Wednesday, August 24, 2022

DENDA RM210JUTA BELOM BAYAQ, PENJARA BARU SEMALAM DAH KALUT NAK SURUH MOHON PENGAMPUNAN DIRAJA..!


 AMPUN

Seusai Mankamah Persekutuan memberikan penghakiman menolak rayuan penyamun Najib Razak, berkumandanglah angan-angan di kalangan penyokong perompak ini bahawa mereka akan memohon mengadap ke Bawah Duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong merafak sembah memohon pengampunan terhadap Najib.

Kadang-kadang berasa lucu dan taajjub dengan perasan dan kelaku mereka ini. Mereka bayangkan Yang di-Pertuan Agong itu umpama budak suruhan mereka yang mesti memberi ampun kepada Najib kerana Najib adalah Bosku. Mereka langsung tidak faham kuasa ke Bawah Duli Tuanku dan Perlembagaan.

Bagi mereka itu semua tidak penting kerana yang penting Najib mesti dikeluarkan dari penjara.

Pertama, Najib dipenjara kerana telah terbukti melakukan jenayah. Bukan jenayah kepada individu seperti merogol, meliwat, mencuri ayam atau telur. Najib melakukan jenayah terhadap negara. Terhadap kita semua. Hukuman terhadap Najib adalah atas tujuh (7) kesalahan bukan satu (1) dan ianya melibatkan duit negara serta mencemarkan imej negara.

Kedua, kuasa pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong tertakluk dengan peruntukkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. Kuasa ini bukan kuasa bertindak atas budi bicara tetapi atas nasihat. Tuanku hendaklah bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan di bawah Perkara 42 (11) bagi Wilayah Persekutuan.

Lembaga Pengampunan terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong sebagai Pengerusi dan ahli-ahli lain seperti Perdana Menteri, Peguam Negara dan ahli-ahli lain yang dilantik termasuk Menteri yang menjaga wilayah berkaitan.

Lembaga Pengampunan sebelum memberikan nasihat HENDAKLAH menimbangkan nasihat daripada Peguam Negara. Ini dinyatakan khusus dalam Perkara 42 (9) Perlembagaan Persekutuan.

Selain laporan atau nasihat Peguam Negara, laporan Jabatan Penjara juga akan dinilai samada pemohon seorang yang sudah insafi kesalahan selama menjalani hukuman di penjara.

Pokoknya, seseorang yang mahu mendapat pengampunan perlulah terlebih dahulu menjalani hukuman.

Bagi Najib, baru satu malam di penjara daripada 12 tahun hukuman. Selain itu, denda RM210 juta juga perlu dilunaskan terlebih dahulu sekiranya berangan-angan hendak diampunkan.

Sebagai ingatan, kita ada undang-undang. Najib diputuskan bersalah dan dihukum mengikut undang-undang. Perlembagaan Persekutuan memandu kita menjalani hidup bernegara.

Tiada siapa di atas undang-undang termasuk Yang di-Pertuan Agong.

Jangan mudah menganggap Agong akan memperlekeh undang-undang dan Perlembagaan yang disumpah dipertahan hanya semata-mata buta dan gila terhadap Najib.

Tiada istimewanya Najib berbanding kita semua malah Najib itu hina kerana jenayahnya. Mudah-mudahan hukuman ini menginsafkan dia dan kita.

Zulhazmi Shariff
#JeraiProgresif

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...