Sunday, October 16, 2022

SIAPA SEBENARNYA TERLIBAT DALAM KECURIAN REE DI BUKIT ENGGANG ?


 15 Okt 2022 | Sabtu

SIAPA SEBENARNYA TERLIBAT DALAM KECURIAN REE DI BUKIT ENGGANG ?

Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Okt 2022 telah mendedahkan isu kecurian unsur nadir bumi (REE) di Bukit Enggang. Pendedahan ini hanya dibuat setelah berlaku kemalangan lori yang membawa REE keluar dari Bukit Enggang dengan sebuah kereta sebaik sahaja keluar dari jalan masuk ke Bukit Enggang.

Driver lori tersebut di siasat dan telah di kenakan kompaun sebanyak rm 130,000.00 oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah kerana menceroboh dan melakukan aktiviti yang dilarang dalam kawasan hutan simpan.

Sementara itu masih tidak ada apa-apa tindakan diambil di bawah bidang kuasa Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) berkaitan dengan perlombongan haram dan kecurian unsur nadir bumi ini .

Semua kejadian itu mengundang pelbagai persoalan tentang siapa yang sebenarnya terlibat dalam kecurian ini.

Beberapa lapuran polis dan lapuran kepada SPRM sudah di buat, namun mereka masih dalam penyiasatan agaknya.

Syarikat yang di beri lesen untuk melakukan explorasi REE ini ialah Prospek Suria ( Kedah) Sdn Bhd yang mempunyai 5 orang pengarah. Prospek Suria Sdn Bhd dan rakan-rakan memegang sebanyak 85% pegangan saham manakala selebihnya oleh MBI.

YAB Dato Dato Seri MB dalam sidang medianya pada 7 Oktober 2022 telah menafikan penglibatan Prospek Suria Sdn Bhd dalam sindiket kecurian ini. Beliau seterusnya menafikan juga perlombongan haram itu berlaku dalam tanah milik MBI.

Rakyat Sik berada dalam keadaan bimbang dan takut kerana kemungkinan terdedah kepada bahan radioaktif yang masuk kelembangan Bukit Enggang dan seterusnya kealiran Sungai Muda dan sebahagiannya dicuci di Tasik Beris.

Ada benda yang tidak kena dalam isu ini dan ia perlu di selesaikan segera. Menteri Besar perlu tampil untuk menangani isu ini atau rakyat akan menghukum beliau dalam PRU dalam masa terdekat.

Yb Dr Ismail bin Salleh
ADUN Pengkalan Kundor.

15 Okt 2022

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...