Sunday, November 20, 2022

SEMOGA ADA PIMPINAN PAS DIANGKAT MEMEGANG JAWATAN TPM..


 
Dalam koalisi yang bakal terbentuk antara PN, BN, GPS dan GRS nanti, PAS merupakan single parti yang memenangi paling banyak kerusi.

Jadi PAS adalah parti paling dominan. Memanglah tak patut PAS minta jawatan PM kerana dah janji yang Mahiaddin yang akan dipilih.

Tapi paling tidak TPM mesti dari PAS. Mungkin kita bakal melihat Hadi jadi TPM Malaysia? Atau Tuan Ibrahim kalau Hadi menolak?

Ini sejarah baru. Bila PAS jadi TPM, aku percaya lebih mudah untuk PAS jalankan agenda Islam. Aku senaraikan perkara-perkara yang aku expect PAS akan buat di bawah ini.

1. Laksanakan Hudud dan RUU355.
2. Haramkan DAP.
3. Tutup casino Genting.
4. Tutup semua kilang arak.
5. Haramkan judi 100%.
6. Wajibkan semua pramugari muslim tutup aurat.
7. Hapuskan sekolah vernakular.
8. Haramkan Dong Zhong.
9. Pembinaan hospital patuh syariah.

Aku juga harap PAS dapat tunaikan beberapa janji PAS yang dikatakan untuk kesejahteraan hidup rakyat seperti:

1. Hapuskan hutang PTPTN.
2. Skim pinjaman kereta tanpa faedah.

Walaupun bukan PM, tapi dengan kerusi paling banyak, aku yakin ini dapat dilaksanakan. Apa lagi kalau TPM adalah pemimpin PAS sendiri. Barulah Islam cemerlang cara PAS di Malaysia. Guane boh?

 
Raja Gelap

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...