Thursday, December 8, 2022

Tiba tiba muncul fitnah Anwar terima duit judi RM60Juta.. siapa punya angkara nie..?


 Kecoh pasal DS Anwar terima wang RM60j dari syarikat judi. Cerita ini keluar ketika kempen PRK Permatang Pauh tahun 2008 oleh Nallakarupan.

DS Anwar telah saman Nallakaruppan pada 2016. Beliau mewakili diri sendiri kerana ketika itu beliau di penjara dan akses peguam begitu terhad.

Sewaktu dalam mahkamah, Nallakaruppan telah menafikan yang dia ada membuat kenyataan itu. Sebaliknya kenyataan telah diputar belit oleh akhbar Mingguan Malaysia dan Sinar Harian.

Secara dasarnya, kes ini telah tamat. Yang mulakan cerita pun sudah mengaku yang kenyataan itu bukan darinya. Tapi kenapa keluar semula?

Kerana ada pihak yang terdesak. Bila tak mampu buktikan diri sendiri bersih, maka dia cuba tunjuk orang lain lebih kotor. Begitulah jijiknya permainan politik mereka. Guane boh?

 
Raja Gelap 
.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...