Friday, January 21, 2022

KES AZAM BAKI.. SIAPA SEDANG CUBA BODOHKAN SIAPA?


 AZAM BAKI

Isu Azam Baki ini sebenarnya mudah saja tapi disulitkan dan dikusutkan oleh Azam, Abu Zahar, Suruhanjaya Sekuriti dan akhirnya oleh Ismail Sabri.

Siapa Azam Baki?

Azam Baki ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM. Orang nombor 1 agensi pencegahan rasuah di Malaysia.

Siapa Lantik Azam?

Azam dilantik oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Perdana Menteri ketika itu ialah Mahiaddin Yaasin.

Status Azam.

Sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam adalah kakitangan perkhidmatan awam yang tertakluk dengan semua pekeliling dan perintah am penjawat awam.

Apa Berlaku?

Ditulis oleh Lalitha Karunaratnam di media sosial bahawa Azam ketika berjawatan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM pada sekitar tahun 2015-2016 telah memiliki sejumlah saham yang dianggarkan bernilai RM4 juta.

Apa Masalahnya?

Seksyen 23 Pekeliling Perkhidmatan 3/2002 menyatakan seseorang pegawai awam boleh membeli saham tetapi tertakluk kepada syarat-syarat, antaranya tidak melebihi lima peratus daripada modal dibayar atau RM100,000 pada nilai semasa.

Pada sekitar tahun 2015-2016, Azam ialah Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, justeru Azam tertakluk dengan Pekeliling ini.

Apabila Azam dilaporkan mempunyai saham bernilai lebih RM100,000, maka jika benar nilai saham sebanyak itu, Azam telah melanggar Pekeliling ini dan perlu diambil tindakan sewajarnya.

Kemudian, suatu siasatan hendaklah dijalankan bagaimana Azam boleh memiliki saham yang nilainya begitu? Dari mana sumber kewangannya. Adakah ianya sumber yang sah atau sebaliknya.

Kenapa Kusut?

Kusut apabila Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM mengumumkan Azam tidak melakukan apa-apa kesalahan.

LPPR tiada kuasa menyiasat tetapi telah lebih awal membersihkan Azam. Pengumuman Abu Zahar dinafikan oleh 6 ahli LPPR yang lain.

Azam pula berkata akaun dagangan sahamnya digunakan oleh adiknya.

Jika begitu, Azam telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 25 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) yang menetapkan setiap akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mestilah atas nama pemilik benefisial sekuriti yang didepositkan atau atas nama penama yang diberi kuasa.

Suruhanjaya Sekuriti menyiasat dan kemudiannya memaklumkan bahawa tidak dapat menentukan secara muktamad samada Azam melanggar Akta atau tidak kerana mengikut siasatan, akaun Azam dikendalikan oleh Azam sendiri.

Nampak kusut kan? Asalnya mudah saja.

Azam miliki saham lebih dari nilai yang dibenarkan. Langgar Pekeliling. Ambil tindakan kerana langgar Pekeliling. Kemudian yang lain ikut.

Tapi yang mudah itu tidak dibuat, akhirnya semua jadi bodoh.

nukilan...
Zulhazmi Shariff

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...