Saturday, October 2, 2021

PH DIKATAKAN SYAITAN MANAKALA PN & BN DIJADIKAN BOMOH..!


 Kisah sepasang suami isteri yang merasakan hidup mereka diganggu oleh makhluk ghaib. Sehinggalah di isteri jatuh sakit dan tak kunjung pulih, mereka mula berasa panik.

Satu hari, mereka pergi berjumpa dengan seorang bomoh yang dikatakan hebat dalam hal menghalau hantu dan perkara ghaib ini. Apabila sampai, si bomoh sahkan yang si isteri telah dirasuk. Bomoh pun cadangkan agar sesi berubat dijalankan serta merta kerana takut jadi semakin melarat.

Di hari pertama, si bomoh telah meminta si isteri berbaring dalam keadaan telanjang di dalam bilik ketika proses mengubat sedang suaminya diarah untuk tunggu di luar.

Pulang dari berubat, si isteri mengadu kepada suaminya akan apa yang dibuat oleh bomoh. Si suami hanya menjawab "sabarlah. Ini proses berubat. Nak baik tak?"

Tiga hari kemudian, mereka pergi berubat lagi. Kali ini juga si suami disuruh tunggu di luar sementara si isteri dibogelkan dan berbaring dalam bilik. Tapi kali ini si bomoh mula meraba seluruh bahagian tubuh di isteri.

Ketika pulang, si isteri ceritakan lagi kepada sang suami akan perbuatan bomoh tersebut. Sama, si suami hanya minta si isteri bersabar. Mungkin itu memang cara si bomoh mengubat.

Tiga hari berikutnya mereka pergi lagi. Kali ini bomoh pergi lebih jauh. Jadilah si isteri mangsa rogol si bomoh.

Ketika pulang si isteri menangis teresak-esak mengenangkan dirinya yang telah ternoda. Tetapi si Suami tetap buat muka tongong. Marahlah si isteri kerana berpendapat yang suaminya tidak lagi mengambil berat tentang dirinya.

Tapi si suami menjawab "sabarlah. Dirogol bomoh itu lebih baik daripada dirasuk makhluk ghaib itu. Awak kena terima sebab kalau makhluk ghaib itu rasuk, lagi susah nak kawal keadaan."

Sebenarnya tiada pun gangguan. Si isteri tidak dirasuk pun. Tapi sengaja cerita itu direka oleh bomoh dengan tujuan supaya jika dia tertangkap sedang merogol si isteri, lelaki itu tidak marah kerana yakin dia sedang mengubati isterinya.

***

Cerita di atas hanya rekaan semata. Tapi kalau ada yang berasa marah pada si suami, ketahuilah bahawa di suami itu adalah watak yang direka bagi menggambarkan perangai sesetengah orang Melayu.

Watak isteri itu adalah negara ini yang sedang diperkosa oleh BN & PN (watak bomoh). Manakala makhluk ghaib itu pula adalah DAP/DSAI/PH.

Sebenarnya tiada pun bahayanya PH memerintah. Tetapi BN/PN sengaja reka ceritanya supaya rakyat takut dan relakan negara ini mereka perintah walaupun jelas negara menjadi rosak.

Sebab itu kita selalu dengar ayat mereka "asalkan bukan PH/DAP yang memerintah". Sebab unchai sama bodohnya dengan si suami dalam cerita ini.

 
Raja Gelap

1 comment:

  1. Assalamualaikum Wr, Wb, Saya Atas Nama Pak Ikbal Saya Mengucapkan Banyak2
    Terima Kasih Kepada AKI SOLEH
    Atas Nomor Togelnya Yang Kemarin AKI Berikan Singapura 4D (2652)
    Alhamdulillah Ternyata Itu Benar2 Tembus AKI
    Dan Berkat Bantuan AKI SOLEH Saya Bisa Melunasi Semua Hutan2 Saya Yang Ada Di BANK BRI Dan Bukan Hanya Itu AKI Alhamdulillah,
    Sekarang Saya Sudah Bisa Bermodal Sedikit Untuk Mencukupi Kebutuhan Keluarga Saya Sehari2
    Itu Semua Berkat Bantuan AKI SOLEH Sekali Lagi Makasih Banyak Ya, AKI
    Yang Ingin Merubah Nasib
    Seperti Saya.!!
    SILAHKAN GABUNG SAMA AKI SOLEH Di No:082~313~336~747

    Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
    Apakah Anda Termasuk Dalam Kategori Di Bawah Ini.!!
    1: Di Kejar2 Tagihan Hutang
    2: Selaluh Kalah Dalam Bermain Togel
    3: Barang Berharga Sudah
    Terjual Buat Judi Togel
    4: Sudah Kemana2 Tapi Tidak
    Menghasilkan, Solusi Yang Tepat.!!
    5: Sudah Banyak Dukun Di Tempati Minta Angka Ritual Belum Dapat Juga,
    satu Jalan Menyelesaikan Masalah Anda.!!
    Dijamin Anda Akan Berhasil
    Silahkan Buktikan Sendiri
    Atau Chat/Tlpn di WhatsApp Aki: 082~313~336~747

    Angka:Ritual Togel: Singapura

    Angka:Ritual Togel: Hongkong

    Angka:Ritual Togel: Toto Malaysia

    Angka:Ritual Togel: Laos

    Angka:Ritual Togel: Macau

    Angka:Ritual Togel: Sidney

    Angka:Ritual Togel: Brunei

    Angka:Ritual Togel: Thailand

    " >>>>>>>>>KLIK DISINI ANGKA RITUAL TOGEL SGP HK SDY DAN DLL<<<<<<<<< "

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...