Monday, March 14, 2022

PAKATAN HARAPAN, Politik Khianat dan khemah besar


 PAKATAN HARAPAN, Politik Khianat dan khemah besar

Langkah Sheraton mengajar Malaysia, PENGKHIANATAN adalah satu "Malapetaka". Rakyat yg telah beri peluang kepada PH, tersentap, namun masih menaruh harapan tinggi kpd PH. Kita terima ujian ini, dan PH akan bangkit dengan lebih kuat dlm PRU15. Putuskan hubungan dgn semua pengkhianat, tutup semua pintu2 dan ruang untuk berkhianat, bersolidariti PH3parti, kerja kuat menuju PRU15...

Malangnya, sesudah langkah sheraton, idea pecah perintah "khemah besar" mula berkumandang. Khemah besar itulah membuka kembali pintu2 pengkhianatan. "Gabungan Pembangkang" itu jelas bermaksud demi menang PRN/PRU kita kerjasama dengan semua, termasuk pengkhianat2. Walau sangat2 sedar, jika menang sekalipun, akan berlaku lagi pengkhianatan. Ini sebenarnya yg menghakis semangat pendokong PH - ahli parti, tidak berparti dan atas pagar dari terus menyokong PH. Jika menang bersama "parti2 sepah" yg memang tiada jatidiri ditambah dgn "track record" pengkhianat, sama mcm x menang, malah nama PH semakin buruk diconteng arang. 

Mengapa ada pemimpin2 PH yg ghairah mempromote "khemah besar" (seakan tidak faham senjata pecah perintah), sedang rakyat memerhati dgn penuh jijik dan benci. Nama PH teruk tercemar dgn tindakan2 khianat Atok dan konco2nya 22 bulan, tapi ada pemimpin2 PH yg menyondol dibontot Atok mengajak Pejuang, Muda, Warisan dll untuk bersama gabungan pembangkang di Johor.  

Walau selepas Muda langgar kerusi Larkin (kerusi yg diputuskan dlm mesyuarat PH) masih ada pemimpin PH yg bersama berkempen utk Muda yg langsung tiada kena mengena dengan PH. Muda hanyalah opportunis yg menunggang PH, sambil bekerja sbg "trojan horse". Puteri wangsa sebagai kubu kuat PH kini dlm tangan muda. Larkin hilang depan mata. Sadiq dgn senang hati boleh bercakap lagi dan lagi, "kami tiada apa2 perjanjian dgn PH". Ini yg jadi persoalan besar kpd pendokong2 PH.  

Lagi kuat didendangkan "khemah besar", lagi teruk kekalahan demi kekalahan terpaksa dilalui PH. Lagi ramai pendokong2 meninggalkan PH dan abaikan pilihanraya. Macammana nk harapkan PH, PH pun sendiripun terkinja2 nak bersama dgn opportunis dan bekas2 pengkhianat utk lawan BN melalui khemah besar dan Gabungan Pembangkang. Sampai bila kita nk layan pengkhianatan dlm politik. 

Bukalah mata. "Khemah besar"lah yg buatkan AMANAH DAP guna Logo HARAPAN dan Keadilan guna logo PKR. Itu hanya melonggarkan lagi penyatuan PH yg telah sedia longgar.

"Khemah besar"lah yg membakar penyatuan dan pecahbelahkan perpaduan ahli2 parti dalam PH, sehingga wujud istilah2 "dak2 sudu", "oren masam" dll. Walaupun hari ini istilah2 itu semakin hilang, namun hubungan renggang dan perpecahan akan mengambil masa yg lama utk kembali pulih.

 Agenda pecah perintah "khemah besar" semakin kuat merobek pecahkan PH. Hari ini, pengundi Cina juga mula mengabaikan Pilihanraya kesan dari rasa jijik nk bekerjasama dgn opportunis, pengkhianat atas nama Gabungan pembangkang.  

PERSOALANNYA, Mengapa PH tidak bersolidariti sebagai gabungan mantap? Mengapa PH tidak punyai pejabat Gabungan di tiap2 negeri, Parlimen dan DUN? Mengapa tiada mesyuarat dan aktiviti standard PH sebagai Gabungan? Mengapa tiada gerakkerja atas nama PH menyantuni rakyat, sebaliknya, setiap parti bergerak sendirian?. Mengapa PH tidak ada SELF CONFIDENCE yg PH3parti tanpa kerjasama luar mampu untuk benar2 bergerak sbg gabungan yg tawarkan agenda2 terbaik utk rakyat. Jika BN boleh menang PRN dgn "Pengundi setia" (36% Melaka dan 43% Johor), Mengapa PH langsung tiada daftar "pemilih setia" yg boleh disantuni sepanjang masa sambil mendapatkan maklumbalas permasalahan lokaliti, disamping menjamin undi dlm PRN/U. Banyak kelemahan diri PH yg perlu diperbaiki dan kembalilah bangkit sbg PAKATAN HARAPAN solid3 parti - demi rakyat.

Sedarlah, PAKATAN HARAPAN sedang bergerak tanpa halatuju menuju kehancuran. Suara DSAI sbg Presiden, hampir tiada tempat dlm PH, kerana suara2 sumbang kononnya Anwar berlagak "Abang Besar" jauh lebih bingit berteriak. Apakah PH akan terus bergerak dgn cara "ikut suka masing2". Majlis Presiden???

"Politik nilai" yg telus berprinsip sbg teras PAKATAN HARAPAN sepatutnya memberi harapan kepada rakyat utk membawa sinar kepada negara keluar dari budaya rasuah dan kerajaan bobrok. Namun kini, terbalik menjadi percaturan politik kuno machiavelli. Ada pemimpin PH jerit lelong murah "Khemah Besar", "Khemah Besar", pengkhianat pun tak apa, opportunis pun tak apa, kaki lompat2 pun tak apa, jual petai pun x apa... yg penting kita buat "Gabungan Pembangkang" lawan umnoBN... Lepas menang kita kira lain... Nak khianat lompat2 pun x apa... 🤣🤣🤣. Demikianlah gambaran buruknya. Percayakah kita Akta lompat parti akan dikuatkuasakan dlm jangkamasa terdekat?.. 🤣🤣🤣

Kembalilah... AMANAH KEADILAN DAP tumpu kukuhkan PAKATAN HARAPAN 3 Parti. Kita 3 beradik ada rumah untuk dijaga. Kerjasama luar boleh sahaja dibuat selepas keputusan PRU15. 

 Ya ALLAH... kurniakanlah kesabaran kpd kami untuk terus memperjuangkan "ISLAH" di negara tercinta ini... Wallahu A'lam.

#SuaraRakyatSuaraKeramat
#RahmatanLilAlamin #REFORMASI
#PH3Parti 

MuzammelLidya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...