Monday, October 31, 2022

Tindakan AMANAH mengecewakan...:!


 TINDAKAN AMANAH SGT MENGECEWAKAN…

Di saat anak muda secara majoriti memilih PKR dan Muda utk mengundi… Amanah pula buat hal. Maaf menegur, saya lebih memihak Pengerusi Amanah Kedah, Pahrolrazi kwsn Melayu luar bandar sukar terima DAP walau 100 thn lagi. 

Pahrolrazi sgt realistik dlm soal ini. Jangan beri peluru kpd musuh yg akn memainkan isu kononnya Amanah ini tunggangan DAP. Mengapa beliau dipecat?

Skg baru saya percaya tindakan Yb Fakhrulrazi Meru berhijrah dulu tepat. Anak muda ini sepatutnya menjadi pimpinan utama pelapis Amanah. Mana tidaknya Husam Musa, Nik Omar dan Tarmizi Mohd Jam juga bertanding atas parti komponen. 

Sdgkan keempat empat mereka ini adalah nama2 besar atau aset parti yg patut dijaga oleh Amanah. Kenapa dibiarkan begitu sahaja. 

Maaf bukan ingin masuk campur hal parti rakan tetapi saya sgt kecewa kerana ia mampu menggugat momentum PH yg mula mendapat sambutan rakyat. Percayalah pihak lawan akn mainkan isu ini dlm kempen2 mereka. 

Saya bicara ini atas kapasiti peribadi sebagai penulis. Terpulang kpd anda utk bersetuju atau tidak. Saya tidak mahu jika tewas dikatakan baru sibuk menulis mahu mencari salah. 

Masih ada masa Amanah dan DAP berbincang kembali demi utk mengelakkan hilang keyakinan org Melayu Kedah khasnya.

NORMAN RADZUAN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...