Monday, February 7, 2022

Fakta PAS dan PPBM di sebalik 'Kerajaan 22 bulan yang gagal'


1. PPBM adalah sebahagian utama dari 'kerajaan gagal 22 bulan'.

2. PM ketika itu ialah dari PPBM.

3. Kegagalan tunai manifesto berkenaan 'hapus tol' adalah keputusan PM dari PPBM.

4. Ungkapan 'manifesto bukan kitab suci' adalah ungkapan dari Pengerusi PPBM.

5. Kegagalan tunai janji mengenai PTPTN berpunca dari Pengerusi PTPTN adalah dari PPBM.

6. Yang melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah Pengerusi PPBM.

7. Pembunuhan Adib berlaku di zaman Presiden PPBM menjadi Menteri KDN.

8. ICERD juga diusahakan oleh Menteri Luar dari PPBM.

9. idea Kereta Terbang juga dari Menteri PPBM.

10. Menteri yang terpalit dengan isu semburit kini dilantik menjadi MPT PPBM.

11. bekas exco Perak yang kini berhadapan dengan tuduhan merogol amah juga menyertai PPBM.

12. Adun Selangor yang dikaitkan dengan tuduhan merogol juga dari PPBM.

13. Pendek kata, 'kerosakan dan kegagalan' selama 22 bulan adalah disebabkan PPBM.

14. PPBM kini telah keluar PH, dan membentuk PN bersama PAS. PM selepas itu ialah Presiden PPBM. PH sudah tiada kaitan lagi dengan kegagalan 22 bulan PPBM tu.

15. Selama 19 bulan memerintah, kerajaan PN meneruskan kegagalan PPBM 22 bulan. Bahkan rakyat memanggil kerajaan PN sebagai #kerajaanGAGAL, #kerajaanPEMBUNUH, #kerajaanBODOH dan sebagainya.

16. Dengan kata lain, kerajaan yang ditadbir oleh PPBM telah gagal selama 41 bulan (22+19) sebelum diambil alih oleh BN.

17. kegagalan dan kerosakan PN telah diterjemah sepenuhnya dalam PRN Melaka apabila PN kalah teruk ditolak majoriti rakyat Melaka. Manakala PH pula masih lagi menerima tempias dari kegagalan dan kerosakan PPBM.

18. Duta Khas sendiri mendedahkan kejayaan menjatuhkan PH adalah melalui 'hubungan sulit' PAS-PPBM ketika PPBM masih di dalam PH.

Kesimpulan, segala kerosakan dan kegagalan negara seperti gagal urus ekonomi, covid, vaksinasi, isu-isu agama, isu jenayah, dadah, mabuk dan lain-lain adalah disebabkan oleh dua parti perosak iaitu PAS dan PPBM.

sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...