Sunday, October 23, 2022

KEGAGALAN 31 BULAN PN BN MENTADBIR MALAYSIA


Sejak 1 Mac 2020, PN BN ternyata gagal mentadbir Malaysia ke arah pelbagai aspek kemajuan untuk kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyatnya.

Diantara kegagalan PN BN yg utama :

> Lebih 30,000 perniagaan ditutup sejak Mac 2020. Dari jumlah itu, 9,000 adalah perusahaan kecil hingga sederhana (IKS).

> Kadar hutang negara RM1.3 trilion kian meningkat berbanding KDNK.

> Petronas, selepas cukai, mencatatkan kerugian bersih RM21 bilion, menjunam 78% untuk tahun kewangan Syarikat Petroleum negara 2020, berbanding keuntungan bersih RM40.5 bilion pada tahun 2019, era PH


> Industri pelancongan hampir lumpuh. Turut terjejas teruk, perniagaan yang berkaitan dengan industri tersebut. Bantuan yang diberi terlalu sedikit untuk menampung kerugian besar yang dialami pihak-pihak terbabit.


> Rekod terburuk tercatat berkaitan pelaburan asing yang berada di Malaysia. RM25 bilion dana asing meninggalkan pasaran ekuiti negara pada 2020.


>> Penutupan pelbagai kilang multi-national gergasi dan syarikat-syarikat besar lain memindahkan operasi perniagaan mereka ke negara lain atau pelaburan (FDI) yang baru tiada keyakinan melabur di Malaysia.


Diantaranya :


* Kilang Samsung, Apple ke Vietnam


* Pusat Data Amazon ke Indonesia.


 * GRAB ke Singapura     

 

* Ibupejabat untuk Asia: Alibaba, Bytedance & Tencent ke Singapura. 


* Kilang Hyundai ke Indonesia.


* Kilang bateri China untuk kereta elektrik, pada asalnya ingin melabur di Malaysia tapi ke Indonesia.


* GOOGLE ke Indonesia


* Sony Corp, tutup tahun Ini, setelah beroperasi selama 36 tahun.


* Silverstone Malaysia milik Toyo Tires dibuka pada awal tahun 80'an di Kamunting Taiping Perak akan ditutup.


* Panasonic ke Indonesia

Syarikat Panasonic yang ditutup adalah pembekal komponen Solar kepada syarikat terbesar dunia, Tesla yang melabur di Indonesia. TESLA juga akan membina SpaceX Launchpad. 


* Canon, syarikat berpengkalan di Malaysia memindahkan operasi mereka ke Vietnam dan Thailand


> Indeks Persepsi Rasuah Dunia (CPI) Transparency International (TI) tahun 2020 jatuh teruk ke kedudukan 57 berbanding dikedudukan 51 pada tahun 2019 era PH. 


> Rating penarafan kedudukan kewangan Malaysia AAA- era PH telah jatuh ke BBB+.


> Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) melaporkan aliran masuk FDI Malaysia merosot 68% ke USD2.5 bilion pada 2020, jatuh teruk berbanding negara lain di ASEAN. 


Singapura (USD58 bilion, jatuh 37%), Indonesia (USD18 bilion, jatuh 24%), Vietnam (USD14 bilion, jatuh 10%), Thailand (USD11.4 bilion, jatuh 50%), dan Filipina (USD6.4 bilion, naik 29%). 


FDI 2019 era PH, melonjak ke RM82.4 bilion, iaitu paling tinggi dalam sejarah


> Kadar pengangguran meningkat kepada 4.8 peratus atau 772.900 orang, sehingga Disember 2020 dan telah mencecah 1 juta lebih pengganggur pada Disember 2021.


> Tiada perancangan pembangunan baru untuk pelbagai sektor perkhidmatan, perindustrian, pertanian, pelancongan, dsb untuk menjana pekerjaan baru, terutama yang sesuai dengan kelayakan mahasiswa/siswi yang telah tamat pengajian serta untuk penggangur sedia ada dan yang diberhentikan kerja akibat wabak Covid 19. 


> Bantuan kewangan untuk golongan B40 & M40 yang diberhentikan kerja tidak mencukupi, mereka terpaksa guna duit sendiri, duit hari tua KWSP untuk kelangsungan hidup. Ini menunjukkan keadaan kewangan negara agak tenat & lemah.


> Barisan kabinet yang terlalu ramai untuk penduduk berjumlah 33 juta, mengatasi barisan kabinet Amerika Syarikat, penduduk berjumlah 331 juta. 


Para menteri PN BN, majoritinya tidak berfungsi, tugasan lebih kepada mewakili PM daripada mewakili rakyat. Banyak jawatan yang bertindih pembaziran wang rakyat.


> Polisi pendidikan yang 'flip flop', membuat keputusan diminit terakhir, mengakibatkan kesusahan dan kerugian wang pelbagai pihak.


> Harga barangan makanan dan keperluan asas lain terus meningkat menyebabkan kos hidup yang tinggi terutama dikawasan separa bandar dan bandar.


> Persidangan Parlimen/DUN digantung dengan menggunakan Ordinan Darurat untuk ketepikan semak & imbang sekali gus melenyapkan suara rakyat.


Hanya Janji Tetapi Gagal Dilaksanakan


 * Pemberian komputer riba kepada sekitar 150,000 siswa seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan 2020 sehingga ramai dari golongan B40 terpaksa meminta pertolongan dari pihak lain, terutama dari wakil-wakil rakyat PH, membantu mereka mendapatkan komputer riba atau tab untuk anak-anak mereka. 


* Peruntukan RM100 juta dari kerajan untuk pembiayaan Skim BSN MyRinggit-i COMSIS iaitu skim pinjaman komputer riba bagi pelajar IPT yang mendapat pinjaman PTPTN


* Program E-Belia yang menyediakan manfaat sehingga RM100 kepada mahasiswa IPTA dan IPTS yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2021 di Parlimen.


* Bantuan internet percuma untuk para pelajar IPT B40


PN BN tidak kompeten, tiada kebijaksanaan, tiada wawasan yang dinamik dan idea baru serta tidak berkebolehan dan tiada keupayaan mentadbir negara.


Jelas terbukti kini, PN BN tidak mempunyai agenda/polisi positif yang mantap untuk kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh, hanya terlalu sibuk berpolitik menjaga kepentingan kuasa & jawatan mereka. .


Rakyat marhaen berterusan menghadapi kepayahan dalam semua aspek kehidupan. 


Tiada pencapaian kejayaan yang boleh dibanggakan.


Ekonomi dan nilai wang RM menjunam teruk.


Cahaya Qalbu

22/10/22


Sumber Asal : 

Jabatan Perangkaan Malaysia, Belanjawan 2021, Asian Economic & Financial Review, Bloomberg, Fitch Ratings, UNCTAD, Transparency International & IMF

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...