Wednesday, May 10, 2023

KISAH SEDIH SIASATAN DIRAJA MATA LEBAM ANWAR


 KISAH SEDIH SIASATAN DIRAJA MATA LEBAM ANWAR 

Photo yang wajib diletakkan dlm Sejarah Negara
ANWAR BERTANYA ADAKAH ANAK2NYA SUDAH PULANG

Kata Lokman Adam, beliau mengalirkan air mata ketika melihat scene akhir filem Anwar Untold Story iaitu wajah mata lebam Anwar Ibrahim yg mencentus kebangkitan gelombang reformasi.

Hanya 10 saat sahaja masa yg ada utk Anwar mengalihkan wajahnya utk tatapan jurugambar media dari jarak jauh telah mendatangkan hasil. Gambar itu benar2 mencetuskan fenomena yg luar biasa.

Stiker wajah mata lebam itu saya lekatkan di cermin kereta. Malah logo Parti Keadilan Rakyat adalah simbolik daripada mata lebam Ds Anwar Ibrahim.


——————————————————————————-

Mata lebam itu melahirkan simpati tetapi jika rakyat tahu apa yg berlaku kpd Anwar ketika itu, ia jauh membuat kalian merasa sedih, marah dan terbayang bagaimana Perdana Menteri Anwar Ibrahim boleh melalui detik2 cemas itu.

Dibawah saya muatkan serba sedikit skrip Siasatan DiRaja ketika kejadian itu berlaku yg akhirnya membawa bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor m dipenjarakan selama 2 bulan dan didenda RM 2 ribu.

Dlm skrip Siasatan DiRaja yg membuat saya benar2 rasa sayu apabila Ketua Polis Daerah Brickfield ketika itu, Koh Hong San memberitahu, Anwar bertanya kepadanya dua soalan iaitu ''Adakah nombor kad pengenalan saya betul?'' dan ''Sudahkah anak anak saya balik?''.

Lalu saya terfikir adakah ketika pertukaran van dan matanya terus diikat Anwar tidak mengetahui apa yg berlaku kpd anak2nya yg turut mengiringinya ketika dibawa rombongan polis? Jika benar ia sgt menyedihkan.

Dlm siasatan tersebut ada disebut, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Yaacob Mohd. Amin menjerit dengan agak tinggi, “Layan dia macam penjenayah biasa, kenapa tak gari dia?'' 

Kata Anwar, beliau telah dibawa dengan tangan bergari dan mata tertutup menuju ke bilik dan telah ditelanjangkan sebelum diberi baju T dan seluar pendek berwarna biru.

Katanya, beliau pada mulanya membantah diperlakukan begitu tetapi anggota polis yang ada bersamanya memberitahu mereka diarah berbuat demikian.

Tambah beliau, bilik kurungan itu tidak mempunyai aliran udara, tidak dimasuki cahaya matahari kecuali lampu yang terpasang 24 jam dan tidak sesuai ''walaupun bagi orang yang sihat''.

Pengerusi panel siasatan, Anuar kemudian bertanya, “Adakah ini menjadikan kecederaan kamu bertambah buruk?''

Anwar menjawab, keadaannya menjadi bertambah buruk kerana dengan matanya tertutup dan tangan yang digari, beliau terpaksa menaiki tangga empat tingkat untuk ke bilik siasatan itu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mendengar bunyi orang berdehem sebelum lebih daripada seorang pegawai polis masuk ke dalam bilik lokapnya dan memukul beliau sehingga mengakibatkan kecederaan di tujuh bahagian badannya.

Katanya, beliau sedang duduk di atas pangkin dalam bilik lokapnya dengan mata diikat dan tangan bergari ketika mendengar bunyi tapak kasut serta bunyi orang sedang memberi tabik hormat.

Anwar berkata, beliau menganggap orang yang berada di luar bilik lokap itu adalah pegawai atasan polis berdasarkan bunyi orang sedang memberi tabik hormat.

Beliau kemudian terdengar bunyi tapak kasut seseorang masuk ke dalam bilik lokapnya diikuti dengan satu lagi bunyi tapak kasut. Anwar memberitahu, beliau kemudian bangun kerana yakin ada orang masuk ke dalam bilik lokapnya.

Katanya, dalam masa beberapa saat sahaja beliau merasa tumbukan yang kuat di bahagian atas mata kirinya dan di bahagian kiri dahinya.

''Saya tumbang ke belakang dan seseorang telah menyambar bahagian atas tangan saya bagi menarik saya bangun menyebabkan saya berdiri semula.

''Kemudian saya merasa satu pukulan kuat di sebelah kanan kepala saya, kemudian sebelah kiri dan pukulan ala karate di bahagian kiri tengkuk,'' katanya sambil menunjukkan setiap bahagian yang berkenaan.

Anwar berkata, beliau juga merasa satu pukulan di bahagian atas tangan kanannya dan satu tamparan di bahagian kiri muka iaitu berhampiran telinga sehingga ke bahagian berdekatan dengan mulut.

Katanya, pukulan itu berhenti secara tiba-tiba dan beliau terdengar bunyi 'aahh' seolah-olah ada orang sedang ditolak atau ditarik oleh seorang lain.

Menurut Anwar, semasa jatuh selepas ditumbuk beliau mengaduh dengan berkata 'Adoi', 'Allah' dan 'Jangan pukul saya'.

Katanya, selepas dipukul bertubi-tubi beliau jatuh dan merasa begitu lemah tetapi beliau masih berada dalam keadaan sedar.

Beliau berkata, beliau ditinggalkan seorang diri dan kemudian tiga orang anggota polis, dua daripadanya beruniform manakala seorang lagi berpakaian preman masuk ke bilik lokap itu dan membuka ikatan mata serta gari di tangannya.

Kata Anwar, salah seorang anggota polis beruniform mengelap darah yang keluar dari hidungnya dan di atas bibir dengan menggunakan sapu tangan yang sebelum itu digunakan sebagai pengikat matanya.

Peristiwa sebenar yg berlaku jauh lebih menyedihkan dari apa yg difilemkan. Tidak dpt dibayangkan bagaimana DS Anwar boleh bertahan malah apabila keluar dari penjara dia terus bangkit memperjuangkan nasib rakyat.

Tugas kita sebagai rakyat selepas berjaya mengangkat DS Anwar sebagai Perdana Menteri adalah berjuang bersamanya melawan rasuah. Ingat musuh kita bukan lagi komunis tetapi perasuah. 

Cina komunis adalah mitos bagi menghalalkan kebobrokan pemimpin yg korup. True story harta kita berpuluh billion telah dirompak oleh pemimpin2 yg korup.

NR

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...