Saturday, May 20, 2023

SANUSI MOHON MAAF: HARAP BELIAU INSAF DAN TAK KOYAK LAGI


 Kenyataan Media

SANUSI MOHON MAAF:HARAP BELIAU INSAF DAN TAK KOYAK LAGI

Hari ini saya dihubungi pihak media memaklumkan Sanusi sudah meminta maaf kepada saya di FB beliau.

Saya sudah tengok permohonan maaf beliau.

Alhamdulillah, apa yang saya boleh katakan ialah nampaknya Sanusi akur dengan hakikat bahawa beliau telah memfitnah saya. Semoga beliau insaf.

Mana kan tidak, jika Sanusi merasakan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan itu tidak betul, sudah pasti beliau akan merayu ke Mahkamah Persekutuan.

Tetapi memandangkan Sanusi tidak teruskan dengan rayuan ke peringkat Mahkamah Persekutuan, nampaknya Sanusi akur dan bersetuju dengan apa yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan bahawa Sanusi telah memfitnah saya, dan Sanusi akhirnya akur bahawa saya hakikatnya tidak ada langsung sebarang kaitan dengan pemindahan premis pusat judi Sports Toto seperti yang difitnahnya itu.

keputusan mahkamah yang mendapati Sanusi bersalah memfitnah saya membuktikan tidak pudar sentiviti saya terhadap isu isu seperti yang didakwa oleh sanusi dalam fitnahnya terhadap saya. Alhamdulillah.

Semoga keinsafan Sanusi ini berkekalan dan tidak lagi koyak. 


SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN


#MalaysiaMadani

#KalehBagiSama


Dato' Wira Mahfuz Omar

Naib Presiden Amanah

Pengerusi PH Kedah.

19 mei 2023

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...