Thursday, August 12, 2021

SOALAN KEPADA MB KEDAH BERKENAAN STATUS TANAH RIZAB MELAYU DI PEMBINAAN AIRPORT KULIM?


11/8/2021

Soalan berangkai Ke 3 buat YAB MB Kedah


Sesi Bertanya kepada MB Kedah tentang Projek Mega, Pembinaan Lapanganterbang Antarabangsa Kulim


Mohon MB Kedah jelaskan


1. Selepas tanah-tanah milik rakyat Kedah di daerah-daerah Kuala Muda, Baling & Kulim yang akan diambil oleh kerajaan negeri dgn menggunakan AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960, diserahkan kepada syarikat SPV (iaitu KXP Airportcity Holdings), yg 80% milikannya nanti bakal dikuasai oleh sebuah syarikat Sdn Bhd bukan Melayu, iaitu ECK Group (tak tau depa nak pakai anak syarikat yg mana satu... 😁), dan hanya 20% dimiliki oleh kerajaan negeri melalui PKNK...


 SEKIRANYA projek pembinaan Lapanganterbang Antarabangsa Kulim ini gagal dijalankan, dan/atau bermula, dan/atau dilaksanakan atas apa2 alasan sekalipun, adakah tanah2 bekas milik rakyat Kedah, khususnya orang Melayu di ketiga2 daerah itu, akan dikembalikan kepada pemilik asalnya, atau akan kekal selama2nya (termasuk tanah2 rizab Melayu) menjadi milik syarikat KXP tersebut, yg majoritinya dikuasai oleh bukan Melayu, dan


2. Sekiranya itu berlaku, bukankah syarikat tersebut akan menjadi pemilik rizab tanah persendirian terbesar di Kedah, dengan bantuan dan Ehsan kerajaan negeri, selepas menggunakan mekanisme yg 'halalan toyibban' dan 'sah disisi undang2', iaitu di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960, tanpa perlu membina Lapanganterbang tersebut? 


Mohon MB menjawab... 😁


(p/s, kali ni, kalau ada sesiapa saja khususnya dari pejabat MB Kedah, yg nak tlg jawab pun saya alu2kan.


Soalan2 saya ini hanya berkaitan tentang hal2 pentadbiran dan pengurusan negeri Kedah, dan tiada sebarang kaitan dengan sebarang persoalan peribadi mana2 pihak, sama ada yg masih hidup, atau yg dah nak mati)


Wallahualam


Saiful Izham Ramli



 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...