Monday, August 16, 2021

MUHYIDDIN MENGAKU UMNO PUNCA KERAJAAN PN & PM JATUH PADA HARI INI..!

LAA UMNO RUPA2NYA.. INGATKAN ANWAR DAN DAP YANG MENYEBABKAN MUHYIDDIN DAN KERAJAAN PN TUMBANG HARI INI...

NASIB LAH DAN RASAKANLAH BILAMANA DIRI DIKHIANATI...OLEH RAKAN SEGABUNGAN...

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memaklumkan tidak dapat menyambut rayuan rakyat Malaysia yang mahukan beliau meneruskan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana telah hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Muhyiddin yang kini dilantik sebagai Perdana Menteri caretaker berkata, susulan itu beliau telah mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan jawatan seluruh ahli Jemaah Menteri sebagaimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan.

"Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan menyebut “jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri”. Inilah kehendak dalam Perlembagaan dan saya mesti patuh.

"Rayuan ikhlas dari jutaan rakyat Malaysia agar saya meneruskan tugas saya dan tidak meletakkan jawatan saya dengari. Namun, rayuan ini tidak dapat saya sambut kerana saya telah kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat," katanya dalam perutusan khas, pada Isnin. 



1 comment:

  1. Rupanya selama ini PN bukan tolak kleptokrat tetapi bersama kleptokrat. Ucapan Muhyiddin yang tak mau kleptokrat kerana prinsip sebenarnya dia kecewa ditinggalkan kleptokrat.......hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...