Friday, June 23, 2023

MAHKAMAH tolak tuntutan PAS batal saman MUJAHID.. siap kena bayar kos RM3000 lagi..!


 Permohonan PAS Untuk Batal Saman Mujahid Ditolak. Mahkamah Perintah PAS Bayar Kos RM3000 Kepada Mujahid. 

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini, 21 Jun, 2023 telah menolak Notis Permohonan yang difailkan PAS bagi membatalkan Saman fitnah Naib Presiden Amanah, Dato Seri Dr Mujahid Yusof. 

Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Ahmad Shahrir bin Mohd Salleh, selanjutnya memerintahkan PAS membayar kos kepada Mujahid RM3,000.00. 

Peguam Mujahid, Noorazmir bin Zakaria dari Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir ketika dihubungi mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ini dan berkata kes ini akan diteruskan dengan Perbicaraan Penuh pada tahun 2025. 

Terdahulu, Mujahid pada 15 Disember, 2022 telah memfailkan Saman fitnah terhadap PAS berikutan satu artikel yang diterbitkan di Facebook Parti Islam Se-Malaysia Pas (Pusat) bertajuk “Mantan Menteri Agama PH sokong Eljibiti?” bertarikh 16 Oktober, 2022. 

Mujahid di dalam Pernyataan Tuntutannya mendakwa artikel tersebut adalah bersifat fitnah dan mengaibkan beliau. 

Mujahid turut mendakwa PAS dengan melampau menggunakan/mengaitkan isu LGBT ini dengan beliau, termasuk terhadap Pakatan Harapan/pemimpin Pakatan Harapan di dalam kempen-kempen pilihanraya mereka sama ada di bawah nama PAS ataupun gabungan politik PAS iaitu Perikatan Nasional ketika Pilihanraya Umum ke-15 melalui pemimpin-pemimpin mereka di mana pemimpin-pemimpin PAS turut menyebarkan kenyataan- kenyataan fitnah tersebut.

22 JUN 2023

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...