Wednesday, July 27, 2022

Apakah Najib cari talian hayat pecat Shafie lantik Zaid..?


 PH perlu sambung MoU utk elak mudarat lebih besar

Najib cari talian hayat pecat Shafie lantik Zaid
RUU LOMPAT PARTI STRATEGI BARU ISMAIL?

Seperti dijangka ramai pihak, Najib akn berusaha ‘buy time’ atau melengahkan masa mahkamah utk mengelakkan dirinya dari dibawa ke penjara Sg Buluh. Nyata telahan itu tepat apabila Najib memecat Peguam Syafie dgn melantik Zaid.

Tak perlu ulas mengapa sb kita semua dah tahu apa niat di sebalik pemecatan tersebut. Kluster Mahkamah dlm mereka ‘buy time’ masa mahkamah tapi dlm masa sama mereka menekan Ismail Sabri utk membubarkan Parlimen dgn kadar segera.

Tidak cukup dgn itu UMNO telah menghantar surat kpd ROS memaklumkan parti itu telah meluluskan pindaan Perlembagaan UMNO supaya pemilihan parti diadakan dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU).

Ini semua bagi memastikan kedudukan Zahid sebagai Presiden terjamin. Pelbagai cara atau tekanan dilakukan kpd Ismail Sabri malah dlm PAU yg lalu Ismail tidak dilayan seadanya sebagai PM.

Ia adalah pertarungan antara Ismail vs Najib & Zahid. Seperti saya ulas sebelum ini Ismail hanya boleh menjadi PM sekali lagi hanya jika Najib dan Zahid dipenjarakan. 

Jika Ismail bubarkan Parlimen 100% Ismail bukanlah pilihan UMNO utk menghantar nama kpd Agong utk dilantik sebagai PM. Zahid dan Najib lebih yakin kpd Hishamuddin yg merupakan sepupu Najib sendiri.

So apakah strategi Ismail pula? Pandangan saya ROS tidak akn meluluskan atau menangguhkan permohonan UMNO melewatkan pemilihan parti dan yg paling penting RUU Lompat Parti akn disegerakan tetapi dlm versi baru.

Tapi mungkin ramai yg berkata bukanlah Najib dan Zahid menyokong RUU Lompat Parti? Ya benar tetapi cuba kalian baca dlm satu artikel di akhbar.

Dlm kenyataan akhbar 9 Jun lalu BERSATU secara kolektif tidak bersetuju dgn syarat kerusi dikosongkan bagi mana2 Ahli Parlimen yg dipecat kerana melompat parti, sekali gus memberi laluan kpd Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan. Kena faham maksud ini.

Bermakna jika Akta ini dibuat tanpa versi baru, Zahid boleh memecat Ismail Sabri dari ahli UMNO dan sekaligus Parlimen Bera perlu dipertandingkan. 

Jadi kenapa Mesyuarat PH semalam di Parlimen dlm agenda utama mereka bersetuju dgn Akta RUU Lompat Parti ini? Saya berkeyakinan dlm Mesyuarat itu PH bukan sekadar menyokong RUU tersebut tetapi bersetuju melanjutkan MoU bersama kerajaan Ismail Sabri.

Saya yakin pimpinan PH akn sekali lagi bertemu Ismail utk melanjutkan MoU dgn syarat Akta Lompat Parti disegerakan. Saya bersetuju kerana kita akn menang 2. 

Pertama Akta Lompat Parti dibawa dan diluluslan di Parlimen yg pasti menguntungkan kita dari berlaku lagi ‘pengkhianatan’ dan kedua kita bersama Ismail dpt memastikan Najib dan Zahid dihumban ke Penjara Sg Buluh.

Kita pilih mudarat yg lebih kecil selain MP PH akn mendapat peruntukkan sama rata dgn ahli Parlimen Kerajaan. Ismail Sabri patut bersetuju kerana PH mempunyai lebih kurang 89-90 kerusi Parlimen (sila pastikan jumlah sebenar). 

Angka MP PH ini selamat utk Ismail kekal sebagai PM jika kluster Mahkamah tidak menyokong di Parlimen nanti atau menarik sokongan kpd kerajaan Ismail.

Ismail hanya perlu sokongan 18 MP Pas dan Bersatu sahaja. Selepas itu beh la kes Najib disegerakan. Lagipun Ismail akn selesa sehingga Julai 2023 utk Parlimen dibubarkan. Tempoh ini tidak lama utk kita tetapi sgt lama buat Najib dan Zahid.

Cukup dahulu Najib di penjara, Zahid akn tempang. Ismail boleh berpakat dgn Tok Mat utk pemilihan parti nanti. Ok sekadar pandangan saya mengenai politik terkini tanahair.

Norman Redzuan
dari FB : KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...