Wednesday, September 14, 2022

MENJAWAB FITNAH ADUN PAS MENGATAKAN PH HANYA MAMPU TUNAIKAN 1 SAHAJA MANIFESTO MASA BERKUASA 22 BULAN !


 MENJAWAB DAKWAAN YB USTAZ YUSNI MAT PIAH ADUN PENAGA KETIKA BERCERAMAH DI PEKAN DARAT MALAM SEMALAM.
 https://www.facebook.com/paskawasantasekgelugor/videos/1743405796058965/

YB Ustaz Yusni mendakwa PH hanya mampu tunaikan 1 janji saja daripada 10 janji 100 hari. Terima kasih juga kerana mengakui PH berjaya hapuskan GST. 
Cuma fakta yang lain sudah lari jauh. Mohon saya betulkan ya. Islam ajar kita bercakap benar walaupun di depan penyokong sendiri.

SUBSIDI PETROL BERSASAR.
Jangan lupa dulu sebelum 2018 tiap minggu beratuq stesen minyak sebab apa? Sebab tau dah esok tu nak naik 2 kupang 3 kupang. Alhamdulillah, sejak PH perintah harga minyak berada pada harga siling tak perlu risau dah tiap minggu. PH 22 bulan peruntuk berbillion untuk bagi subsidi petrol ni.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/462798/ph-tunai-janji-beri-subsidi-petrol

HAPUSKAN HUTANG PENEROKA FELDA.
PH yang cadangkan dan tak sempat nak laksana, akhirnya pada Julai 2021 disambung oleh Kerajaan Muhyiddin. Jangan lupa Muhyiddin juga bersama PH malah pembuat manifesto juga adalah mereka yang kini berada di BERSATU. 
https://www.utusan.com.my/berita/2021/08/73817-peneroka-felda-tandatangan-perjanjian-hapus-hutang/

KWSP UNTUK SURI RUMAH.
Berjaya diperkenalkan oleh Aunty Wan Azizah boleh semak di google i-suri. Sistem e-kasih tu untuk golongan suri rumah hari ni kerajaan dah buat. Usaha PH 22 bulan juga yang cadang dan mulakan.
https://www.bnm.gov.my/documents/20124///c4860f68-78b0-05c8-88b5-a83c79e7dc91/

MENYAMARATAKAN GAJI MINIMUM.
Proses meningkatkan gaji minimum beransur-ansur dtelah dimulakan sejak ph perintah namun tidak sempat ke paras yang tepat dek kerana langkah sheraton berlaku. Gaji minimum ni adalah satu janji yang makan masa 1 penggal, bukan hanya 100 hari boleh putuskan dan akan disemak setiap 2 tahun.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/03/821951/gaji-minimum-kuat-kuasa-sebulan-dua-lagi

MENANGGUHKAN BAYARAN PTPTN.
Bab PTPTN ni sapa yang janji sapa yang tipu kita pun tak pasti. Ditulis di sini tangguhkan bayaran individu bawah 4k dan hapus dasar senarai hitam takkan tak reti baca. Takdak sapa janji nak hapus melainkan PAS yang janji sendiri waktu kempen PRU.
https://www.sinarharian.com.my/article/63455/berita/nasional/tiga-daripada-empat-janji-ph-berkaitan-ptptn-telah-dilaksana-wan-saiful

MENYIASAT SKANDAL.
Kejayaan terbesar PH adalah bawa isu skandal rasuah FELDA, 1MDB juga TABUNG HAJI ke muka pengadilan. Alhamdulillah, kes SRC berjaya sehingga dah masuk penjara pun pesalah. Kepimpinan FELDA dan TABUNG HAJI juga telah dirombak pasca PRU15. Takkan PAS tak nampak hanya sebab dok jaja perpaduan ummah kawan buat salah pun kita nak pejam mata. Mulut penuh sagon nak cakap pun takut. Jika mereka yang bertanggungjawab terhadap kes ini melepaskan diri daripada pertuduhan mahkamah, maka kita akan buat RCI ketika itu.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/462784/dewan-rakyat-lulus-usul-siasat-semula-1mdb

MENGEMBALIKAN STATUS SABAH DAN SARAWAK.
Dulu PH dah cuba bentang namun pembangkang BN dan PAS ada pendapat tersendiri maka tak lepas. Di zaman Ismail Sabri tahun lepas berjaya dah, jadi kena faham usaha dimulakan PH tapi digagalkan sewaktu itu.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kembali-status-sabah-sarawak-langkah-hormati-ma63-pakar-326389

SKIM PEDULI SIHAT
Harini depa letak nama PEKA B40, ok la itu tanda usaha PH 22 bulan bagi kesan dan kita mendekati rakyat di bawah dengan cukup berkesan. Orang tak nampak dan taktau sapa yang mulakan. Harini dah ada dapat bantu ringankan rakyat yang serba kekurangan.
https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/03/07/skim-peduli-kesihatan-untuk-kumpulan-b40-peka-b40/

SEMAK SEMULA KELULUSAN PROJEK MEGA
PH 22 bulan dah berupaya kaji semula projek mega yang tak sesuai dengan keadaan semasa kantung kewangan negara ketika itu malah ada beberapa projek yang dibuat tergesa-gesa sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 kita hentikan atau tangguh. Hutang yang tak patut akibat 1MDB juga memberi kesan kepada pelaburan untuk melaksana projek mega antaranya HSR dan ECRL.
https://www.sinarharian.com.my/article/90946/berita/nasional/jajaran-ecrl-diubah-jimat-rm215-bilion-anthony

Sekian. Salam ukhuwah Ustaz Yusni Mat Piah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...