Friday, August 19, 2022

Kepada FAN BOLA SABAH, Hargailah mereka ketika masih ada..!


 Biar Jasa Jadi Kenangan🌹
.
Antara moment menarik semalam adalah kepulangan semula buat pertama kalinya Lagenda sejati negeri Kedah Darul Aman, Baddrol Bakhtiar , Mohd Rizal Ghazali & Muhammad Farhan Roslan ke stadium keramat tempat dimana bermula segala galanya utk mereka bertiga.
.
Agak sentimental bila melihat mereka menyarung jersi selain jersi keramat kita, khususnya pada Baddrol yg sedikit kekok utk membuat kepulangan semula semalam. Mendapat sorakan & tepukan setiap kali bola disentuh & namanya disebut. Begitulah betapa kasihnya penyokong Kedah kepada lagenda hidup ini.
.
16 tahun ! 16 tahun saudaraku sekalian. Nak beritahu fans Sabah kat sana yg dengarnya mengkritik Badd tidak professional. Mungkin satu persambahan Badd semalam tidak 100% terbaik, iyalah , pertama kali pulang ke tempat segalanya bermula. Bukanlah teruk sangat semalam. 
.
Kita dapat saksikan hantaran hantaran Badd semalam masih memukau & berbisa. Hinggap tepat pada sasaran, untungnya kami di Kedah semalam, Sabah tidak punya betul betul penyerang yg prolifik didepan. 
.
Namun peranan Badd semalam cukup menakutkan kami, mungkin pada mata fans Sabah itu belum mencukupi. Tapi adilkah kalian hanya melihat & menghukum dari satu persembahan Badd semalam. Sebelumnya pada aksi aksi terdahulu, Badd begitu berperanan & cukup berpengaruh.
.
Kena ingat fans Sabah, kehadiran Badd banyak mempengaruhi keadaan diluar padang. Cuba anda lihat apa yg Badd bawakan kepada anda disana. Aura keharmonian & juga positif. Saya yakin ramai lagi fans Sabah dapat melihat apa yg telah diberikan oleh kapten kami dulu yg kini merupakan kapten kalian. Hargailah tumpang masih ada.
.
Kami disini begitu terasa kehilangan beliau. Sentiasa mengharapkan untuk beliau kembali tp ini semua urusan Allah Yang Maha Kuasa. 
.
Tak dilupakan juga kelibat The Tanker Rizal Ghazali & Messi Kedah Farhan Roslan yg ternyata begitu membantu pasukan Sabah. 
.
Rizal seperti biasa dengan solidnya beliau dari bertahan hingga menyerang. Farhan juga, kelajuan & ketenangannya berjaya memastikan Sabah mendapat gol penyamaan. Tiada keraian dari beliau. Respect paan🙌
.
Inilah juga yg dikatakan oleh Coach Aidil, kita kehilangan leader & keyplayer kita. Kualiti berbeza diperagakan oleh mereka yg kini berjaya membantu Sabah ditangga kedua. Posisi biasa kita dalam 2 musim sebelum ini. 
.
Moment semalam tinggal kenangan. Ayuh kita bangkit bersama Kedahku. Utk lagenda kami moga ada jodoh utk kita kembali bersama. Mungkin bukan hari ini tapi mungkin kan hari esok siapa tahu.
.
Baddrol - Rizal - Farhan .
Terima Kasih, semoga kita kan bersatu kembali !
.
Biar Jasa Jadi Kenangan,
Hijau Kuning Lambang Kemegahan 🔰
.
Our Pride💚💛
.
@mhazriqfahimy
KELAB LEGASI KEDAH (OFFICIAL)
.
#inilegasikita
#inilagendakita
#kedahdarulaman
#SangKenari
#hijaukuning
#pulunkedahpulun
#kelablegasikedah
#berjuangcarakita
#berjuanglahsejiwamurni
#biarjasajadikenangan
#kedahseratarata
#MembujurLaluMelintangPatahlah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...