkan bahawa dia, seluruh menteri-menteri dan timbalan menteri dia bersetuju untuk tidak ambil gaji untuk tempoh 3 bulan bermula Jun 2021.


Gaji yang tidak diambil ini akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19.


Kenyataan di atas menunjukkan 2 perkara :


1) PM, Jemaah Menteri serta Timbalan Menteri amat prihatin bersama rakyat yang menderita hingga mereka juga rela tidak ambil gaji untuk merasa denyut nadi rakyat.


Cuma kita nak tahu, bila sebut gaji itu adakah ianya termasuk elaun-elaun lain atau gaji pokok sahaja?


2) Jika yang dipotong, tidak diambil dan disumbang ke dalam Akaun Amanah Bencana itu keseluruhan gaji pokok beserta elaun-elaun, ianya juga menunjukkan sebenarnya PM, Jemaah Menteri dan seluruh Timbalan mereka tidak terjejas pun.


Potong gaji 3 bulan tetapi elaun Ahli Parlimen, Senator tetap berjalan kan? Perniagaan yang berkaitan Menteri dan Timbalan masih ada kan? 


3 bulan itu bagi mereka biasa saja. Sejak mereka menjadi PM, Menteri dan Timbalan Menteri berapa jumlah simpanan gaji mereka? Perdana Menteri saja sebulan gaji dan elaun mencecah RM90 ribu.


Jadi, apa sangat tidak ambil gaji 3 bulan kalau setahun sebelum ini sudah cekau RM90 ribu sebulan?


Selain menunjukkan 2 perkara di atas, kenyataan itu juga memberi petunjuk jelas bahawa Kerajaan ini, Jemaah Menteri ini akan terus berkuasa.


Darurat ditetapkan berakhir pada 1 Ogos 2021. Perdana Menteri umum tidak ambil gaji 3 bulan bermula Jun 2021. Maksudnya sehingga penghujung Ogos 2021.


Apa yang dapat dilihat tersiratnya ialah Darurat mungkin akan disambung selepas 1 Ogos 2021.


Selagi darurat kekal dan disambung, selagi itu Kabinet tidak guna ini akan kekal.


Sementelah Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang ditubuh untuk nasihatkan Agong untuk sambung atau tamatkan darurat lebih awal pun baru setuju tetapkan kriteria setelah 6 kali bersidang.


Apa yang kita nak harap pada Kerajaan Gagal ini?


Zulhazmi Syariff


 

 

 

 

2 comments:

  1. Muhasabah diri la Zul... pakat-pakat kerjasama laa sesama Islam ni bkn duk cari salah orang jaa...Opps terlupa hg org kuat DAP patutlaa hati kelam

    ReplyDelete
  2. Emergency Cash Loans Hello Everybody, My name is Mrs. Phyllis Sue South. I live in UK London and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of $350,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 2 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of $350,000.00 U.S. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs. Phyllis Sue South that refer you to him. contact Dr. James Eric via email: financialserviceoffer876@gmail.com Whats-App +918929509036

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...