Wednesday, July 5, 2023

PANAS DALAM WACANA SINAR.. LOKMAN VS CHEGUBARD..

 


1. Semalam aku tengok wacana Sinar Harian. Lokman Adam + Arafat = Kerajaan Perpaduan. Chegu Bard (CB selepas ini) dan Tun Faisal (TF selepas ini) mewakili PN.

2. Lokman beremosi dan aku lihat ia jelas terpapar.

3. Moderator gagal kawal tetamu sebab tiada setting.

4. Sepatutnya setiap tetamu diberikan masa, dan soalan. 

5. Awal-awal lagi dia dah bagi green light boleh mencelah. Malah had masa juga tiada.

6. Lepas tu masa tanya soalan pertama, dia buka kepada sesiapa sahaja yang nak jawab dulu. Krik krik krik semuanya sehinggalah Lokman buka mulut.

7. 3 dari 4 orang yang kau jemput tu kaki bercakap depan kamera buat live, buat post tau.

8. Dorang biasa bercakap non stop, tiada format dan sesuka hati.

9. Dan kau sebagai moderator memberikan pula ruang untuk mereka jadi sebegitu di depan program kau.

10. Lokman banyak kali disekat moderator dari bercakap. Bila dapat bercakap habis dia sembur semuanya. Dia taknak berhenti. Dan ia memang salah MODERATOR yang tak buat persediaan teliti.

11. Masa satu jam, jemput 4 panel, tak ada format, lalu bagaimana nak mengawal?

12. Cuba belajar faham. Kenapa dalam dunia ini, kenapa dalam negara ini kenapa dalam hidup kita perlu ada peraturan?

13. Kerana peraturan la yang akan memandu akal dan tindakan kita.

14. Sama juga dalam program semalam. Tanpa peraturan ia begitu bercelaru dan paling teruk panel PN beberapa kali melemparkan FITNAH.

15. Moderator hanya menjawab isu minyak itupun sebab Lokman buka mulut, masa TF fitnah terang-terangan dia diam je.

16. Seolah-olah macam MODERATOR + TF + CB = satu kem vs Lokman. Moderator tidak denfensif terhadap Arafat. Sebaliknya moderator sangat alert kepada apa sahaja yang Lokman suarakan. Moderator juga sangat lemah dalam mengawal suasana perdebatan dan sorakan penonton.

17. CB bawa aksesori. Dia bukan bawa badan ja. Dia bawa sekali speaker. Dan speaker itu akan wahhhhhhh bila CB berhujah walaupun entah apa-apa dia merepek.

18. Ada satu ketika dia slumber je kata nak gunakan PRN untuk tukar Anwar. What?

19. PRN pilih ADUN. PRU15 dah berakhir. Kita ada AKTA LOMPAT PARTI. Dan kau tak boleh MOVE ON selepas beberapa bulan berlalu dan masih nak mencari jalan untuk TEBUK ATAP?

20. TF kata AKTA LOMPAT PARTI TAK BINDING. Kalau macam tu, kau suruhlah semua MP yang katanya sokong PN, keluar dari parti. Tak binding kan?

21. TF dan CB bermain sentimen pasal ringgit dan harga barang tetapi dalam masa yang sama otak dorang asyik membayangkan kerajaan ini tidak sah. Kau nak suruh fikir pasal harga barang tetapi kau lebih banyak bercakap siapa patut jadi kerajaan dalam negara ini. Patutnya kau kritiklah kat mana yang mahal, desaklah kerajaan kena buat sesuatu dengan ringgit, konstruktif la juga. Ini kau menunjukkan betapa sakitnya hati korang sebab hilang jawatan.

22. Part paling teruk bila Lokman tanya berulangkali siapa nafikan hak PN jadi kerajaan, CB taknak jawab. Dia pusing sana sini.

23. PN tidak pernah dinafikan hak jadi kerajaan. Allah beri peluang. 

24. PRU15, rakyat pilih PAKATAN HARAPAN DAN PERIKATAN NASIONAL.

25. YDPA KITA, AGONG KITA PILIH PH DAN PN BERGABUNG.

26. Yang menafikan PN sebagai kerajaan ialah PERIKATAN NASIONAL itu sendiri.

27. Kau benci orang sampai kau hilang pertimbangan akal. Kau tak mahu walau seinci pun beralah dan berjiwa besar untuk bersama-sama PH membentuk kerajaan.

28. Masa kempen bukan PH je kau tolak, kau tolak juga BN dan Zahid.

29. Kempen dah habis, keputusan dah keluar, kau patut boleh berlapang dada terima realiti yang berlaku di hadapan kau. Pada masa ini apa yang kau perlukan ialah PENYELESAIAN. JALAN KELUAR KEPADA KEMELUT YANG BERLAKU.

30. Kau tak boleh ubah apa yang dah berlalu tapi kau boleh ambil bahagian untuk mencorak masa hadapan kau. Dan inilah yang kau corakkan. Mengutamakan perasaan diri sendiri, melebihi dari kepentingan negara. Jika perasaan menjadi pilihan, setiap parti pun ada luka masing-masing. Pengalaman pahit dan perit terutamanya kesan yang ditinggalkan PPBM memang sangat menyakiti. 

31. Tapi hidup beginilah. Ada kalanya, walaupun kita begitu terluka dengan apa yang dilakukan ke atas kita, tetapi kita perlu buat satu tindakan. Dan itulah yang Anwar buat bila dia terima saranan YDPA untuk membentuk kerajaan dengan PN. Kau yang taknak kawan, berhenti salahkan orang.

AMENO WORLD

LINK


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...