Wednesday, June 22, 2022

SILIBUS DARJAH 1 MAKIN MENGILA.. SEDARLAH DUHAI KERAJAAN..!


 Sebaik loceng pertama dibunyikan..

Selain harga ayam yang melambung tinggi sekarang, ada seperkara lagi yang semakin lama semakin rakus meninggi. Yakni aras silibus pendidikan di Malaysia khususnya sekolah rendah.

Silibus yang menekan dan semakin menggila. Basic 3M seakan wacana lama dan sudah tidak berguna. Para penggubal menyangka murid yang masuk darjah 1 sudah menguasai semua asas, maka perlumbaan gila terus bermula sebaik loceng pertama persekolahan dibunyikan.

Maka berkejar kejaranlah guru memahamkan pelajar. 

Bekejar kejaranlah ibu bapa mengusung anak mereka tusyen malam meski anak itu baru darjah 2.

Dan si kecil itu yang paginya menanggung beban beg ke sekolah kebangsaan, petangnya kafa, malamnya tusyen dan pulang menyiapkan kerja sekolah tergesa gesa. Lalu perlu tidur untuk bangun awal lagi kerana kesesakkan jalan raya waktu pagi yang menggila.

Perlumbaan ini mencetuskan gelombang baru. tadika swasta tumbuh bagai cendawan. Bagi yang berduit, yurannya tentu mahal, dan apa yang mereka tawarkan memang lumayan. Anak seawal 3 tahun sudah bersekolah, 4 tahun sudah bijak dan petah.

Tinggallah anak anak miskin yang menunggu 6 tahun untuk ke tadika kemas. Yang akhirnya golongan ini akan terkapai kapai sebaik masuk darjah satu, ketika melihat silibus yang begitu padu dan rakan sekelas yang begitu laju.

Maka persekolahan tidak lagi menjadi tempatnya berkawan, tempatnya belajar komunikasi dan kepimpinan, tempat belajar bersosial dan bersivik, atau tempat untuk sesekali jatuh dan menimba pengalaman hidup.

Dia tidak ubah seperti pekerja kilang yang datang siapkan kerja di depannya, ditekan sekali dua, lalu pulang ke rumah keletihan.

Apa yang lebih Hina apabila institusi pendidikan itu sendiri menbunuh cinta pelajar terhadap pendidikan.

I.R

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...