Monday, November 21, 2022

POLITIK MELAYU DALAM ZAMAN POLITIK MALAYSIA SEKARANG!


 POLITIK MELAYU

1. Otak marhein saya selalu rasakan, orang Melayu ada 3 jenis:

i. Melayu perasan Mat Salleh atau Brown English
- ni set2 urban atau highly educated, terdedah kepada dunia barat

ii. Melayu perasan Pak Arab 
- ni set2 nakkan Malaysia jadi negara Islam sepenuhnya, cara hidupnya lebih kepada menjadi orang Arab kerana banyak terdedah kepada dunia di sana. [NB- kena juga ingat tak semestinya budaya Arab itu= budaya Islam]. 

iii. Melayu tengah2 
- ni set paling ramai. Dia tengok 2 set di atas dia pun nyampah. Dia punya jati diri sendiri, takyah ikut sapa2 pun yang lain. Dia hendak jadi Melayu biasa saja. Bukan Arab atau Mat Saleh. 

2. Jadi kalau berbicara mengenai politik Melayu, ini target market mereka. Suatu ketika dulu, UMNO parti Melayu yang kuat. Dia boleh kuasai set 1 Melayu Urban dan set 3- Melayu Tengah2. Set 2- kebanyakan akan condong ke PAS. 

3. Namun selepas 65 tahun merdeka, cengkaman UMNO kepada Melayu urban makin lemah. Set2 ni baca akhbar luar negara dan The Edge juga. Bila tahu ada rasuah dan salahguna kuasa, mereka tarik undi mereka. Hence, PKR yang mendapat benefit nya. PKR ganti UMNO, menarik perhatian set 1 tadi. 

4. Makanya, sejak PRU11 lagi, sejak Pak Lah umum konsep Islam Hadhari, set 1 mula larikan diri dari UMNO, mereka ada sandaran baru iaitu PKR. PKR ni makin lama makin kuat. Naratif mereka difahami oleh Melayu urban: Intergrity dan governance. 

5. Lantas, demografik UMNO majoritinya tinggal dalam set ke 3, Melayu Tengah2. Terutamanya Melayu pinggir dan luar bandar. Set 2 Melayu Arab pun makin menyampah dengan UMNO. Mereka dokong PAS selalu. Takkan berubah kiblat itu. 

6. Namun, bila timbul parti BERSATU, ini saingan terbesar UMNO ke atas politik Melayu. Mereka aim target market yang sama. Iaitu set ke 3. Disebabkan isu 1MDB dalam UMNO, set 3 beralih ke BERSATU. Sama juga PRU15, kerusi2 dominasi UMNO dulu, BERSATU dah telan. Maka UMNO kerugian. 

7. Sekarang, UMNO di persimpangan. Bergabung dengan BERSATU nak tubuh Kerajaan? Adakah ini akan menguatkan UMNO atau melemahkan? 

8. UMNO paling kuat prestasinya ketika Barisan, kawannya MCA dan MIC. Kenapa? Kerana demographic mereka tak sama. They are after different type of voters. Melayu, Cina dan India. 

9. Sekarang, UMNO nak bergabung dengan PAS dan BERSATU. Pada saya, pergolakan politik akan sama seperti hari tu. Mereka takkan boleh duduk sama on many issues. Akan terus bertikaman, maka dari mana datang kestabilan?

10. Sama saja dalam perniagaan. Syarikat yang punya target market sama, susah nak join sekali. Coca-cola dan Pepsi. KFC dan McD. Target marketnya sama. Kalau bergabung, satu akan lebih kuat, dan satu akan tenggelam dalamnya. Akan terhapus jua. 

11. Merger yang berlaku dalam perniagaan, akan tenggelamkan satu syarikat. Susah nak jumpa dua2 sama kuat. Makanya konteks merger UMNO dan BERSATU, pada saya UMNO kena lihat perkara itu. BERSATU pun sama. Kerana mereka cancel each other out. 

12. Tapi tanpa mereka sedar, true winner dalam senyap ialah PAS. Ketika set Melayu tengah2 nampak UMNO dan BERSATU bergaduh, mereka cari safe haven. Alternatif yang ada hanya PAS di situ. Makanya, bilamana UMNO dan PPBM makin lemah, PAS yang main kuat. UMNO dan BERSATU dapat 26 kerusi dan 21 kerusi, PAS dapat 49. 
 
13. Makanya polemik politik Melayu ini akan berterusan. Pada saya, selagi UMNO dan BERSATU cancel each other out, PAS akan makin kuat. 

14. Then you ask yourselves, adakah kita nak Malaysia yang majmuk ini bertukar jadi negara Arab? 

Salam hormat,
Liyana Marzuki

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...