Saturday, November 20, 2021

RM100JUTA.. NAJIB TAHU ATAU BUAT-BUAT TAK TAHU | KABINET MANGKOK..!


 TAK TAHU

Semasa duit masuk akaun peribadi dia berjuta-juta dia kata dia tak tahu… akhirnya Mahkamah bagitahu dia penjara 12 tahun denda RM210 juta.

Sekarang dia tak tahu pula nilai hadiah yang dia minta ialah RM100 juta.

Tun bangkitkan dalam Dewan Rakyat sehingga ramai terkedua dengan ketidak tahuan dia.

Bila dah ramai tahu termasuk dia yang buat-buat baru tahu, dia umum dia tarik balik permohonan tu.

Kononnya rakyat melebihi segalanya. Sekarang rakyat lebih perlu berbanding dia. Dia kata. 

Dia tahu ka rakyat lebih memerlukan?

Jika dia tahu, dia patut langsaikan juga tunggakan cukai RM1.7 bilion yang dia hutang kepada LHDN. Duit itu juga boleh diguna untuk rakyat yang dia tahu sedang susah.

Dia juga patut pulangkan segala wang dan hasil yang dia perolehi hasil salah laku dia dalam 1MDB walau pun mungkin dia tak tahu.

Bila dia kata dia tolak atau tarik balik permohonan dia atas alasan rakyat lebih perlu, Jemaah Menteri yang dah setuju hadiah tu BODOH ka tak peduli rakyat sehingga luluskan permohonan dia?

Sesungguhnya dia dan seluruh Jemaah Menteri yang ada ini TIDAK PEDULI pun tentang rakyat. Mereka lebih peduli kuasa dan kedudukan mereka.

Sial punya lebai.

Zulhazmi Shariff

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...