Tuesday, July 13, 2021

ANWAR itu LGBT..!!


"Anwar itu LGBT" 


Saya ingin menjawap persoalan yang di utarakan oleh sahabat sepermainan saya dari kecil tentang "Anwar LGBT jadi dia tidak layak untuk jawatan Perdana Menteri"


Dari dulu saya menulis satu benda yang saya konsistan tak pernah sentuh ialah dosa peribadi. Tak kiralah jadi pada musuh atau pada kawan sendiri sebab setiap anak adam pasti akan berdosa kecuali Nabi Muhammad SAW. Saya juga acap kali sentuh kriteria untuk jadi pemimpin ikut fuqaha adalah yang Qawwi ( kuat) dan Amin ( Amanah dan kompeten). 


Ada dua jenis dosa yang dilakukan manusia. Yang pertama; dosa antara dirinya dengan Allah. Mudarat dosa itu terkena kepada dirinya sendiri. Contohnya zina termasuk liwat, minum arak, berjudi dan seumpamanya. Dalam kata lain, ia dosa ataupun aib peribadi antara hamba dengan Tuhannya. Yang kedua; dosa antara dirinya dengan Allah namun pada masa sama mendatangkan bahaya ataupun mudarat kepada pihak lain. Contohnya rasuah, menyebarkan hadis palsu, merompak, mencuri, mengedar dadah, merogol, pecah amanah dan seumpamanya. Dosa ini bukan sahaja antara hamba dengan Allah, tetapi ia boleh mengancam pihak lain. (Maza et all. 2018)


Dosa yang telah di sembunyikan oleh Allah wajib di tutup dan akan di ampunkan kecuali mereka yang sengaja menunjuk-nujuk dosa itu kepada umum. 


Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Setiap umatku dimaafkan (dosanya) kecuali mereka-mereka yang menunjuk-nunjuknya dan sesungguhnya di antara menunjuk-nunjukkan (dosa) adalah seorang hamba yang melakukan suatu perbuatan di waktu malam. "Sementara Allah telah menutupinya kemudian di waktu pagi dia berkata: "Wahai fulan semalam aku telah melakukan ini dan itu, pada hal pada malam harinya (dosanya) telah ditutupi oleh Rabbnya. Ia pun bermalam dalam keadaan (dosanya) telah ditutupi oleh Rabbnya dan di pagi harinya ia menyingkap apa yang telah ditutupi oleh Allah" - (HR Bukhori : 5608).


Ini yang ramai dari masyarakat kita salah anggap, mereka umpamakan dosa LGBT dengan kaum nabi luth yang di turun bala yang oleh Allah. 


Tapi mereka lupa 2 benda. Sebelum Allah turunkan bala, Allah akan menurunkan peringatan melalui lisan Nabi-NabiNya. Kedua, bala hanya turun selepas mereka ini membuat maksiat secara terang-terangan di hadapan Nabi Allah Luth, bukannya secara tersembunyi.


Sebab itu Allah melarang kita mencari-cari & mengintip dosa peribadi, ini yang di namakan tajassus. Contoh apa yang banyak pejabat agama kita buat serbuan hotel atau rumah hanya kerana suspek ada orang melakukan zina adalah tidak berapa tepat. Sedangkan pembuktian zina dalam islam itu sangat-sangat payah. Bayangkan kalau hendak di jatuh hukuman zina, kena ada 4 orang saksi yang tidak fasik, lepas itu 4 orang saksi itu sendiri ada bukti kukuh “qat’ie”, melihat kemasukan kemaluan lelaki kepada kemaluan wanita. 


Kalau seorang dari saksi tersebut belot dia kata dia tak nampak kemasukan tapi dia hanya nampak mereka berdua dalam satu selimut, 3 orang tadi akan di SEBAT sebab qazaf dan kesaksian di tolak selama-lamanya, tambahan pula mereka jadi fasik. Level fasik ini tak boleh jadi wali tau ikut mazhab Syafie. Nanti orang tanya kalau ada anak perempuan nikah, kenapa pakai wali hakim, jawaplah saya dulu fasik sebab qazaf. Ingat bila kita tuduh sesorang itu berzina atau liwat, dan kita tak boleh datangkan 4 orang saksi, automatik kita sudah jadi fasik. Nauzubillah hi minzalik. 


Surah An-Noor, Verse 4:

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ


Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik.


Eh pelikkan kenapa payah betul hendak buktikan zina walaupun depan mata? Sebab Islam itu agama mendidik bukan penghukum. Lagi satu Islam amat mementingkan maruah seseorang individu.


Lagi satu saya bagi contoh, saya nak tanya anda bersetuju tak dengan tindakan ini.


Si A pernah berzina pada zaman muda dan ada anak luar nikah dalam umur dia 20 tahun. Tapi dia telah bertaubat nasuha dan dia bela anak tadi sampai jadi besar. Si A memang baik, solat tak pernah tinggal, ada master degree, ada PHD tapi tak ada orang tahu kisah silam dia. Lepas itu bila Si A hendak minta kerja sebagai pengarah sebuah syarikat pada umur 50 tahun, syarikat tersebut buat background check. Lepas dapat keputusan pemeriksaan latar belakang, Mereka kata, walaupun resume A sangat hebat, mereka terpaksa tolak sebab Si A pernah berzina dan ada anak luar nikah. 


Saya nak tanya balik soalan ini kalau anda berada di tempat si A, adilkan syarikat itu tolak permohanan anda hanya kerana dosa peribadi 30 tahun yang lepas yang anda sendiri sudah bertaubat? Adil atau tidak?


Jadi sebelum kita hendak tunding dosa peribadi orang, ambil masa berberapa minit dan rewind balik semua dosa peribadi kita selama ini. Rewind segala dosa peribadi kita selama 40, 50 tahun ini. Adakah kita yakin dengan amalan kita mampu jadi pemberat di mizan? Adakah dengan dosa peribadi kita ini layak untuk mendapat rahmat dan rezeki dari Allah? Kalau kita pun ada banyak dosa peribadi, janganlah hendak tunding jari tentang dosa peribadi orang lain; jika tidak kita akan jadi orang paling miskin di akhirat. Itu belum masuk part masuk syurga itu dengan rahmat Allah bukan dengan amalan kita. Buatlah amalan beratus tahun macam abid pun, kalau di hati ada perasaan angkuh, jangan mimpi hendak dapat masuk syurga. Sebab itu ada kisah pelacur yang masuk syurga sebab bagi anjing minum; moral dari cerita ini bukanlah hendak menormalisasikan dosa tapi hendak bagi tahu yang masuk syurga itu adalah wewenang Allah SWT.  


Saya tak salahkan kawan saya tadi, sebab sentimen ini telah di tanam 20 tahun lamanya. Modal dia mudah, kalau tak dapat jatuhkan sesorang itu dengan kes rasuah, maka dia akan di jatuhkan dengan skandal seks. Ini yang Tun Musa Hitam ( kalau tak kenal Tun Musa, sila google) sebut, kalau dia tak letak jawatan, dia pun akan di palitkan dengan skandal seks. Ini juga yang Najib buat, sebab dia tak boleh implicate kes rasuah, dia tuduh kes lendir. 24 tahun politik negara jadi toksik sebab politik lendir ini. Mereka ini tak fikir apa kerosakan yang berlaku pada masyarakat bila bermain isu-isu lendir tapi kalau jenis matlamat menghalakan cara memang tak boleh kata apa dah. Ini yang di namakan politik bumi hangus dan kita kena keluar dari politik dalam kain macam ini. 


Peringatan ini juga buat geng-geng PKR yang suka bermain hujah semb***t, ia tidak bagus untuk masa depan politik negara, dan jangan normalisasi kan term yang jijik, malu dengan anak-anak kecil. Kalau tak setuju, kita berdebat dengan fakta bukan dengan makian; baru orang akan respect.


Sepatutnya kita boleh move on pada isu yang lagi besar macam pemanasan global, tahu tak yang USA kini semakin panas, dan kenaikan paras laut pada 2050 di jangka sebanyak 30 cm? Tapi bila rakyat di sibukkan dengan isu lendir, mereka yang di atas ini yang sibuk mengkayakan diri sendiri. Tengoklah yang duk kata no Anwar, No DAP, pastu melaga orang Melayu, jam tangan mereka berapa juta, selipar mereka satu bulan gaji marhaen, asset mereka pula berapa billion?


Lagi contoh kenapa pemimpin kena Qawwi dan Amin bukan takat yang "nampak bersih dari dosa peribadi", anda sendiri jadi saksi nampak jadi depan mata sendiri. Mutfi serba tahu kata tahun lepas, bila dia jamin Muhyidin dia bagi 2 kriteria yang kerajaan PN ini akan dapat rahmat. Satu sebab Muhyidin pandai baca doa, satu lagi sebab Muhyidin boleh jadi imam solat. Jadi saya nak tanya, mana rahmatnya bila:


1) Ramai melayu islam yang bunuh diri

2) Ramai melayu islam yang hilang kerja

3) Ramai melayu islam yang murung

4) Ramai melayu islam yang tak boleh balik kampung ziarah keluarga

5) Ramai melayu islam yang tak dapat solat jumaat

6) Ramai anak melayu islam yang tak kenal masjid

7) Ramai melayu islam yang tak cukup makan

8) Ramai melayu islam yang anak keciciran PDPR sebab tak mampu beli gadget


Jadi MANA RAHMAT YANG MUFTI UTARA JANJI????? 


Lagi best dia boleh tulis pasal salah ijtihad di sabitkan dengan dosa membunuh, tapi bila dia sendiri bagi ijtihad berdasarkan nafsu habis terkorban beribu-ribu nyawa akibat dari pemimpin yang khinat dan lemah, adakah dia akan terlepas dari jaminan yang dia berikan? 


Dulu tak puas hati dengan AG bukan melayu, menteri kewangan bukan melayu, hasut Cina nak ambil tanah Melayu.


Sekarang hampir kesemua Melayu. Adakah mereka yang hasut itu gembira?


Makan tak ada, kerja tak ada, duit tak ada, nak jumpa ibu bapa pun tak boleh. Tabung kerajaan kena sapu pun tak kisah. Enjoylah. 


Apa lagi melayu mahu? Inikah kerajaan rahmat jaminan Mutfi Serba Tahu.?


WAllahulam.

MMMS

SUMBER KLIK SINI



 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...