Sunday, August 28, 2022

MAI NAK HABAQ BEZA BUYA HAMKA DENGAN NAJIB DUHAI USTAZ PAS!


 BUYA HAMKA ITU TAHANAN POLITIK SEPERTI DR BURHANUDDIN AL HELMI.... BUKAN PENYAMUN DAN PENYANGAK..

Tadi ada sahabat tag video perkongsian kenyataan entah Ustaz gelong dari mana menyamakan kisah Buya Hamka yang terpenjara sepertimana Dr Burhanuddin Helmi yang dipenjarakan British atas penentangannya kepada Penjajahan British dengan kisah pemenjaraan Najib Razak.. .. 


Buya Hamka sama seperti Dr Burhanuddin Al Helmi, Seorang Pejuang tanah Air, Tokoh yang punya latar belakang keluarga Agama.. Bukan dari keturunan yang berjasa kepada industri Judi dan arak.. Mereka dipenjara kerana menjadi tahanan Politik.. Sama seperti Mahatma Ghandi dan Nelson mandela..Mereka bukan pencuri dan penyangak seperti Najib Razak..

Pun begitu, Buya Hamka biarpun dipenjara oleh Sukaerno.. Dia tidak sesekali menyimpan dendam.. Tidak pula dia melakukan Sumpah Laknat kepada kepada Sukaerno biarpun dia dipihak yang benar.. Dia faham, Tindakan Sukaerno pada ketika itu demi mempertahankan Negara..  

Bila Bung Karno wafat dia diamanahkan bung imamkan Jenazah Sukaerno..Ketika itu ramai yang bertanya, mengapa dia sanggup memimpin solat jenazah bagi orang yang pernah menzaliminy a? Buya Hamka menjawab, “Karena Bung Karno sahabat saya.”...

Seperti Buya Hamka.. Dr Burhanuddin yang berperanan memimpin partinya Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) , dan gabungan Hizbul Muslimin yang Pro kepada gagasan Indonesia Raya(Melayu Raya) sebelum diharamkan British seperti mana kaitan Buya Hamka dan Masyumi..

Jika Dr Burhanuddin ditahan dipenjarakan kerana menentang Penjajahan Bristish, Pro kepada gagasan Indonesia Raya/Melayu Raya diasaskan Bung Sukaerno.. Manakala Buya Hamka pula dipenjarakan kerana mengkritik idealogi dan Partai Komunis Indonesia(PKI).. ketika itu Buya Hamka keras menenetang Pemerintah seperti mana awal awal penolakan Dr Burhanuddin terhadap Bristish..

Sebagaimana Dr Burhanuddin ditahan ISA, Begitulah Buya Hamka.. Mereka tahanan Politik.. Mereka pejuang Agama dan bangsa, Bukan penyamun.. Paling tidak samakan lah Buya Hamka dengan Mahatma Ghandi atau Nelson Mandela.. Amatlah hina bila asatizah yang jahil sejarah menyamakan dengan Penkhianat dan Penyangak seperti Najib Razak.. Buya Hamka ketika memimpin Muhammadiyah, elaun pun dia tak ambil.. Apalagi nak sakau hak rakyat..

Buya Hamka bukan hanya Tokoh Agama, Hatta tokoh Sastera.. Sama seperti latar Belakang Dr Burhanuddin.. mereka lahir dalam keluarga yang kuat Agama, Malah dikatakan bapa kepada Dr Burhanuddin, Muhammad Noor pengamal Sufi tareqat Naqshabandi, Manaka Dr Burhanuddin mengkagumi Karya-karya ahli falsafah dan ahli sufi terkenal seperti Imam al-Ghazali, al-Qusyairi dan Ibnu Athaillah al-Sakandari.. 

Buya Hamka bukan lah lulusan Agama dari Institusi Luar Negara biarpun menghasilkan karya tafsir Al Azhar.. Tetapi diberikan Allah Kefaqehan dalam urusan dan Kefahaman Beragama, Hatta jauh pandangannya dalam Politik.. Buya Hamka agak keras dalam pendiriannya dalam Agama ketika menjadi Ahli majlis Syura Masyumi dan ketika memimpin Muhammadiyah..  

Jadi bagi asatizah, Jika jahil dalam Sejarahpun, Jangan Memperlihatkan Jahil dalam Agama.. Jangan Perdagangkan Agama.. Kalau Jahil dalam urusan Politik, baik diam.. cukup biacara soal haid dan Nifas.. ;)

Ipohmali

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...