Monday, December 5, 2022

PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN: FAKTA ATAU AUTA?


 PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN: FAKTA ATAU AUTA?


Ada pertuduhan kononnya kerajaan baru ini akan melaksanakan pilihanraya kerajaan tempatan agar bandar-bandar dikuasai oleh kaum tertentu sahaja. 

Untuk pengetahuan semua, sekiranya pilihanraya kerajaan tempatan ini hendak dilaksanakan, Parlimen hendaklah terlebih dahulu meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

Ini kerana dalam akta ini, pemilihan ahli majlis akan dilakukan oleh kerajaan negeri dan bukannya melalui sebarang bentuk pilihanraya.

Pindaan ini memerlukan majoriti mudah. DAP atau PH tidak mampu untuk meminda akta tersebut sendirian memandangkan mereka hanya mempunyai 82 kerusi parlimen sahaja.

UMNO - BN daripada awal sudah berpendirian tidak akan melaksanakan pilihanraya kerajaan tempatan. Tanpa sokongan daripada UMNO - BN, pindaan tersebut tidak akan dapat dilaksanakan

Jesteru itu, tidak perlu memainkan isu perkauman keterlaluan. UMNO akan sentiasa kekal berpendirian mempertahankan perlembagaan termasuk kedudukan Raja-Raja Melayu, hak istimewa Bumiputera dan kedudukan Islam. Ini adalah perkara yang tidak pernah kami kompromi apabila bekerjasama membentuk kerajaan dengan PH. 

Satu perkara yang cuba ditutup oleh sesetengah pihak adalah kemampuan UMNO untuk kekal mempertahankan kedudukan Melayu Islam ketika bekerjasama dengan DAP. Berbeza dengan pengalaman Pas dan PPBM ketika berada dalam kerjasama dengan parti berkenaan.

Sebagai contohnya ketika Pas bersama dengan DAP memerintah Perak tahun 2008, DAP mendapat 7 jawatan Exco dan jawatan Speaker. 

Sedangkan ketika bekerjasama dengan UMNO pada tahun ini, DAP bersetuju memegang 4 jawatan Exco sahaja. Walhal jumlah Adun DAP Perak pada tahun 2008 dan tahun ini adalah sama sahaja iaitu 18 orang.

Begitu juga ketika PPBM bergabung dengan DAP membentuk kerajaan PH pada 2018. DAP memperoleh 6 jawatan menteri penuh termasuk Menteri Kewangan.

Tetapi apabila UMNO bekerjasama dengan DAP tahun ini selepas dititah Tuanku YDPA untuk menubuhkan kerajaan perpaduan, DAP telah berkompromi untuk memegang 4 menteri penuh sahaja. Sedangkan UMNO mendapat 6 menteri penuh termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri

Ini menunjukkan kemampuan UMNO untuk memastikan kerajaan hari ini kekal berteraskan Melayu Islam sepertimana citra bangsa Malaysia. Serta kompromi generasi pimpinan baru DAP yang lebih memahami fabrik sosial negara berbanding generasi sebelumnya

Apapun berikan peluang kepada kerajaan hari ini memerintah. Tidak perlu terganggu dan kecewa gagal menjadi kerajaan. Jadilah pembangkang bermaruah sepertimana yang diikrarkan. Bukannya mencari populariti dengan menjual naratif ketakutan.

#KestabilanDanKemakmuran
#KerajaanPerpaduanMalaysia
#FokusKerjaUntukRakyat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...